"Hahaha! Sekarang Sayap Sifar sudah mencabar banyak Persatuan Gelap, saya tidak sabar melihat bagaimana Persatuan itu mampu keluar dari kesusahan ini! Malah, saya sudah mula kasihan akan Sayap Sifar. Salji Lembut juga sama, enggan menyertai Dunia Penjenayahan. Saya tertanya-tanya sebesar mana kekesalan yang dirasainya sekarang."
"Tuan Muda Feng, patutkah kita bergerak ke Bandar Sungai Putih untuk turut sama menghapuskan ahli-ahli Sayap Sifar?"
"Bagus juga idea kamu itu. Kini, ramai orang sedang mencari Sayap Sifar. Kita boleh menyamar dan mengambil peluang ini untuk meraih sedikit keuntungan. Sekiranya kita berjaya membunuh sepuluh ahli teras Sayap Sifar, kita dapat menambah baik kualiti peralatan semua ahli. Jika kita bertuah, kita mungkin dapat menguasai sebahagian kawasan Bandar Sungai Putih. Kedudukan saya dalam organisasi tentu naik semula dan saya tidak akan dengar kata-kata perempuan jahanam itu lagi."
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com