"Apa?!"
"Dia selesaikan ia dengan begitu sahaja?!"
Semua penonton tergamam sepenuhnya apabila mayat Pembunuh Hendap Tiada muncul di tanah.
Tiada seorang antara pelatih ini dapat menawan Neraka Senyap sehingga sekarang.
Walaupun mereka tahu terdapat beberapa dari mereka akan menyelesaikan tingkat empat tetapi mereka tidak menjangka orang baru dari Persatuan lain dapat membuat perkara itu.
Sementara itu pula, kejayaan Shi Feng itu membuatkan kekecohan berlaku oleh para pemain lain yang berada di dewan utama.
Ramai orang mula menyesal dengan keputusan mereka untuk tidak menonton pertarungan Shi Feng. Mereka mungkin akan belajar sesuatu dan membolehkan diri mereka dapat melepasi had batasan kecil jika membuat perkara itu. Ini disebabkan setiap pakar mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Mereka boleh mendapat sedikit ilham dari melihat pertarungan jika kekuatan pihak satu lagi boleh menutup kekurangan yang mereka ada.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com