"Adakah kita mengalah? Begitu sahaja?" Serigala Selatan masih memendam kebencian dalam hatinya. Lebih-lebih lagi, selepas dibunuh oleh Shi Feng sebelum ini.
"Jadi, apa yang kamu mahu lakukan?" Youlan tersenyum dengan tenang. Kemudian, dia menuding ke arah Hutan Daun Perak tempat Shi Feng mula menghilang lalu berkata, "Sekiranya kamu masih tidak puas hati, silakan. Namun, kamu sudah pun merasai kekuasaan Api Hitam yang mengerikan itu. Kemahiran yang dapat menghalang segala kemahiran membolehkan dia membunuh sesuka hati. Apabila Tempoh Bertenang kemahiran itu telah tamat, dia mungkin berpatah balik dan mulakan kembali malapetaka seperti tadi. Ketika itu, sasaran utamanya tentulah kamu."
Apabila Serigala Selatan mendengar penjelasan daripada Youlan, peluh sejuk mula membasahi dahinya. Dia teringat kejadian pembunuhan Ming Sha sebelum Shi Feng menghilangkan diri. Sehingga saat ini, ketakutan masih membelenggu fikirannya.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com