webnovel

Kuil Matahari

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Di atas tasik berwarna merah terang, Elemen Air yang sedang memecut laju membuatkan satu ombak air menghempas sarang Fishmen Kecil. Ombak yang setinggi manusia itu menyelubungi seluruh sarang, memusnahkan banyak pondok-pondok kayu di dalamnya. Ratusan Fishmen Kecil di dalam sarang mula menjadi kalut. Mereka menjerit dan berteriak, setiap daripada mereka menghunus senjata lalu melompat ke dalam air dan berenang ke arah gua di bawah sarang mereka itu.

"Perlindungan dua lapis?" Shi Feng melihat belakangnya lalu terkejut.

Seratus Elemen Air sudah pun tidak terkawal, inikan pula ratusan Fishmen Kecil yang ikut di belakang. Dengan bilangan sebanyak ini, walaupun dua atau tiga kumpulan Elit tidak mampu menandingi mereka.

Shi Feng tidak mempunyai pilihan lain selain menambahkan kelajuan dan memecut masuk ke dalam gua. Masih terdapat harapan untuk terus hidup.

Namun, kelajuan Shi Feng di dalam air sangat perlahan. Tidak boleh dibandingkan langsung dengan Druid yang mempunyai Kunci Transformasi, yang mana kelajuan Gerakan boleh ditingkatkan sebanyak 50% ketika berenang di dalam air. Sebaliknya, Kelajuan Gerakan Shi Feng yang berkurang sebanyak 50%.

Tidak lama kemudian, Shi Feng hanya 50 ela jauh daripada pintu masuk gua itu. Namun, Elemen Air yang sedang mengamuk itu mendekati Shi Feng seperti mereka sedang terbang, jarak mereka dengan Shi Feng bertambah pendek dengan cepat.

42 ela... 28 ela... 20 ela... 10 ela...

Apabila Shi Feng hanya 5 ela daripada pintu gua bawah air itu, Elemen Air itu sudah berjaya menghampiri Shi Feng. Mereka menghayunkan penumbuk ais yang gergasi itu ke arah kepala Shi Feng.

Serangan daripada Elemen Air memberikan efek Beku yang melambatkan lagi Kelajuan Gerakan. Selagi mereka memukul Shi Feng, Elemen Air itu akan berpaut kepadanya sampai mati.

Shi Feng segera berpusing ke belakang dan menggunakan Tangkis, menahan semua tumbukan daripada Elemen Air. Kesan daripada kekuatan Elemen Air yang sangat kuat itu, badan Shi Feng terpelanting jauh ke belakang. Namun, Elemen Air yang lain terus mengejarnya.

"Nampaknya aku akan pulang ke bandar." Shi Feng melihat ratusan Elemen Air di hadapannya, berasa tidak bermaya.

Semasa Shi Feng hampir sahaja menyerah kalah, dia telah terapung ke dalam gua. Di dalamnya, dia terlihat seekor hantu berupa manusia berkeliaran. Kira-kira tiga puluh ela jauhnya daripada Shi Feng.

Shi Feng memerhati arus angin. Jika dia harus mati, dia akan mati mencuba. Sekurang-kurangnya, dia dapat sedikit maklumat untuk persediaan masa hadapan. Oleh itu, Shi Feng menggunakan Bilah Badai, kelajuannya bertambah dengan mendadak. Seperti ribut, Shi Feng merentasi air itu dan meluru ke kawasan tanah di dalam gua, nyaris-nyaris menyelamatkan diri daripada cengkaman Elemen Air. Pada saat Elemen Air itu meninggalkan kawasan air, kelajuan mereka berkurang dengan banyak. Mereka tidak mampu mengejar Shi Feng yang memecut laju itu.

Selepas meninggalkan kawasan berair, Shi Feng dengan segera menuju ke hantu berupa manusia itu. Pada saat Bilah Neraka hampir menetak leher hantu itu, Shi Feng tiba-tiba menemui hantu yang separa lutsinar itu tidak membalas serangannya langsung.

Shi Feng mengalihkan mata pedangnya pergi, bilah itu meluncur terus melepasi sisi hantu tersebut. Ia tidak menarik Kebencian hantu itu.

"Hampir sahaja," Shi Feng merasakan peluh membasahi belakang badannya semasa melihat maklumat hantu itu.

[Yang Berani, Floyd]. (Ketua Tertinggi)

Level 25

HP 360,000/360,000

Jika Shi Feng menyerang Yang Berani dan menarik Kebenciannya, jika dia mempunyai seratus nyawa sekali pun, dia tetap akan mati.

Dalam Kawasan Tuhan, Yang Berani merupakan kedua terkuat selepas Hero berkenaan kekuatan. Kedudukan mereka dalam kerajaan melebihi Marquis dan rendah sedikit daripada Duke. Walaupun karakter yang agung itu sudah mati dan bertukar menjadi hantu, dia tetap raksasa berpangkat Ketua Agung. Dia sangat menggerunkan di antara semua raksasa.

Melainkan kumpulan yang terdiri daripada seratus pemain Elit, sangat mustahil untuk membunuh hantu ini.

Adakah dia penjaga tempat ini? Shi Feng melihat Yang Berani itu, Floyd, dalam hatinya membisik.

Kadangkala terdapat penjaga yang menjaga kawasan yang mempunyai harta karun. Bagi Fishmen Kecil dan Elemen Air di luar, mereka mungkin boleh dikatakan, anjing penjaga. Mereka tidak layak untuk melindungi harta karun yang penting ini.

Shi Feng tidak berani tinggal di situ lebih lama. Lebih-lebih lagi, ada sekumpulan besar raksasa yang sedang mengejarnya. Dia segera berlari ke arah kawasan paling dalam di gua tersebut.

Gua ini teramat besar. Terdapat anak tangga yang menuju terus ke dalam gua dan melaluinya mungkin dapat memimpin Shi Feng ke Batu Falsafah.

Apabila Shi Feng betul-betul di hadapan tangga, selautan Elemen Air dan Fishmen Kecil meluru ke arahnya. Sepertinya mereka telah lama menyimpan dendam terhadap Shi Feng.

"Kau manusia tak guna berani cemarkan tempat suci ini? Bersedia menghadapi hukuman daripada dewa!" pandangan Floyd membuak-buak dengan kemarahan, lalu menghunus satu pedang agung berwarna emas tua dari belakang badannya. Pedang itu mengeluarkan aura yang kejam yang menampakkan dialah penguasa dunia.

Apabila Floyd mengangkat pedang agung tersebut, suasana di sekeliling mula suram. Diikuti pula, satu ngauman daripada Floyd semasa tangannya menghayunkan pedang agung itu sekuat hati. Satu angin kencang, diikuti dengan pancaran pedang membelah kesemua Elemen Air dan Fishmen Kecil di situ. Setiap satu daripada mereka bertukar menjadi debu, dan pintu masuk gua itu terus menjadi runtuhan batu bata.

"Kuatnya!" Shi Feng berkata sambil terkejut . Dia telah memandang rendah dengan kekuatan Yang Berani. Satu hayunan daripada pedang Floyd mampu menghapuskan dengan mudah sekumpulan seratus pemain Elit Tahap 30. Mungkin dia memerlukan satu kumpulan dengan tiga ratus pemain supaya dapat menandinginya.

Sungguh tidak disangka-sangka Elemen Air dan Fishmen Kecil langsung tidak mencapai tahap menjadi anjing penjaga di situ. Mereka semua telah musnah dengan sekelip mata.

Shi Feng mengesat air peluh yang mengalir di dahinya. Nasib baik, dia seorang manusia dan bukannya makhluk yang lemah. Jika tidak, nasibnya tidak tumpah seperti Elemen Air dan Fishmen Kecil sebentar tadi.

"Tempat ini betul-betul ganas. Aku rasa aku hanya mampu turun ke bawah sahaja." Shi Feng melihat pada pintu masuk yang runtuh itu. Cacing pun tidak mampu merangkak keluar dari sini.

Tangga yang menjalar ke bawah itu berbentuk lingkaran. Dinding batu di sekeliling juga telah dijampi dengan magik berunsur cahaya, menerangi keseluruhan anak tangga. Namun, anak tangga ini amat panjang. Nasibnya baik, tiada bahaya di situ. Selepas berjalan selama setengah jam, Shi Feng akhirnya tiba di anak tangga yang terakhir, bertemu satu dewan yang lebar dan besar.

Dewan itu hampir menyamai saiz padang bola, dan kelihatan sama seperti kuil. Diperbuat daripada emas dan jed, dua sisi dewan itu diukir dengan tulisan dan ilustrasi yang berbagai-bagai. Juga terdapat satu mazbah di bahagian paling dalam kuil itu; di atas mazbah itu terdapat satu peti harta karun yang diperbuat daripada emas tulen. Setiap sisi peti harta karun itu, terdapat dua arca emas, kedua-duanya sedang menghunus pedang agung di tangan mereka.

Sistem: Pemain telah menemui Kuil Matahari.

"Kuil Matahari?" Inilah kali pertama Shi Feng mendengar nama itu. Dalam kehidupannya yang lepas, tiada informasi langsung berkenaan Kuil Matahari. Mungkin tiada pemain yang dapat mengaktifkannya sebelum ini, sebab itulah tiada maklumat mengenainya di laman sesawang rasmi. Akan tetapi, melihat situasi tersebut, kuil ini akan mendatangkan bahaya.

Namun, Shi Feng langsung tidak pedulikannya lalu dia berjalan ke arah mazbah emas itu. Sasarannya ialah Batu Falsafah, dan peti harta karun emas di hadapan matanya pasti mengandungi batu tersebut. Pada saat Shi Feng melangkah masuk ke arah mazbah tu, dia merasakan angin sejuk meresap masuk ke dalam tubuhnya. Perasaan seram sejuk itu datangnya daripada dua arca emas gergasi itu. Shi Feng masih tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya jika dia terus melangkah masuk untuk mendapatkan Batu Falsafah.

Walau bagaimanapun, dia sudah tidak punya pilihan. Pintu masuk gua sudah runtuh, jadi dia hanya boleh membuat keputusan selepas mengambil Batu Falsafah itu.

Shi Feng dengan perlahan membuka peti harta karun itu. Sinaran emas mula memancar keluar dari dalam, menyinari seluruh kuil. Selepas itu, sinaran emas tadi mula menghilang, memperlihatkan tiga barang di dalamnya. Shi Feng mengutip barang-barang tersebut tanpa rasa ragu-ragu.

"Sialan, bagaimana Batu Falsafah boleh menjadi seperti ini?" Shi Feng memandang batu merah darah bersaiz ibu jari itu, berasa amat kecewa.

[Batu Falsafah] (Musnah)

Barang Istimewa peringkat-Epik (Dijatuhkan selepas kematian)

Barang suci buat para Alkimia, Batu Falsafah boleh digunakan untuk menukarkan batu biasa kepada emas, menghidupkan yang mati, dan banyak lagi kegunaan yang tidak diduga. Namun, Batu Falsafah telah musnah dan berkecai kepada lima serpihan oleh Pedang Maharaja, Schneider. Walau bagaimanapun, Batu Falsafah mengandungi kekuatan yang menakjubkan. Selagi lima serpihan batu ini terkumpul, masih boleh mendapatkan semula kekuatannya.

Kesan Aktif: Disebabkan telah musnah, Batu Falsafah mengandungi kekuatan kurang daripada satu per sepuluh tenaga asalnya. Mustahil untuk menggunakannya melainkan Penukaran Alkimia dan Perbaikan Elemen.

Walaupun kesannya berkurang dengan banyak, Shi Feng masih berpuas hati. Dua kebolehan ini mampu membuatkan Shi Feng mencapai pelbagai perkara.

Bagi dua barang yang lain pula, satu daripadanya merupakan [Pedang Agung Emas], Senjata Emas-Tulen Tahap 10. Satu lagi ialah Skrol Magis [Gerakan Serta Merta].

"Harta yang sangat bernilai." Shi Feng melihat Pedang Agung Emas di tangannya dengan sangat teruja. Selain daripada Senjata Magis, ini merupakan barang terbaik pemain Tahap 10 akan miliki. Jika pemain Tahap 10 menggunakan pedang agung ini, mereka akan menjadi kebal antara pemain yang sama tahap dengannya.

Pada masa ini dua arca yang berada di sisi terus bangun. Mata mereka mengeluarkan cahaya merah menyala, mengunci pandangan mereka terhadap Shi Feng.

Shi Feng menggunakan Skrol Magis Gerakan Serta Merta tanpa ragu-ragu. Pengunci magis berwarna emas menyelubungi badan Shi Feng. Mantera pada Skrol Magis mempunyai tempoh jampian selama tiga saat, dan ia mampu menghantar pemain ke suatu tempat yang khusus. Skrol Magis ini sangatlah berguna. Walaupun terdapat beberapa salinan dalam Kawasan Tuhan, mati dalam tempat ini akan mengakibatkan banyak kerugian buat Shi Feng.

Hampir sahaja Shi Feng bakal dibelah oleh arca emas itu, dia terus hilang daripada kuil tersebut.