webnovel

Pergolakan Di Dasar Lautan

Di kota Walles, beberapa kapal pengangkut mewah dan canggih kelihatan mendarat di sebuah bangunan tinggi .Di sekitar bangunan itu berpuluh jet tentera dan beberapa robot canggih terbang megelilingi bangunan itu. Senjata cyclone thermal shooter di pasang di sekitar bangunan itu. Kawasan sekitar kota itu menjadi kawasan larangan terbang untuk kapal komersial dan kapal pengangkut biasa. Beberapa hari ini bangunan tinggi itu di awasi dengan ketat.

Persidangan tergempar ketenteraan diadakan di dalam bangunan tinggi itu. Persidangan itu dihadiri oleh hampir semua ketua ketenteraan bagi negara-negara maju. Persidangan ini menjadi teka teki kepada seluruh penduduk bumi. Ia mendapat liputan luas di media sosial. Pelbagai persoalan timbul apakah tujuan bagi persidangan tergempar ini. Bagi sesetengah pakar, mereka menjangkakan bahawa ia berkaitan dengan hujan meteor 3 bulan lalu yang berlaku di kota Aselton. Selepas kejadian itu, beberapa negara besar mula memperkuatkan pertahan negara mereka terutama di kawasan laut.

Di dalam bangunan tinggi itu seorang lelaki tua berambut hitam dan sedikit putih menjabat tangan seorang lelaki berbaju seragam putih dengan topi yang menpunyai cop tentera laut.

"Selamat petang Tuan Roger. Persidangan kali ini mengemparkan seluruh dunia dan pelbagai spekulasi yang timbul membuat huru hara para penduduk bumi" Kata lelaki tua berambut hitam dan sedikit putih itu.

"Ya selamat petang Admiral Patrick. Persidangan ini tidak dapat di elakkan dan harus dibuat secepat mungkin. Pergolakan di dasar lautan semakin menakutkan. Beberapa kapal R.O.V telah dihantar ke dalam jurang terdalam di lautan Ocilus tetapi di rosakkan oleh sesuatu. Gambaran terakhir yang di ambil oleh kapal ini hanyalah sebuat tantakel yang sangat besar. Terlalu besar dan sangat menakutkan"

Tuan Roger dan Admiral Patrick adalah salah satu dari pegawai suruhanjaya kanan tentera bagi negara Yusia dan Thalvith, salah sebuah negara yang terkuat dan termaju.

Sejak 3 bulan lalu pelbagai aktiviti luar biasa di dasar laut telah menarik ramai negara untuk menjalankan operasi untuk menyiasat. Walaupun operasi ini rashia dan dilindungi tentera, beberapa pihak mula mengesyaki peningkatan aktiviti ketentaraan di dasar laut. Beberapa syarikat besar mula menghantar kelengkapan dan peralatan canggih untuk mengkaji dasar laut terutama di kawasan yang tidak jauh dari kota Aselton.

Beberapa negara maju juga mula memasang beberapa senjata canggih seperti cyclone thermal shooter di sekitar pantai mereka. Cyclone thermal shooter mampu melenyapkan sebuah pulau kecil dengan sekali tembakan. Senjata ini menjadi senjata utama bagi negara-negara besar untuk melindungi negara mereka. Manakala bagi negara kecil, mereka hanya mempunyai senjata-senjata kecil dan kurang canggih.

Beberapa satelit mega juga telah di ubah haluan dan memfokuskan ke lautan untuk mengesan sebarang perubahan drastik yang berlaku.

Dalam persidangan itu, dikatakan terdapat sekurang-kurangnya 5 aktiviti pergolakan dasar laut yang tidak diketahui puncanya sejak 3 bulan ini. Dan pergolakan itu menjadi semakin kuat . Beberapa minggu lalu pergolakan dasar laut itu telah menimbulkan tsunami kecil yang telah menengelamkan beberapa pulau.

"Apakah ini semua berpunca dari hujan meteorit 3 bulan yang lalu?" Kata seorang pemimpin sambil melihat tajam ke beberapa lelaki tua lain yang duduk di depan sebuah meja melengkung.

"Beberapa saintis berpendapat ianya mempunyai kaitan. Hujan meteor 3 bulan lalu mungkin membawa debu angkasa yang telah membuat beberapa binatang laut bermutasi dan mutasi itu sangat cepat"

"Kita tidak pasti apakah binatang itu akan membawa masalah kepada manusia tetapi 3 minggu lalu pergolakan kecil dasar laut telah menyebabkan tsunami dan membunuh banyak nyawa"

Suasana persidangan riuh. Jelas ramai ketua-ketua tentera agak risau dan mula membincangkan jalan penyelesaian.

"Aku mencadangkan kita menubuhkan satu suruhanjaya dan melakukan penyiasatan lengkap bagi menentukan punca dan berapa masa yang diperlukan binatang ini sehingga mampu mengancam nyawa manusia." Admiral Patrick bersuara dan semua orang mula mengangguk.

"Masalah ini sangat serius. Kita tidak tahu berapa cepat dan kesan kepada mutasi binatang ini. Jika binatang itu terus membesar , ia pasti akan menjadi mimpi buruk kepada umat manusia." Tuan Roger menambah dan sebuah gambar terpampang pada skrin putih di depan. Terlihat 3 tantekel besar di ambil oleh kapal R.O.V sebelum tiba-tiba hilang di tengah laut sebulan yang lalu. Keadaan bilik itu semakin riuh dengan percakapan antara senior- senior ketenteraan.

Jauh dari kota Wales, di kota Aselton, seorang pemuda tinggi ,berambut hitam dan berwajah kacak masih terbaring di katil hospital. Dia sudah 3 bulan tidak sedarkan diri sejak 'disengat' oleh cincin yang dia dapat dari kotak berbentuk oktagon itu.

Pemuda itu adalah Micheal. Tangannya masih bengkak dan berwarna hitam tetapi tidak terlihat cincin merah dengan sedikit keemasan di jarinya. Dia telah koma selama 3 bulan dan para doktor mengesyaki dia telak dipatuk binatang berbisa kerana badannya telah bengkak dan kesan-kesan seperti terkena bisa binatang pada jarinya. Tidak ada yang terfikir Micheal telah 'di serang' oleh sebuah cincin dan cincin itu telah lenyap dari jarinya.

Sejak 3 bulan, Micheal telah berada di tahap kritikal sebanyak 3 kali dan para doktor berusaha untuk menstabilkannya. Apa yang para doktor tidak sedari DNA Micheal telah berubah drastik, jika ada yang menyedarinya pasti keriuhan dalam bidang perubatan akan berlaku.

Secara bertahap , Micheal mengalami perubahan pada sistem tubuhnya. Dia secara perlahan menjadi 'bukan manusia'. Jarum yang menyuntik sesuatu pada dirinya adalah sebuah gen yang bukan berasal dari bumi. Ianya berasal trillion batu atau lebih dari bumi. Berasal dari sebuah planet yang telah musnah.

Di tepi katil Micheal ,duduk seorang budak perempuan kecil berambut putih dan panjang sehingga ke paras pinggang. Di tangan kanannya memegang tongkat kecil dan tangan kiri memegang sebuah buku. Budak kecil itu berpakaian berwarna merah dengan jubah coklat yang menutup bahagian rambutnya. Matanya sedikit bulat dengan wajah comel. Dia memakai stokin berbelang hingga ke lutut dengan kasut hitam.

Budak perempuan itu memandang Micheal . Dia telah berada di sana selama 3 bulan dan tidak ada sesiapa yang melihatnya. Dia menanti Micheal terjaga dari tidurnya.