webnovel

Pahlawan Gwydion Kuno

"kraccckk..."

Pintu kapal itu terbuka.Micheal memandang Ruby dengan kagum.Dia tidak menyangka gadis kecil itu mampu membuatkan kapal besar itu berfungsi semula. Kapal itu mungkin sudah tersadai di dalam gua itu selama berjuta tahun tanpa ada seorang pun yang mengetahui keberadaannya.

Micheal mengikut Ruby masuk ke dalam kapal itu. Di dalam terlihat banyak butang berwarna warni dan beberapa bilik yang tertutup rapat. Di bahagian depan terdapat beberapa kerusi dan skrin lebar.Aksesori dalam kapal tidak jauh berbeza dengan jet tempur tentera. Micheal pernah melihatnya di movie .

Ruby mengambil sesuatu dari cincinnya, sebuah batu kristal berwarna merah.Dia meletakkan di atas sebuah kotak kaca dan kotak itu mula menutup. Tiba-tiba kapal itu sedikit bergegar dan skrin di depan mula berfungsi. Ruby tersenyum.

"Kapal ini masih berfungsi dengan agak baik. Aku hanya perlu memperbaikinya sedikit".

Ruby kemudian memandang Micheal, "tuan..ikut aku" kata Ruby sambil berjalan menuju ke sebuah bilik. Ruby menekan sesuatu pada tepi pintu bilik itu dan pintu itu terbuka.

Micheal masuk ke dalam bilik dan dia terkejut. Ruangan bilik itu sangat luas. Ruangan itu hampir seluas sebuah padang bola sepak. Di tengah ruang itu ada sebuah peti besar dengan beberapa silinder di tepinya. Ruby melangkah menuju peti besar itu. Permukaan atas peti besar itu yang sepanjang 5 meter adalah kaca yang tembus pandang. Micheal terkejut. Di dalam peti itu ada sekujur tubuh, nampaknya seperti telah lama meninggal.

Micheal memandang Ruby dan bertanya "Mayat siapa ini?".

"Aku juga kurang pasti tuan tapi dari tubuhnya dia adalah dari kaum Gwydion.Mungkin dia adalah pahlawan kuno kaum Gwydion. Mungkin dia telah cedera semasa tiba di planet ini dan menghembuskan nafas terakhir di sini".

Micheal terpegun melihat mayat yang hampir 4 meter tinggi . Mayat itu adalah sama seperti bentuk tubuh Hector yang dia lihat dalam gambaran semasa dia koma. Ini adalah makhluk luar angkasa yang kedua dia lihat selepas Ruby. Bentuk tubuh yang agak sama dengan manusia cuma tinggi dan besar badannya yang menakutkan.

"Tuan..." Ruby memanggil Micheal.

Micheal memandang ke arah Ruby.Ruby berdiri di tepi sebuah almari besar. Di tangannya ada sebuah peranti kecil berbentuk jam.

"Tuan..ini adalah sebuah costume device yang berfungsi untuk memilih pakaian. Pakaian tuan tidak sesuai untuk tuan mula berlatih. Peranti ini mempunyai banyak jenis pakaian, tuan hanya perlu memilih.Saiz akan di sesuaikan dengan tubuh badan tuan"

Micheal mengangguk faham, dia pernah melihat peranti seperti itu digunakan oleh datuknya. Di bumi, peranti itu hanya di gunakan oleh tentera untuk memilih senjata yang digunakan dalam peperangan.

Beberapa detik kemudian, Micheal menukar pakaiannya.Dia memilih pakaian serba hitam dengan kasut hitam hingga paras lutut, baju hitam dengan di lapisi oleh jubah hitam .

Ruby kemudian mula melangkah keluar dari bilik itu, di ikuti oleh Micheal.

Tiba-tiba sebuah suara bergema datang dari peti mayat.

"Anak kecil..siapa kamu berani menceroboh ke dalam kapal ini?". Suara itu di ikuti oleh gelombang bunyi yang mengegarkan tubuh Micheal.

Micheal yang terkejut segera menoleh dan melihat sosok lelaki sedang duduk bersila di atas peti mayat itu.Tubuhnya tembus pandang. Ruby yang melihat itu segera melangkah ke depan, menundukkan sedikit kepalanya.Dia tahu itu adalah heroic spirit bagi mayat di dalam peti itu. Hanya pahlawan agung sahaja yang mempunyai heroic spirit.

"Maafkan kami tuan agung, aku menemukan kapal ini beberapa hari lalu dan mengambil keputusan untuk menjadikan kapal ini sebagai tempat latihan tuan kecilku.Aku tidak tahu ini akan menganggu istirehat tuan agung".Sosok lelaki itu memandang Micheal sambil mengerutkan keningnya.

"Hmmmm...pemuda ini mempunyai keturunan kaum Gwydion yang belum berkembang.Siapa pemuda ini? Aku dapat merasakan dia adalah penduduk planet ini tetapi bagaimana dia mendapatkan genetik agung kaum Gwydion?".

"Tuan agung, selepas penguasa terakhir kaum Gwydion terbunuh, dia telah menghantar ku di sini dan pemuda ini secara tidak sengaja telah mewarisi genetik agung kaum Gwydion yang terakhir." Ruby memandang Micheal dan menyuruhnya untuk menyapa sosok lelaki itu.

"Maafkan aku senior, aku hanyalah seorang penduduk planet ini dan aku secara tidak sengaja menyarungkan cincin itu ke jariku".

Sosok lelaki itu mengangguk. Matanya ditutup. Dia seperti memikirkan sesuatu. Dia kemudian membuka matanya kembali.

"Apakah kaum Gwydion yang agung telah musnah?"

Ruby memandang sosok lelaki itu dan mengangguk.Lelaki itu mengangkat kepalanya dan kemudian memandang Micheal.

"Aku, Gordar, adalah bekas pemimpin planet ketiga kaum Gwydion. Kaum Gwydion adalah yang terkuat di alam semesta. Setelah berbillion tahun berada di puncak, akhirnya 3 kaum mula bergabung dan menentang kaum Gwydion. Aku telah cuba untuk memujuk beberapa kaum untuk bergabung tetapi di serang semasa dalam perjalanan. Aku terperangkap di sini dan akhirnya meninggal kerana cedera parah. "

Sosok lelaki bernama Gordar memandang ke atas. Dia jelas sedih dan kecewa dengan kemusnahan kaumnya.Setelah dia terperangkap di sini dengan kapal yang rosak dan cedera yang parah, dia tidak mampu untuk kembali dan membantu kaumnya.

"Anak kecil..kamu hanya mempunyai 2 pilihan sekarang. Pertama kamu boleh hidup seperti kehidupan mu sekarang dan menunggu planetmu hancur diserang atau kamu ingin berjuang , menjadi kuat dan berada di puncak untuk melindungi planetmu dan orang yang kamu sayangi.Kerana setelah tubuhmu memiliki keturunan Gwydion, kamu akan menjadi musuh ramai kaum yang kuat".

Micheal tersenyum dan dengan tegas berkata, "Senior, sejak aku kecil aku sentiasa percaya bahawa ada makhluk lain di alam semesta dan impianku untuk meneroka semua angkasa.Aku kini mempunyai peluang, tapi aku sedar, untuk menjadi pengembara ruang angkasa aku harus menjadi yang terkuat".

Gordar tersenyum memandang Micheal. Dia tahu Micheal bukan keturunan asli kaum Gwydion, kaum Gwydion yang asli dilahirkan untuk menjadi pahlawan.Bahkan bayi kaum Gwydion yang baru lahir adalah seratus kali lebih kuat dari Micheal sekarang. Untuk Micheal menjadi pahlawan alam semesta yang ditakuti dia perlu berusaha jauh lebih kuat.

"Anak kecil, aku akan membantumu. Kamu harus kekal hidup dan mengembangkan semula kaum Gwydion menjadi bangsa agung di alam semesta".