webnovel

Hector

"Raddax!! Keluar dari istanamu. Aku akan menghancurkan seluruh planetmu untuk membalas dendam kaum Gywdion dan keluargaku yang telah kamu hancurkan".

Satu sosok berdiri sambil memandang ke sebuah kota besar dengan istana yang megah di tengah kota. Sosok ini berbadan tegap dengan tinggi hampir 4 meter. Tangan dan matanya memancar cahaya elektrik keemasan. Pakaiannya hitam dan kelabu dengan jalur-jalur merah di bahu. Di belakangnya ada sebuah tukul besar dengan ukiran naga yang berwarna merah. Lelaki ini bertengek di atas kepala satu binatang mythic berbentuk kerangka ular yang sangat besar dengan mata merah. Ular itu mencapai panjang 30 meter dan badannya hanyalah kerangka dengan tulang-tulang besar yang terjulur keluar.

"Hector..kaummu telah musnah. Kamu adalah yang terakhir dan sekuat manapun kamu, kamu tidak akan mampu menyentuhku" Suara bergema ke seluruh kota. Suara itu begitu kuat sehingga bangunan-bangunan bergetar.

"Aku tahu aku tidak akan mampu membunuhmu kali ini tapi aku akan menghancurkan sebahagian kotamu" Lelaki bernama Hector mengangkat tukul besarnya. Cincin pada jarinya yang berwarna merah berkilau dan 7 binatang mythic yang sangat besar muncul di belakangnya. 3 berbentuk cacing dengan gigi besar tersebul keluar di kepalanya. 2 berbentuk burung besar seperti garuda dengan sayap berapi seperti phoenix dengan kaki yang bersarung besi berwarna keemasan dan 2 lagi berbentuk singa dengan 5 kepala dan bersayap lebar.

5 sosok muncul dari dalam istana besar itu dan kesemua sosok itu bersenjata pedang besar. Kelima sosok ni memakai jubah hitam dengan muka tidak jelas kelihatan.

"Apakah kamu terlalu takut untuk menentangku Raddax. Kamu hanya mengirim pengawal sampahmu?hahahaha..." Hector ketawa terbahak-bahak.

Kemudian pertempuran berlaku. Binatang Mythic itu merempuh bangunan-bangunan dan mengoyakkan siapa saja yang di hadapannya. Pertempuran itu begitu sengit dengan letusan di mana-mana. Banyak makhluk terbunuh. Mayat bergelimpangan di mana-mana.

Kemudian semuanya menjadi kabur, suasana tiba-tiba menjadi gelap.

"Cepat selamatkan kanak-kanak dan bawa ke tempat selamat!!"

"Serang kapal-kapal yang ada di atas dan aktifkan semua perisai yang kita ada!!"

"Kita akan berjuang bermati-matian kali ini. Penguasa tidak mungkin akan datang dengan begitu cepat. Selamatkan semua kanak-kanak dahulu"

Teriakan beberapa orang memecah suasana. Di langit 7 kapal besar muncul dengan bersenjata lengkap menyerang kota-kota. Semua penduduk mula melarikan diri dan hanya yang kuat terbang ke atas dan menyerang kapal-kapal itu.

Beberapa detik kemudian, kota-kota hancur. Bangunan-bangunan runtuh. Mayat bergelimpangan di sana sini. Tidak ada yang tersisa hidup. Darah tumpah di setiap penjuru kota. Tidak lama kemudian, satu sosok dengan kecepatan terbang berhenti di tengah kota, tangan dan matanya mengalirkan arus elektrik keemasan. Dia memandang seluruh kotanya yang hancur. Dia kemudian bergegas ke sebuah bangunan besar di tengah kota. Dia mengangkat tangannya dan semua pecahan bangunan terapung ke udara. Di dalam timbunan puing-puing bangunan itu ada sosak wanita yang sedang memeluk anaknya. Lelaki ini mengangkat mayat 2 orang itu, air matanya mengalir. Dia berteriak seperti orang gila.

"Aku telah di tipu. Kebodohan dan keegoan ku telah membunuh seluruh kaum dan keluargaku. Aku akan membalas segala dendam ini." Lelaki itu berteriak sambil merangkul 2 mayat itu.

Suasana menjadi gelap lagi.

Beberapa detik kemudian, di atas sebuah bukit dengan tebing yang curam, seorang lelaki dengan cincin merah di jarinya duduk di tepi kubur. Di atas bahunya duduk seorang gadis kecil berambut putih dengan jubah coklat di belakangnya.

Lelaki itu memegang dadanya, sebuah lubang besar tembus dari depan ke belakang.

"Aku telah tercedera teruk, walaupun aku tidak berjaya membunuh Raddax, dia juga tercedera teruk dan planetnya hampir hancur." Kata lelaki itu. Lelaki itu adalah Hector.

"Aku tidak mungkin akan terselamat. Aku mahu kamu membawa warisan terakhir dari kaum Gwydion ke sebuah tempat yang jauh dari sini. Cari seseorang yang boleh membela warisan terakhir kaum Gwydion" Kata Hector kepada gadis kecil itu. Gadis kecil itu hanya mengangguk faham. Dia telah bersama dengan Hector sejak dari awal . Mengikutnya ke mana sahaja. Dari awal sehingga Hector berada di puncaknya.

Suasana kembali gelap. Gambaran ini muncul beberapa kali di jiwa Micheal. Dia tidak mengerti apa yang berlaku di sebalik gambar-gambar itu. Gambar itu hanya lalu di fikirannya seperti mimpi. Tetapi dia merasakan keperitan yang di hadapi oleh lelaki bernama Hector itu. Micheal dapat merasakan ianya ada kaitan dengan cincin yang di jumpainya dalam kotak oktagon itu.

Sekarang hampir 6 bulan Micheal terlantar di katil hospital. Dia mula mendengar bunyi-bunyi kenderaan, bunyi burung-burung di luar dan perbualan manusia di luar. Walaupin Micheal belum mampu membuka matanya, dia merasakan sesuatu pada tubuhnya. Seperti sesuatu yang sangat besar telah berubah dalam tubuhnya. Dia merasakan pendengarannya menjadi sangat tajam. Dia mampu mendengar bunyi air laut . Dia tahu pantai yang terdekat adalah 60 kilometer dari hospital. Micheal tidak pasti adakah itu realiti atau hanya mimpinya.

Dia sudah berusaha untuk membuka matanya tetapi matanya terlalu berat untuk terbuka. Micheal hanya mampu mendengus dan berkata dalam hati . Dia tidak tahu berapa lama dia terlantar di katil hospital. Dia dapat mendengar doktor yang datang setiap hari untuk memeriksanya. Sehingga Micheal mula putus asa untuk terjaga, dia mula memikirkan gambar-gambar yang lalu di fikirannya. Dia ingin tahu siapakah lelaki yang bernama Hector itu dan dia tidak seperti makhluk bumi. Jelas yang Hector adalah berasal dari luar angkasa.

Pertempuran antara Hector dengan beberapa orang berbaju hitam itu sungguh luar biasa. Micheal hanya mampu melihat pertempuran itu di movie dan itu bukanlah nyata. Dia juga melihat Hector mengawal beberapa binatang yang sangat besar dan menakutkan. Beberapa binatang itu telah menghancurkan sebuah kota yang sangat besar. Bangunan-bangunan besar roboh dengan hanya satu libasan ekor binatang itu. Sangat mengagumkan.

Fikiran Micheal menerawang jauh. Dia semakin bosan . Dia tidak tahu bila dia akan mempunyai kekuatan untuk membuka matanya. Dia terasa untuk menjerit meminta pertolongan tetapi tidak ada apa-apa yang keluar dari mulutnya. Suaranya tersekat .

Tiba-tiba dia terdengar satu suara kecil. Jelas ke cuping telinganya.

"Tuan..sudah sampai masanya untuk kamu terjaga"

Micheal terkejut. Suara itu sama dengan yang dia dengar semasa dia mula pengsan beberapa bulan lalu.