Banjaran gunung di Kawasan Rahsia Syurgawi hancur berkecai dan kepulan asap hitam serta bau darah menyelebungi seluruh alam rahsia ini. Mayat bergelimpangan di atas tanah yang telah merekah dan darah mengalir tanpa henti seperti sungai.
Hampir semua pakar berada dalam keadaan teruk.
Selepas pertempuran yang dahsyat itu, binatang-binatang itu terpaksa berundur. Para pakar juga terpaksa menanggung padah semasa mereka mengusir binatang-binatang itu keluar dari situ dan kesannya, hampir semua daripada mereka telah dibunuh oleh binatang-binatang itu.
Jubah putih Ketua Kelima diselaputi dengan debu dan kotoran manakala wajahnya diselubungi dengan keletihan dan kelesuan.
Salah seorang pakar berjalan ke arah Ketua Kelima lalu bertanya kepadanya, "Tuan, kami dah tahu dari mana datangnya binatang-binatang tu."
"Ya? Binatang-binatang tu dari mana?" Ketua Kelima bertanya sambil mengusap dadanya untuk membantu melegakan batuknya.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com