Bila Bu Fang bangun dari katil dan masuk ke dapur, Ji Chengxue sudah pun beredar. Selepas menelan separuh Herba Darah Phoenix, dia berjaya mengelakkan kematian dan terus hidup. Bu Fang berasa senang hati kerana herba itu tak dibazirkan.
Bunyi loceng yang merdu dengan rasa sedih dan melankoli kedengaran melalui tingkap. Pada masa itu, barulah Bu Fang teringat hari ini ialah hari pemakaman maharaja.
Selepas teragak-agak, Bu Fang akhirnya membuat keputusan untuk pergi ke Pintu Gerbang Misteri Menakjubkan untuk menyaksikan upacara pemakaman. Lagipun, dia mempunyai tanggapan yang baik terhadap maharaja itu. Maharaja Changfeng bukan sekadar seorang maharaja yang bagus. Dia juga seorang pelahap.
Selepas menggoreng dua keping Penkek Tirams untuk sarapan, Bu Fang memakai kot luar bulu dan berjalan keluar dari restoran. Dia menggantung papan tanda di atas palang pada pintunya dan terus menuju ke Pintu Gerbang Misteri Menakjubkan.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com