Semasa lelaki itu bercakap, ekspresi di wajahnya tidak dapat dibaca. Dia mendongakkan muka tampannya dan bibirnya mengukir senyuman sinis. Sifat menung hibanya pula jelas dilihat.
Dia berpuas hati dengan keadaan semasanya. Inilah rupa seorang pakar yang keseorangan. Walaupun begitu, Bu Fang melihat lelaki itu seperti dia sedang melihat seorang manusia yang bodoh.
Raja Alam Kuburlah yang mengusir Cik Neraka keluar dari Alam Kubur? Lelaki yang suka menunjuk-nunjuk di hadapannya inilah yang menghantar Cik Neraka ke alam rahsia supaya wanita itu kebulur?
"Kamu terkejut ke? Jangan risau, Saya takkan apa-apakan kamu kalau kamu bawa saya berjumpa dengan wanita Alam Kubur tu… Tempoh pengusirannya masih belum tamat, jadi dia tak boleh keluar dari alam rahsia dengan sesuka hatinya." Raja Alam Kubur berkata sambil tersenyum.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com