Di hadapan pintu masuk restoran.
Si Putih perlahan-lahan berjalan ke hadapan sambil memancarkan cahaya violet yang mengerikan dari matanya. Perisai pada badannya kelihatan berat dan kuno. Terdapat corak-corak garis yang penuh misteri pada perisainya itu.
Tuan Muda Keluarga Zhang menjerit dengan takut dan terus berundur dari situ. Dia menyorok di belakang sekumpulan Daulat Pertempuran.
Kumpulan Daulat Pertempuran itu melihat antara satu sama lain sebelum mereka berputus untuk melindungi Tuan Muda Keluarga Zhang. Kalau mereka melindungi Tuan Muda Keluarga Zhang daripada bahaya, Keluarga Zhang akan memberi ganjaran kepada mereka. Ganjaran daripada Keluarga Zhang di Bandar Kabus Langit agak bernilai.
Daulat-daulat Pertempuran yang tinggal di situ berputus untuk campur tangan dan menyerang Si Putih.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com