Bu Fang mengerutkan keningnya apabila dia berjalan perlahan-lahan ke arah Pokok Pemahaman Laluan Lima Jalur itu. Apabila dia menghidu aromanya, mindanya terus menjadi segar dan waras.
Semasa dedaun Pokok Pemahaman Laluan Lima Jalur itu bergoyang ditiup angin, corak pada setiap daun itu bergerak dengan ketara sekali. Di celah-celah dedaun itu, terdapat tiga biji buah yang bulat dan berwarna hijau. Walaupun buah-buahan itu kecil dan belum masak lagi, tetapi terdapat corak awan yang samar-samar pada buah-buahan itu. Rupanya agak sama dengan Buah Pemahaman Laluan Tiga Jalur.
Apabila dia memanjangkan tangannya dan menyentuh salah sebiji buah itu dengan jari-jemarinya, dia boleh merasai sedikit tenaga semangat yang sejuk daripada buah itu. Rasa sejuk itu merebak ke seluruh tubuh Bu Fang dan membuatkannya rasa sungguh tenang.
"Hebatnya... Berdasarkan rupanya, buah ni akan masak tak lama lagi." Bu Fang tersenyum kecil dan hatinya melonjak-lonjak kegirangan.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com