Oyen berjaya menumpaskan helikopter yang membawa Ketua Pengedar lalu menyebabkan kematian Ketua Pengedar Ching beng dan Rosmah Gelongsor cinta. Namun takdir yang tak menentu telah menemukan dia bersama ketua pengedar Korea selatan , Changgwi Jug-Eum .
"Tch Lemah ! Ini sajakah yang kau mampu? Tolonglah ! Aku dah berlawan dengan Kaum Mihosune yang lagi kuat dari ini. "
Tengking Changgwi kepada Oyen .
"Tak guna …."
Oyen berkata.
"Oyen sudah-sudah lah tu . Kita kena lari sekarang kalau tak nyawa kita yang akan tergadai sekali !"
Murni berkata .
"Ha Itu dia !"
"Changgwi Berhenti ! Angkat tangan di udara sekarang !"
Kata Polis yang menerjah masuk .
" Jangan Sibuk Lah !!"
Jerit Changgwi lalu membaling sesuatu berupa taring kearah Polis tersebut .
"Argh ...Bluuekkkk"
Polis menjerit kesakitan apabila bilah besi berupa lipan keluar dari mulutnya secara melulu.
"!!!"
Murni terkejut lalu mengangkat Oyen dan lari dari situ.
"Lepaskan Aku ! Aku masih belum selesai !"
Oyen Berkata .
"Kau Gila apa nak lawan benda macam tu tangan kosong"
Murni berkata lalu memasuki lif.
"Nak pergi mana ? "
Changgwi berkata .
"!!!"
Oyen dan Murni terkejut melihat Changgwi di belakang mereka .
"Korang nak lari mana sebenarnya ?"
Changgwi berkata.
Lalu mereka , Murni dan Oyen terus berlari di koridor hotel demi mengelakkan diri dibunuh
Tiba-tiba.
"Ha kau siapa pulak ???'
Oyen berkata .
"Oh penat nampak"
Lelaki memakai baju melayu lengkap berkata.
"Kau nak apa ?!"
Murni berkata .
"Jangan risau . Aku di pihak kau. "
Lelaki itu berkata.
"Ke tepi. Serah kan Dua budak perempuan tu . kalau nak selamat."
Changgwi.
" Ceh mana maruah kau sebagai lelaki huh ?!"
Lelaki berbaju melayu itu berkata .
" Aku dah lama buang sifat Kemanusiaan aku .Jadi aku tak kisah orang nak kata apa. "
Changgwi berkata dengan muka yang tak kisah .
" Dasar puaka."
Oyen berkata,
"Lupakanlah, Nama aku adalah Muhyiddin Kahfi . Seorang ustaz salam berkenalan . "
Muhyiddin berkata .
"Ustaz? Jangan Mengarutlah !"
Changgwi menyerang dengan membaling beberapa jarum dan melancarkan tendangan jurus taekwondo ke arah Muhyiddin . Namun dia mengelak dengan begitu lincah sekali.
"Apakah !? "
Changgwi terkejut .
"Gerakan tu.."
Murni memberi reaksi
"Kenapa Murni ? "
Oyen bertanya.
"Aku macam pernah nampak ...Tapi kat mana ? "
Murni berkata .
Muhyiddin dan Changgwi terus berlawan . Setiap Tendangan Changgwi dielak dan dibalas dengan tumbukan oleh Muhyiddin .
"Dia takkan bertahan lama! "
Oyen berkata
"Apa maksud kau ? "
Murni berkata.
" Selagi Jantung mereka tak dihancurkan , Selagi itulah mereka akan terus menyembuh tanpa henti !"
Oyen berkata
"Jadi apa patut kita buat ? "
Murni Bertanya .
Oyen teringat macam mana Detektif membunuh Nico . Iaitu denga ekornya menembus dadanya. Lalu Oyen segera Berlari ke arah Changgwi .
"Hiyarghhh!"
Dengan Ekornya bersedia dia cuba menusuk
"Tak semudah itu . "
Changgwi berkata lalu membaling Muhyiddin ke arahnya .
"Arghhh"
Oyen menjerit kesakitan.
"Kesakitan, Kesedihan. Aku tak faham kenapa korang manusia nak sangat merasainya. Bukankah lebih bagus jika kau Buang kemanusian kau dan terus hidup abadi selamanya?"
Changgwi berkata lalu menendang Oyen di perut .
"Hentikan!!!"
Murni lalu memukul Kepala Changgwi dengan pemadam api mengakibat dia terjatuh terkeluar dari tingkap .
"Oyen kau tak apa-apa ke ? "
Murni berkata .
"Jom kita balik.."
Oyen berkata dengan darah yang mengalir dari hidungnya.
"Eh pak cik tak apa apa ke ? "
Oyen bertanya kepada Muhyiddin .
"Haha ...Tak sangka kamu kisah pasal keberadaan pak cik tapi rasanya tak perlulah kot. "
Muhyiddin berkata .
" Eh kenapa pulak ? "
Oyen Berkata .
" Sebab Pak cik pun macam kamu jugak . "
Muhyiddin berkata .
"Huh ? "
Oyen terkejut . Muhyiddin kemudian menunjukkan kukunya.
"Huish tajamnya…"
Murni erkata.
"Adakah kau dari Mihosune ? "
Oyen berkata .
"Lebih tepat lagi dari satu lagi kaum . "
Muhyiddin berkata.
"Kaum mana ?"
Oyen berkata .
" Aku dari kaum Hathir, Iaitu hasil perkahwinan dari Harimau jadian dan ahli silat. "
Muhyiddin berkata .
"Kaum Hathir ya kau kata ?
Murni Bertanya .
"Yallah kenapa kamu tanya ? "
Muhyiddin berkata .
"... Maaf tapi..Kau kenal seseorang yang bernama Harith Insan bin Ahkat? "
Murni bertanya.
"..."
Muhyiddin berdiam diri lalu bangun dan beredar .
"Hey jawablah ! Kenapa kau diam sahaja !"
Murni menjerit .
"Sabar Murni. "
Oyen berkata .
" Harith Insan adalah kawan lama pak cik , Malah dia macam seorang Abang yang Pak cik tak pernah ada. "
Muhyiddin berkata .
"..."
Murni tersentap.
"Kenapa kamu tanya dan macam mana kamu boleh tahu nama tu? "
Muhyiddin bertanya.
"Sebenarnya..Harith Insan bin Ankat adalah ayah Saya !"
Murni membalas.
"Polis Kata , Punca kematian dia adalah memandu dalam keadaan mabuk tapi...Saya tahu yang ayah berpegang teguh pada agama jadi saya tahu dia takkan sentuh langsung Arak..Jadi Siapa sebenarnya dia?! Kenapa dia harus mati dalam keadaan yang paling hina sekali??"
Murni berkata.
" Ayah kamu sebenarnya seorang Inspektor. Dia adalah seorang yang penuh dengan dedikasi terhadap keadilan tapi…"
Muhyiddin berkata .
"Biar saya teka..Korupsi dalam PDRM disebabkan Serbuk putih betul tak ? "
Murni berkata .
"Tepat sekali dan kawan sekerjanya mengkhianati dia demi mendapat kan pangkat dan kemasyuran. Mereka jual maruah diri pada Puaka kerana rasa cinta akan dunia ."
Muhyiddin berkata .
"..."
Oyen dan Murni terdiam .
" Aight pejam cilik pejam cilik wah kita dah sampai bawah haha "
Muhyiddin berkata .
"Oyen !"
Muhyiddin berkata .
Tiba-tiba Lipan gergasi dengan bilah pedang sebagai datang bergerak ke arah mereka dengan kelajuan yang tak masuk akal.
"Elak Oyen ! Jangan bagi ia lukakan kau walaupun sehiris cebisan kulit kau !"
Muhyiddin
Lipan tersebut terus menyerang orang sekeliling di lobi hotel dan Bilah besi mula keluar dari mulut dan rongga badan mereka .
"Bahaya ..Ia memanipulasi besi dalam darah dan membentuk objek-objek tajam di dalam badan kita !"
Muhyiddin berkata .
Oyen cuba untuk melawan lipan tersebut dengan membaling bebarapa objek-objek keras seperti kerusi kayu pasu bunga dan runtuhan batu bata ke arah Lipan itu namun tidak membuahkan hasil
"Nampaknya kita dah takda pilihan..Kita kena jalan untuk hancurkan benda ni !"
Murni berkata .
"Cubalah..Sesungguhnya apa yang kau buat adalah sia-sia. "
Changgwi berkata sambil membetulkan Tengkuknya yang patah dan memasang semula lengannya yang tercabut .
"Yep "
Murni menjerit ketaakutan .
"Jeritan gadis tak pernah membosankan "
Changgwi berkata lalu menggerakkan Lipannya untuk menyerang Mereka bertiga .
"Elak Semua !!"
Muhyiddin menjerit Namun kaki Murni tersangkut dan lipan itu mula mendakati dan mengigitnya. .
"Eh..Huh!? Oyen !? "
Murni terkejut apabila melihat Oyen yang digigit oleh Lipan tersebut .
"Oyen Kenapa !? "
Murni bertanya.
"Dari hidup lama hanya untuk dikhianati..Kan lebih baik mati menyelamatkan seseorang yang kau sayang ? "
Oyen berkata lalu pengsan .
"Oyen...Oyen !!!"
Murni menjerit dengan ketakutan yang bercampur aduk dengan rasa sedih
"Helikopter...Helikopter "
Muhyiddin menjerit
"?"
Murni memberi reaksi .
"Helikopter ? "
Changgwi terdiam mendengar kata-kata Muhyiddin yang spontan .
" Murni! Cepat bawa Oyen keluar dari sini dan bawa dia berjumpa dengan lelaki bernama Abdulhamid !'
Muhyiddin berkata .
"Pak cik pulak mana ?! "
Murni berkata dengan kesedihan .
"Apa lagi..Pak cik akan lengah dia selama yang mungkin dan satu benda lagi …"
Muhyiddin berkata .
"Apa dia ?"
Murni berkata .
"Ayah kamu baik orangnya. "
Muhyiddin berkata Lalu berlari ke arah Changgwi .
"Ya...Saya tahu *Sob* *Sob* "
Dengan hati yang berat Murni mendukung Oyen dan berlari menuju ke pintu keluar
" Tch..Ini dah melebih. Aku tak rancang nak bunuh orang tua dan beberapa orang awam tapi disebabkan si tak guna tulah aku terpaksa korbankan mereka untuk sembuhkan diri . "
Changgwi. Berkata sambil memakan lengan mayat di tepinya.
"Kau Orang Koreakan ? Kalau tak silap aku, nama Changgwi tu dari kisah rakyat kan ?
Muhyiddin berkata .
" Hmm? "
Changgwi mendengar .
" Ya dalam kisah tersebut ia mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah dibunuh oleh harimau lalu hidup semula sebagai roh pendendam."
Muhyiddin berkata .
"Jadi bersedialah kau hanat ! Sebab lawan kau adalah dari kaum Hathir !"
Muhyiddin .