webnovel

Oh My Crush

Biasanya la kan...kalau kita sukakan seseorang itu, kita yang akan kejar orang yang kita sukakan tu ya tak? Tapi macam mana kalau kali ni, orang yang kita sukakan tu pulak yang kejar kita? Apa yang kau orang akan buat? Macam kisah si Naera Aleena ni..... Naera Aleena ada crush semasa dia sekolah menengah tinggi. Jadi dia berniat hendak lafazkan rasa Sukanya kepada crushnya itu. Cubaannya itu Berjaya. Crush dia sudi untuk menerima permintaannya untuk keluar dating Bersama. Tapi itulah...manusia hanya sekadar mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. ********************* Seperti biasa awal-awal pagi dia akan bersiap untuk ke pejabat bagi membuat persiapan bosnya. Selaku setiausaha, dia gemar hadir sejam lebih awal sebelum bosnya tiba. Namun kehadirannya itu disambut oleh orang lain, bukan bosnya. "Apa maksud tuan ditukar hak milik?"soal Naera dengan muka tergamam. "Ya Naera...mulai hari ini, Syarikat Di Clove berada di bawah pengurusan Triad Convenant...presiden baru syarikat ini adalah Tuan Seth Cain ini..." Seperti baru di siram dengan air sejuk dan ais ke atas kepala, Naera pandang lelaki di belakang meja bosnya Bersama mata terbutang luas. Oh my crush! Macam mana semua ni boleh berlaku? "Se-th?"sebut Naera tergagap sendiri. Kecik betul dunia ni kan?Elok dia nak larikan diri, boleh pulak ada didepan matanya! "Sila beri tunjuk ajar..."sapa Seth semasa memberi renungan tajam ke Naera dan tersenyum sinis. Susah payah, Naera menelan air liur. Sh*t betul! Tak boleh jadi ni! Esok pagi jugak dia pergi jauh dari sini! Naera mengetap gigi seeratnya!Kenapa la dia boleh bertemu semula dengan crushnya di sini?Di syarikat yang sama?Bos dia lagi tu! "Mulai hari ini kamu adalah setiausaha saya..."maklum Seth. Naera pandang tidak berkedip. Masih belum sober dari terkejutnya!

TintaHitamTanpaAra · Urban
Zu wenig Bewertungen
57 Chs

Chapter 32 : Love &ite!

Dung!

Dung!

"Naera!Awak dekat dalam ke?Awak tak apa-apa ke?"panggil Kade sambil menumbuk permukaan pintu itu.

Kepala Naera berpaling ke pintu dengan mimic muka terkejut. Macam mana Kade tahu dia dekat sini?

Seth gerak mahu membuka pintu itu. Kisah apa dia!

"Hey!"Naera terpempan apabila melihat Seth mahu membuka pintu itu. Enggan membiarkan Kade tahu dia di sini, dia terus hadang membelakang pintu tu. Buatkan Seth terhenti di situ memandang tepat ke wajahnya.

"Kenapa?Boyfriend awak ke sampai awak takut nak dia tahu awak ada di sini?"soal Seth.

Kening Naera mencerun. "Awak tahu?"soalnya.

"Lebih dari tahu Naera..ke tepi..dia nak jumpa awak tu..biar la dia tahu."sakat Seth lagi yang memegang pinggang Naera mahu menarik tubuh itu supaya menjauh dari pintu tersebut.

Naera tolak dada tidak beralas Seth yang dingin itu ke belakang. "Awak beritahu dia saya dekat sini?"soalnya lagi berasa tidak puas hati. Jadi sebab itu la phone dia tak ada dalam handbag. Rupanya ada tangan yang panjang yang mengambilnya.

Seth himpit Naera ke pintu dengan kasar. Berasa berang dengan pertanyaan itu. Dia cengkam bawah dagu Naera. Kalau dia beritahu kenapa?Bukannya Naera teman wanita Kade atau apa!Yang Naera kisahkan soal Kade tu kenapa!

"You said we done?Then why you here?"bisiknya depan muka Naera.

Mata Naera berkedip taktala deru nafas Seth menyapa wajahnya. Tangannya di bawa naik hendak memegang tangan Seth yang sedang mencengkam dagunya. "Kasut dan phone saya tertinggal. Saya datang mahu mengambilnya semula. Tapi tiba-tiba je Kade muncul...dan memang antara kita telah selesai. Jadi berhenti cuba untuk burukkan nama saya depan Kade seperti mana ayah awak lakukan terhadap ayah saya!"desisnya dengan keras.

Seth berdengus mengejek. Dia menarik sengih meleret. Dadanya berombak marah dengan tuduhan itu. Siapa yang Malukan siapa sekarang?Main serkap jarang je jadi orang kan Naera ni!

"Naera!"panggil Kade lagi di luar pintu itu dengan kuat sewaktu dua orang itu saling membalas renungan antara satu sama lain.

Rahang Seth berketik. Nampaknya Naera kisah sangat dengan pendapat Kade terhadap diri Naera. "Penting ke dia untuk awak Naera?"bisiknya.

Mata Naera tidak berkedip apabila dia perhatikan bibir Seth bergerak. Tanpa sedar dia sendiri menelan air liur. Huish!Masa ni jugak ke hormone dia nak buat hal!?

Ah!Lantak la situ!"Ya...penting. Sebab dia ada sewaktu saya perlukan pertolongan. Dia bantu saya semasa saya perlukan bahu untuk bersandar...sekarang awak beritahu dia dan jelaskan semua ini salah faham. Dan saya tidak ada di sini."arahnya.

Memang tidak la!"Kalau saya tidak mahu lakukannya apa awak akan buat?"cabar Seth.

DUNG!

DUNG!

"Naera!Buka pintu ni!Saya tahu awak di dalam!"tumbuk Kade lagi yang kedengaran seperti marah. Bukan cemas.

Buat seketika Seth tenung mata Naera. Niatnya hendak lakukan hal yang lebih teruk dari apa yang dirancang. Tapi rasional dia beritahu bukan sekarang masanya untuk Naera tahu hal sebenar mengenai Kade. Jadi dia merancang untuk buat hal ini.

"Kalau itu yang awak mahukan, saya minta maaf awal-awal.."sebut Seth sambil angkat tangan mahu memegang pinggang Naera.

Naera pandang Seth bersama kening mencerun. Menjadi awas apabila tangan lelaki itu mendekati badannya. "Apa maksud awak?"

"Saya tak suka berkongsi."beritahu Seth sebelum tunduk ke leher Naera dengan kasar dan berikan love bite di situ secara paksa.

Terbutang luas mata Naera apabila dia merasakan bibir Seth menyentuh kulit lehernya. Terkejut akan hal itu, dia sedaya upaya bergelut hendak bebaskan diri. Tetapi pada masa dia berjaya bebaskan diri, Seth sudahpun selesai dengan tindakannya itu.

Terundur ke belakang Seth akibat tolakan kuat dari Naera. Dia pandang Naera dengan renungan pemangsanya.

"What the f*ck!"lafaz Naera dengan terkejut saat memegang leher sebelah kanan sewaktu memandang Seth dengan terror. "A-apa awak dah buat?"tanya tergagap-gagap. Panas berbahang wajah dan lehernya ketika ini!Pergh!Mujur la dia pakai skirt kalau tidak sia-sia je kena tendang mamat ni!

Bersama senyuman sadis di bibir Seth berkata. "Marking territory." pandang dia akan leher Naera yang kini mempunyai satu tompokan merah. Sangat jelas!"Now..awak boleh keluar berjumpa dengan dia. Phone awak ada di dining table dapur, kasut ada dalam almari tu.."beritahunya sebelum gerak mendaki anak tangga dengan langkah bersahaja. Sikit pun tidak terjejas.

Sementara Naera yang sudah blushing bagai udang galah baru kukus buat muka 'what the f*ck' mendengar penjelasan Seth. Apa lelaki tu cakap?Marking territory?"Awak ingat saya ni apa?"soalnya dengan berang.

Seth lambai tangan tidak peduli semasa berjalan. Sikit pun tidak menoleh. "Bye...next time fikir dulu sebelum cakap awak nak tinggalkan saya sedangkan awak sendiri tak boleh nak jauhkan diri dari saya."selorohnya sambil tu.

Hampir mahu menjerit di situ, Seth tahu. Lelaki tu dah rancang semuanya.

Grrr!!

Naera turunkan tangannya dari leher lalu gerak ke arah dapur dengan langkah berangnya. Dasar lelaki pervert tak guna!Berani-berani Seth lakukan hal ni kepada dia!

Bila Naera nampak telefon di dining table marmar itu, dia capai serta merta dan kembali berpatah balik ke arah pintu. Pintu rak kasut pula di buka satu persatu sehingga la dia menemui kasut tumit tingginya. Dan setelah dia temui kasutnya, dia sarung kasutnya lantas gerak keluar dari situ. Tidak lupa untuk tutup kesan merah pada tepi lehernya dengan kotnya.

Taktala pintu terbuka, Kade bersemuka dengan Naera di depan pintu itu. Wajah tegang lelaki itu serta merta kendur sebaik melihat Naera.

"Hey....you okay?"tanya dia setelah itu.

Naera pandang Kade dengan perasaan berbuku geram. Dalam hati dia sudah menyumpah seranah akan Seth. Berani betul Seth libatkan Kade dalam hal ni?Apa?Tak boleh tinggalkan Seth? Kata-kata lelaki itu tadi masih terngiang-ngiang dalam kepalanya. Ingat dia tak berani ke?

"Apa yang telah berlaku?Kenapa awak ada di sini? Seth beritahu awak ada bersama dia di sini. Saya risaukan awak sebab semalaman tak pulang. Sebab itu saya ke sini."belek Kade semasa memegang lengan Naera. Hendak pastikan Naera tidak di apa-apakan.

Secara automatik Naera bawa tangan naik menutup lehernya sebaik mendengar nama Seth. Harap-harap kesan itu tidak terlalu jelas. "Saya okay.."katanya.

Kade perasan. Dia tengok tangan Naera yang menutupi leher itu. "Ada apa dengan leher aw-" terus terhenti kata-katanya selepas lihat akan tompokan pada leher itu setelah berjaya turunkan tangan Naera ke bawah. Dia pandang wajah Naera bersama beribu persoalan di kepala. "Di-"

Berasa malu dan marah pada masa yang sama, Naera buat muka serius.

"Jangan tanya saya apa-apa. Tapi jawapan saya tidak." beritahu Naera.

Kade tercengang buat beberapa saat. Apa yang 'tidak'?"Apa maksud awak?"

Naera tutup pintu itu dan gerak ke tepi untuk pergi dari situ. "Sudah la. Jom kita balik.."ajaknya. "Mulai hari ni saya tak lagi bekerja untuk dia..."lafaznya dengan tekad. Apa nak jadi, jadila!Apa yang pasti dia tidak ingin berada dekat dengan Seth atau melihat lelaki itu lagi!

Tidak tahu hendak bertanya apa lagi, Kade terpaksa akur. Dia ekori langkah Naera sehingga mereka berdua keluar dari bangunan dan menaiki kereta yang dipandu olehnya.

*********************************

Omo!What to do!

Tinta ingat nak pecahkan identity Kade awal-awal. Tapi macam cepat sangat je...so, Tinta terpaksa buat 'scene' sikit.

Ahahah

Hope Buddies suka chapter kali ni.

Serius comment you guys really make my day.

Thank you for reading.