webnovel

Oh My Crush

Biasanya la kan...kalau kita sukakan seseorang itu, kita yang akan kejar orang yang kita sukakan tu ya tak? Tapi macam mana kalau kali ni, orang yang kita sukakan tu pulak yang kejar kita? Apa yang kau orang akan buat? Macam kisah si Naera Aleena ni..... Naera Aleena ada crush semasa dia sekolah menengah tinggi. Jadi dia berniat hendak lafazkan rasa Sukanya kepada crushnya itu. Cubaannya itu Berjaya. Crush dia sudi untuk menerima permintaannya untuk keluar dating Bersama. Tapi itulah...manusia hanya sekadar mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. ********************* Seperti biasa awal-awal pagi dia akan bersiap untuk ke pejabat bagi membuat persiapan bosnya. Selaku setiausaha, dia gemar hadir sejam lebih awal sebelum bosnya tiba. Namun kehadirannya itu disambut oleh orang lain, bukan bosnya. "Apa maksud tuan ditukar hak milik?"soal Naera dengan muka tergamam. "Ya Naera...mulai hari ini, Syarikat Di Clove berada di bawah pengurusan Triad Convenant...presiden baru syarikat ini adalah Tuan Seth Cain ini..." Seperti baru di siram dengan air sejuk dan ais ke atas kepala, Naera pandang lelaki di belakang meja bosnya Bersama mata terbutang luas. Oh my crush! Macam mana semua ni boleh berlaku? "Se-th?"sebut Naera tergagap sendiri. Kecik betul dunia ni kan?Elok dia nak larikan diri, boleh pulak ada didepan matanya! "Sila beri tunjuk ajar..."sapa Seth semasa memberi renungan tajam ke Naera dan tersenyum sinis. Susah payah, Naera menelan air liur. Sh*t betul! Tak boleh jadi ni! Esok pagi jugak dia pergi jauh dari sini! Naera mengetap gigi seeratnya!Kenapa la dia boleh bertemu semula dengan crushnya di sini?Di syarikat yang sama?Bos dia lagi tu! "Mulai hari ini kamu adalah setiausaha saya..."maklum Seth. Naera pandang tidak berkedip. Masih belum sober dari terkejutnya!

TintaHitamTanpaAra · Urban
Zu wenig Bewertungen
57 Chs

Chapter 3 : Unreadable Expression

Naera pandang Seth buat beberapa saat. Teragak-agak!Masih ingat lagi ke lelaki ini akan kejadian 8 tahun yang lalu?Adakah Seth masih ingat siapakah dirinya ini?Tangan yang dihulurkan tadi di pandangnya kemudian. Naera tidak mahu membalas jabat tangan itu. Tapi dia tiada pilihan lain sebab dia hanya la seorang pembantu bukannya boss. Jadi dengan segala perkara dan perasaan yang sedang berbolak balik dalam dadanya menjerit mintak di luahkan, Naera pegang tangan itu lalu digenggam dengan kemas.

"Senang bertemu dengan tuan juga."kata Naera yang tidak mahu lama-lama memegang tangan itu kalau tidak jantung dia akan semakin menjadi-jadi feel nya. "Tuan kata Encik Seth adalah bos baru, adakah tuan akan keluar dari syarikat ni?" dalihnya yang enggan membiarkan rasa tegang dan janggal yang di rasai bertambah.

"Well...you see...Encik Seth ini telah membeli syarikat Di Clover ini dan sekarang dia adalah pemilik baru syarikat ini."beritahu Tuan Franklin dengan renungan sedih kepada Naera.

Mulut Naera terbuka sedikit kerana dia begitu terkejut mendengar makluman itu. Seth beli syarikat ni?Dah macam mana dengan tuan Franklinnya ini?Dan paling penting dia macam mana pulak?Memang tidak la dia nak cari kerja di tempat lain!

"Tapi macam mana dengan tuan?"soalnya menyuarakan fikirannya tadi.

"Saya akan pergi. Encik Seth di sini akan mengambil alih tempat saya. Saya percaya, cepat atau lambat saya tetap akan turun dari terus menerus memegang jawatan ini....Boleh la saya luangkan masa dengan insan tersayang selepas ini."jelas Tuan Franklin. "Dan kamu jangan khuatir, kerja kamu tidak terjejas. Kamu boleh terus berkerja di sini sebagai pembantu Tuan Seth..."

Excuse me?Naera buat muka hendak mencarut kepada Franklin sebaik mendengar cadangan tersebut?Assistant?Ihh!Niat dia adalah hendak jauhkan diri bukan semakin dekatkan diri!Susah la kalau Seth berada di sini!Habis rosak semua pelan dia nanti! Banyak-banyak syarikat, syarikat ni jugak lelaki ni nak datang menyemak!

Tapi tak mungkin la dia nak cakap terang-terang semua ni depan Tuan Franklin. Dari dia naik meroyan dan hilang kawalan di sini, Naera mengalah. Dia malah tersenyum senang memberi anggukan kepala patuh akan kata-kata itu.

"Baik tuan."balasnya.

"Bagus la kalau begitu. Saya yakin kamu dan Encik Seth dapat berkerjasama dengan baik."

Berasa terkilan dengan kata-kata itu, Naera berkata. "Saya akan merindui tuan selepas keberangkatan tuan nanti."ujarnya sambil gerak memeluk sekeliling badan itu dengan kedua-dua tangan. Tidak kira la sudah berapa lama dia telah bekerja untuk orang tua ini, sudah dia anggap seperti ayahnya sendiri. Sudah la baik, ramah lagi tu. Sikit pun tidak pernah berkata kasar atau berkelakuan tidak elok terhadapnya. Sesungguhnya, Tuan Franklin adalah bos terbaik pernah dia temui.

Franklin balas pelukan itu dan keadaan mereka berkekalan buat beberapa minit.

"Ehem!"tidak semena bunyi orang berdehem kedengaran tidak lama selepas itu.

Yang mana membuatkan kedua-dua mereka berpisah dan jarakkan diri. Mereka berdua kerling ke arah Seth dan pandang wajah kacak lelaki itu. Ada garis emosi yang tidak dapat di tafsirkan melalui riak wajahnya itu.

"Kalau anda berdua telah selesai, Franklin baiknya kita tamatkan perbincangan kita." beritahu Seth.

"Ya...ya...sudah tentu."Franklin mengangguk kepala dengan kekok. "Naera...apa kata kamu teruskan kerja kamu sementara saya dan Encik Seth selesaikan perbualan kami?"ujarnya sambil menolak Naera ke arah pintu supaya keluar dengan perlahan.

Naera pun mengangguk kepala. Dia berjalan keluar dari pejabat itu namun sempat juga dia mengerling ke belakangnya lantas bertentang mata dengan Seth tanpa diduga. Lelaki itu merenungnya dengan tatapan tidak dapat di kenal pasti apakah maksudnya.

Sebaik saja pintu itu tertutup rapat, Naera dengan renungan nekad dan yakinnya memasang niat, Dia tidak mungkin akan bekerja buat Seth!Tidak kira la lelaki itu crush dia atau lelaki yang dia pernah sukakan dulu atau bukan!

Apa yang penting, Seth adalah off limit!Garis sempadan yang dia tak boleh langgar atau libatkan diri dengannya.

************************************

So ini tiga chapter pertama?

Macam mana?

Okay tak?

Do vote and comment untuk beritahu Tinta apa pendapat Buddies!I would appreciate it

Thank you for reading.

Until next time.

Take care.

Adios!