webnovel

Oh My Crush

Biasanya la kan...kalau kita sukakan seseorang itu, kita yang akan kejar orang yang kita sukakan tu ya tak? Tapi macam mana kalau kali ni, orang yang kita sukakan tu pulak yang kejar kita? Apa yang kau orang akan buat? Macam kisah si Naera Aleena ni..... Naera Aleena ada crush semasa dia sekolah menengah tinggi. Jadi dia berniat hendak lafazkan rasa Sukanya kepada crushnya itu. Cubaannya itu Berjaya. Crush dia sudi untuk menerima permintaannya untuk keluar dating Bersama. Tapi itulah...manusia hanya sekadar mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. ********************* Seperti biasa awal-awal pagi dia akan bersiap untuk ke pejabat bagi membuat persiapan bosnya. Selaku setiausaha, dia gemar hadir sejam lebih awal sebelum bosnya tiba. Namun kehadirannya itu disambut oleh orang lain, bukan bosnya. "Apa maksud tuan ditukar hak milik?"soal Naera dengan muka tergamam. "Ya Naera...mulai hari ini, Syarikat Di Clove berada di bawah pengurusan Triad Convenant...presiden baru syarikat ini adalah Tuan Seth Cain ini..." Seperti baru di siram dengan air sejuk dan ais ke atas kepala, Naera pandang lelaki di belakang meja bosnya Bersama mata terbutang luas. Oh my crush! Macam mana semua ni boleh berlaku? "Se-th?"sebut Naera tergagap sendiri. Kecik betul dunia ni kan?Elok dia nak larikan diri, boleh pulak ada didepan matanya! "Sila beri tunjuk ajar..."sapa Seth semasa memberi renungan tajam ke Naera dan tersenyum sinis. Susah payah, Naera menelan air liur. Sh*t betul! Tak boleh jadi ni! Esok pagi jugak dia pergi jauh dari sini! Naera mengetap gigi seeratnya!Kenapa la dia boleh bertemu semula dengan crushnya di sini?Di syarikat yang sama?Bos dia lagi tu! "Mulai hari ini kamu adalah setiausaha saya..."maklum Seth. Naera pandang tidak berkedip. Masih belum sober dari terkejutnya!

TintaHitamTanpaAra · Urban
Zu wenig Bewertungen
57 Chs

Chapter 2 : Oh My Crush!

Naera luruskan skirt pencilnya sambil berjalan menuju ke pintu pejabat Tuan Franklin. Seperti yang diminta oleh orang tua itu, dia tiba ke pejabat pada masa yang ditetapkan. Sejak malam tadi dia tidak dapat tidur dengan lena kerana asyik memikirkan apa yang tuan dia ingin sampaikan.

Adakah identitinya terdedah?

Adakah rancangan dia telah ketahuan?

Mungkin?

Di pecat?

Takkanla!Tahu tak selama tiga tahun dia cuba apply untuk bekerja di syarikat ini. Dan baru lima bulan di sini, takkan la dipecat pula?Salah apa yang dia telah lakukan?Ingat senang apa nak masuk ke syarikat ni?

Persoalan demi persoalan bermain dalam benak kepala sampai dia tidak sedar yang dia telah berjaga sepanjang malam hingga subuh tiba. Hendak tidur pun terus tidak jadi. Niatnya di batalkan untuk terus bersiap dan gerak ke pejabat setelah itu.

Knock!

Knock!

Ketukan perlahan di berikan sebelum Naera berjalan masuk ke dalam. Tuan Franklin sedang duduk di kerusi tempat lelaki itu biasa duduk,dibelakang meja. Namun begitu ada seorang lelaki sedang duduk di satu daripada kerusi pelawat di situ. Lelaki itu mengenakan business suit. Disebabkan lelaki itu duduk membelakangkan Naera, dia sama sekali tidak dapat mengecam siapakah gerangan tetamu itu dari tempat dia sedang berdiri.

Tuan Franklin menoleh ke arah Naera lantas tersenyum sebaik melihat wanita 26 tahun itu berjalan masuk ke situ.

Naera balas semula senyuman itu. Namun perasaan resahnya tidak dapat dihapuskan juga. "Selamat pagi tuan. Maaf sekiranya saya terlewat."beritahunya.

"Selamat pagi Naera...tidak mengapa. Kamu datang tepat pada masanya.."ujar Franklin, lelaki berusia 58 tahun.

Naera jalan perlahan-lahan mendekati depan meja itu.

Mata Franklin melirik ke lelaki yang duduk di kerusi pelawat dengan janggal.

Perasan akan ketegangan antara dua lelaki di situ, Naera ikut lirik akan lelaki tersebut, tetapi dia hanya nampak tepi muka sahaja kerana lelaki itu diam memandang ke depan tidak bergerak. Siapa pulak ni?

"Naera...saya hubungi kamu ke sini adalah untuk memperkenalkan kamu kepada boss baru kamu.." kata Franklin.

Boleh dikatakan, Naera yang dengar serta merta kebingungan. Bos baru??Apa?Bagaimana?

"Maafkan saya tuan, adakah tuan kata....Bos baru?" tanya dia.

"Tepat sekali Naera...bos baru. Kenalkan Seth Cain, pemilik baru syarikat ini...yang mana di kenali sebagai Triad Convenant."Tuan Franklin menyatakannya sambil aju tangan ke lelaki tadi.

Bagai disiram air dicampur dengan air batu dari atas kepala, tubuh Naera kejung di situ apabila mendengar bait nama penuh itu lepas dari mulut berjanggut itu. Kerutan kening jelas kelihatan. Tanpa sedar nafasnya sudah terhenti di kerongkong.

Lidahnya kelu, Naera kagum sendiri melihat Seth memandangnya.

Pada masa itu la lelaki yang duduk di kerusi tadi berdiri. Dia betulkan kot di badannya semasa pusingkan badan menghadap Naera di situ. Seth Cain, lelaki segak yang bukan jenis tipikal biasa. Aura yang di tonjolkan dari rupa itu cukup untuk buatkan sesiapa tunduk menyembah akan dirinya. Seseorang yang boleh merampas nafas seseorang dengan satu senyuman sahaja.

Tidak berubah sama sekali, dari rupa dan daya penariknya, Seth kelihatan lebih matang dan segak dari kali terakhir Narea lihat. Yang mana masih Berjaya membuatkan hatinya terkesan dan perasaan suka yang telah terkubur sejak lapan tahun timbul semula tidak semena setelah bertentang mata dengan sepasang mata yang Berjaya mencuri perhatiannya selama 10 tahun yang lalu!

Pendek ceritanya, Seth Cain adalah orang yang sempurna buat pandangan mata Naera. Tapi lelaki seperti Seth ini jugalah orang yang dia patut jauhkan diri dari!Lelaki idaman semua wanita ini juga jadi penyebab kenapa ada air mata yang mengalir. Sebab itu la dia kena jauhkan diri dari Seth. Dia tidak mahu hatinya di lukai, lagi-lagi dengan crushnya ini!

"Selamat pagi Cik Naera Aleena...senang bertemu dengan awak."Seth berkata sambil menghulurkan tangan ke Naera untuk berjabat.

.