webnovel

Oh My Crush

Biasanya la kan...kalau kita sukakan seseorang itu, kita yang akan kejar orang yang kita sukakan tu ya tak? Tapi macam mana kalau kali ni, orang yang kita sukakan tu pulak yang kejar kita? Apa yang kau orang akan buat? Macam kisah si Naera Aleena ni..... Naera Aleena ada crush semasa dia sekolah menengah tinggi. Jadi dia berniat hendak lafazkan rasa Sukanya kepada crushnya itu. Cubaannya itu Berjaya. Crush dia sudi untuk menerima permintaannya untuk keluar dating Bersama. Tapi itulah...manusia hanya sekadar mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. ********************* Seperti biasa awal-awal pagi dia akan bersiap untuk ke pejabat bagi membuat persiapan bosnya. Selaku setiausaha, dia gemar hadir sejam lebih awal sebelum bosnya tiba. Namun kehadirannya itu disambut oleh orang lain, bukan bosnya. "Apa maksud tuan ditukar hak milik?"soal Naera dengan muka tergamam. "Ya Naera...mulai hari ini, Syarikat Di Clove berada di bawah pengurusan Triad Convenant...presiden baru syarikat ini adalah Tuan Seth Cain ini..." Seperti baru di siram dengan air sejuk dan ais ke atas kepala, Naera pandang lelaki di belakang meja bosnya Bersama mata terbutang luas. Oh my crush! Macam mana semua ni boleh berlaku? "Se-th?"sebut Naera tergagap sendiri. Kecik betul dunia ni kan?Elok dia nak larikan diri, boleh pulak ada didepan matanya! "Sila beri tunjuk ajar..."sapa Seth semasa memberi renungan tajam ke Naera dan tersenyum sinis. Susah payah, Naera menelan air liur. Sh*t betul! Tak boleh jadi ni! Esok pagi jugak dia pergi jauh dari sini! Naera mengetap gigi seeratnya!Kenapa la dia boleh bertemu semula dengan crushnya di sini?Di syarikat yang sama?Bos dia lagi tu! "Mulai hari ini kamu adalah setiausaha saya..."maklum Seth. Naera pandang tidak berkedip. Masih belum sober dari terkejutnya!

TintaHitamTanpaAra · Urban
Zu wenig Bewertungen
57 Chs

Chapter 19 : Perkenalan Tidak Di Jangka.

Best betul kalau jadi bos ni kan.

Dok arah sana.

Dok arah sini.

Duduk goyang kaki.

Yang jadi mangsanya orang bawahan.

Ceh!

Bertanggungjawab konon.

Kepala mu bertanggungjawab!

Jadi kuli lagi ada la!

Hampeh tul!

Selepas beberapa hari berlalu, keadaan kembali kepada sedia kala. Naera kembali bekerja sebagai setiausaha. Sementara Seth sibuk dengan kerja di Di Clove. Sekejap ke sana sekejap ke mari. Berjumpa orang itu, berjumpa orang ini. Sama sekali tidak kelihatan seperti baru berlaku konflik antara mereka. Naera yang tidak kuasa hendak tangani kepala angin dan demanding Mr.Boss dia yang satu ini terpaksa menjadi seorang setiausaha yang mendengar kata dan patuh.

Tapi itu la!

Mesyuarat sepatutnya bermula pukul 10 pagi tapi di tunda selepas pukul 2 petang. Penatlah dia macam lipas kudung fotostat banyak dokumen dan gelabah gaban nak susun kemudian letak di dalam bilik mesyuarat itu lima minit sebelum sepuluh pagi.

Baru nak tarik nafas lega..

Sekali tu...

Mereka kata.....

'Naera...meeting tunda. Mr. Seth ada emergency.'

What the heck!

Emergency apa pulak tu?Kenapa tak call atau inform dia dari awal?!

Alahai bos!Nasib la!

Tapi lepas jam 2 petang, Seth munculkan diri. Tapi bukan seorang diri!Ya...lelaki tu bukan datang sendirian ke pejabat. Yang mana berjaya menarik perhatian semua manusia yang ada di dalam Di Clove termasukla Naera sendiri.

Seth datang bersama si kecil di sisi!

What the hell is going on right now!?

"Hah?Apa tuan cakap?"tanya Naera dengan muka cuak dia.

"Jagakan anak saya."ulang Seth dengan tenang sewaktu menatap Naera.

Seperti baru tercekik biji durian di dalam tekak, mata Naera gerak ke budak lelaki handsome berambut hitam berkilat dekat sebelah kaki panjang Seth dengan kening berkerut sedih.

Anak?

Seth ada anak?

Oh my crush!

Why?

Dia sendiri belum kahwin.

Seth sudah mempunyai anak?

Haisehmen!

"Ta-tapi saya mana la reti bab babysit ni.." beritahu Naera dengan jujur. Dia sekalipun tak pernah pegang bayi inikan lagi nak jaga?

Sylas dongak memandang Naera dengan muka dingin tiada perasaannya. Sikit pun tidak berkedip.

"Maaf sebab susahkan awak. Tapi Nanny dia yang sepatutnya jaga dia telah terjatuh sewaktu cuci bilik air. Sekarang nanny dia berada di hospital menerima rawatan patah kakinya. Kalau awak nak selamatkan syarikat ni...awak kena tolong saya tengokkan Sylas.."beritahu Seth sewaktu memegang atas kepala Sylas.

Naera menelan air liur. Dia pandang silih ganti akan anak kecil di tepi Seth lalu ke muka handsome berharap Seth pula. Haih! Kenapa la dia bersetuju untuk lakukan semua ni!"Fine...saya tengokkan dia..."kata dia dengan perasaan kecewa. Bila masa pulak la crush dia ni kahwin. Tak tahu pun!

"Thanks..."ucap Seth sebelum bergerak masuk ke bilik mesyuarat dengan langkah lekas.

Lalu tinggalkan Naera dan Sylas sendirian di koridor itu berdua.

Naera pandang Sylas.

Sylas pandang Naera.

Masing-masing lawan renungan.

"Hai..."senyum Naera dengan kekok pada kanak-kanak itu selepas suasana janggal menghuni sekeliling mereka berdua. "Um..mari la ikut aunty...kita ke ruangan pejabat ayah kamu."ajaknya sambil aju tangan ke hujung koridor.

Baru la mata Sylas bergerak. Dia tilik penampilan kakak cantik di depannya dengan minat. Kenapa dia macam kenal ya muka ni?Rasanya dia pernah Nampak?Tapi dekat mana? "Aunty ni siapa?"tanya dia kerana ingin tahu.

Naera menjungkit kening terkejut mendengar soalan itu. "Um..PA ayah kamu.."kata dia teragak-agak. Takut nanti salah sebut lain pulak jadinya.

Sylas mengedipkan mata. "Dia bukan ayah saya." dengusnya dengan perlahan.

"Huh?"Apa dia?Naera terus bercangkung depan anak kecil itu dan tenung wajah kacak itu dengan kening terangkat.

Beg berisi drawing block dan peralatan melukisnya di peluk rapat ke dada oleh Sylas lepas dia nampak Naera begitu hampir dengannya dan mata mereka bertembung. Jadi takut tiba-tiba.

"Apa kamu kata tadi?"soal Naera.

Sylas tak jawab. Dia hanya berpaling dari situ dan gerak menuju ke hujung koridor dimana pintu lif berada.

Naera yang ditinggalkan bercangkung dekat situ sudah terkebil-kebil mata kebingungan. Dia salah dengar ke tadi?Apa maksud Budak kecik tu tadi?Seth bukan ayah Sylas?Dah tu?Kenapa Seth gelar diri sebagai ayah?

Amenda semua ni sebenarnya?

"Hey!Tunggu aunty!"panggil Naera semasa bangun dari situ dan gerak mengejar langkah Sylas yang sudahpun tiba di depan pintu lif.