webnovel

My bodyguard be my lover

Banyak orang yang membenci Elita kerana sikapnya yang sangat sombong dan berlagak.Suatu hari,ketika dia balik dari Amerika Syarikat,dia bertemu dengan Gavin.Disebabkan Elita mempunyai ramai musuh,ayahnya meminta pertolongan daripada Gavin untuk menjadi pengawal peribadi Elita dan dapat mengubah sikap Elita.Elita sentiasa menghina Gavin sehingga mereka selalu bergaduh.Tanpa disangka Elita telah jatuh cinta terhadap Gavin secara tiba-tiba.Kerana Gavin juga,dia telah berubah.

zur_nie · Urban
Zu wenig Bewertungen
28 Chs

Realiti yang tidak diimpikan

Bunyi jam loceng belum diberhentikan kerana pemiliknya belum bangun.Masih dibuai mimpi yang indah sehingga dia terjatuh di atas lantai.

"Oh no!"Elita mengusap kepalanya kerana terhantuk.Dia mencapai jam loceng di meja lalu menghentikannya.

Dia berjalan masuk ke dalam bilik mandi.

"Alright Elita,you need to be brave.Don't be shy.Just confident.Buat je takde perkara pelik yang berlaku semalam"

Elita bercakap sendiri dan membuka pintu.Dia terkejut melihat lelaki yang berada di depannya sekarang adalah lelaki yang membuat dia gementar semalam.

"Morning Elita"Gavin menegurnya dan senyum.Muka yang selamba seperti tiada apa yang dia lakukan semalam.

"Kenapa awak berdiri kat sini?"Elita berpeluk tubuh dan merenung tajam ke arahnya.

"Salah ke?"

"Yes salah!Awak tak ingat ke apa yang awak buat semalam?"

"Ingat .Saya tengok awak malu"

Gavin menyegit matanya.Elita dapat merasakan mukanya sudah mulai merah dan dia berlari turun ke bawah.Boleh gila dibuatnya jika terus berhadapan dengan Gavin.Gavin ketawa dapat mengusiknya lagi.

***

Elita menyiapkan tugasannya di awal pagi.Gavin fokus membaca surat khabar.Sesekali itu dia melihat Elita tanpa Elita sedar.

TOKK2

Gavin membuka pintu untuk melihat gerangan siapa yang mengetuk pintu.

"Morning bro"Alden senyum sinis padanya.

"Morning,ada yang saya boleh bantu ke?"tanya Gavin.Entah kenapa dia berasa marah jika Alden ingin berjumpa dengan Elita.

"Aku cuma nak jumpa teman wanita aku"

"Ok silakan masuk"

Alden berjalan menuju ke arah Elita.Gavin duduk kembali di tempat duduknya dan membaca surat khabar.Tumpuannya hilang saat Alden berjumpa dengan Elita.

"So how?"

"Ok je,saya rasa selesa sangat kerja kat tempat ayah awak"

"Good,Hadzwan mana?"

"Ada kat luar,ada 3 pekerja perempuan sedang mengurat dia.tapi saya tak kenal"

Elita tersengih.Pasti apa yang dimaksudkan oleh Alden adalah Afra,Ayita dan Chandani.Kumpulan minah bawang yang tidak asing lagi dalam pejabat ayahnya dan merekalah satu-satunya yang cepat terpikat dengan lelaki yang mempunyai rupa kacak.

"Ayah saya dah berikan tugasan pada awak ke?"

"Dah,bye saya nak siapkan tugasan yang ayah awak berikan.Nanti saya jumpa awak"

Elita mengangguk.Gavin bingkas berdiri dan membuka pintu.

"Jangan nak rapat sangat dengan dia,kalau aku nampak,awas"Alden berbisik di telinga Gavin dan keluar dari bilik Elita.Gavin mengabaikan apa yang dikatakan oleh Alden.

'Tiba2 nak halang aku rapat dengan Elita,kenapa?!'bisik hati Gavin dan menutup semula pintu.

Elita melihat fail Haura yang berada di sebelahnya.

'Perlukah nak tengok sekarang?'Elita mengambil fail Haura dan membukanya.Elita fokus melihat setiap hasil kerja Haura dulu.Air mata Elita mengalir sedikit.Elita mengesat air matanya.Setiap kali dia mengingati tentang Haura pasti dia akan menangis.

'Kenapa awak lupakan saya,Haura?Kita dah lama berkawan sejak sekolah rendah,tapi awak sanggup lupakan saya?Why Haura?'Elita terus membelek-belek helaian kertas di dalam fail Haura.

'Saya harap awak akan ingat saya..tapi bila lagi kita akan berjumpa?'

Pintu diketuk sekali lagi dan Gavin membukanya.Elita lekas menyimpan fail Haura di dalam beg.

"Oh uncle ,silakan masuk"pelawa Gavin sambil mempamerkan senyuman manis terhadap Encik Alvis.

Encik Alvis masuk ke dalam sambil membawa 1 fail dan meletakkan fail itu di meja Elita.

"Siapkan kerja ni"

"Baiklah ayah"

"1 more thing,malam ni kita ada tetamu"

"Siapa?"

"Kakak ayah"

"Aunty Greisy?Ayah dah berbaik dengan aunty ke?"

"Dah,baru je semalam.Dia lawat ayah dengan mama tapi kejap je lepas tu dia balik.Dia datang pun sebab nak minta maaf dan nak berbaik"

"Ok"

"Dia kata yang dia akan bawa anak angkat dia"

"Siapa anak angkat dia?"

"Aunty Greisy tak nak cakap nama dia,dia nak buat kejutan.So Elita kena awal balik"

"Erm yelah"

Encik Alvis keluar dan meninggalkan Elita.

'Bila masa aunty Greisy ada anak angkat?'Elita tertanya-tanya dalam hatinya.Dia tak sabar untuk mengetahui anak angkat Puan Greisy.

***

"What?Aunty Greisy awak tu ada anak angkat?"tanya Alden.

"Ya tapi aunty Greisy tak nak cakap siapa anak angkat dia tu"

"Mesti perempuan kot?"

"Maybe ,sebab aunty saya cuma ada anak lelaki je"

"Kalau awak dah tahu cakap kat saya ,sebab saya pun nak tahu"

"Ok"balas Elita.

'Kalau dia tu Haura ,maksudnya plan aku akan berjaya tak lama lagi hahaha'bisik hati Alden sambil memandang ke arah lain.

Gavin menyampah melihat Alden dan Hadzwan sedang duduk bersama mereka sekarang.Dia tidak dapat berbual dengan Elita kerana Alden tidak membenarkannya dia.

"Tak sangka cantik sangat teman wanita kau,Gavin"ujar Hadzwan.

"Siapa?"Gavin melihatnya dengan hairan.Selama ni Hadzwan langsung tak pernah nampak teman wanita Gavin iaitu Amelia.

"Elmiralah ,habis tu siapa lagi kalau bukan dia en?"

"Dia tu kawan aku je bukan teman wanita"

"Yeke?Semalam tu bukan ke dia ajak kau duduk sekali dengan dia?"

"Tu aku terpaksa ,tapi aku larikan diri daripada dia, menyampah"

"Terima jelah dia tu jadi teman wanita kau.takkanlah kau nak jadi bujang seumur hidup kau?"

"Aku dah ada teman wanita"

"Siapa weii?Aku tak tahu pun kau dah ada teman wanita"

"Amelia,kami dah lama berpisah.Tapi aku tetap nak tunggu dia"

"Lebih baik kau terima je Elmira tu"

"Aku tak suka"

"Tapi saya tetap suka kat awak Gavin"kata Elmira sambil memegang bahu Gavin.

Gavin mengerutkan dahinya ketika melihat Elmira.Sejak bila lagi dia ada kat sini?

"Baby,please temankan I pergi kat sana"Elmira mengurut bahu sasa Gavin.

'Gedik!'Elita marah melihat Elmira mengada-gada terhadap Gavin.

"Gavin,saya nak awak temankan Elmira.Takpe saya akan tunggu awak dan saya akan tolong bayarkan untuk awak"arah Elita.Dia rimas melihat Elmira bermanja-manja di depannya.

"Tapi Elita.."

"Pergi je"Elita menundukkan kepalanya.

Gavin terpaksa bersetuju untuk menemankan Elmira.Elmira melihat Alden dan Hadzwan.Mereka bertiga senyum sinis.Umpama sudah berjaya menghalang Elita daripada Gavin.

Gavin berdiri dan mengekori Elmira.

"Aku rasa mungkin Gavin suka pada Elmira"Hadzwan separuh berbisik.Tetapi Elita masih boleh mendengar apa yang dikatakan oleh Hadzwan.

"Muka je kacak tapi playboy ,tak setia haha!Kesian ayah Elita pilih dia sebagai pengawal peribadi teman wanita aku"balas Alden.Sengaja mahu membuat Elita marah terhadap Gavin.Tetapi sebenarnya tak.Elita lebih berasa marah terhadap Alden.Tuan dia ada kat sebelah dia pula sesuka hati je nak mengumpat Gavin!

***

Elita merenung lama Gavin sedang memandu kereta.'Elmira ajak awak pergi kat mana tadi?'

Gavin menoleh ke arahnya seolah-olah dia dapat baca pertanyaan Elita walaupun Elita tidak bersuara.

Elita lekas mengalihkan pandangannya ke arah lain.Gavin tersengih.

"Kenapa awak tengok saya?"

Elita membiarkan pertanyaan Gavin tidak dijawab.

"Ke awak marah Elmira jumpa saya tadi?"

"Taklah,buat apa saya nak marah.Awak bukan siapa2 pun untuk saya"Elita masih tidak melihatnya.

"Sebab saya tahu awak sayangkan saya.Bila sayang tu dah ada,cemburu pun akan turut sama ikut"

"Ada nampak muka saya cemburu sekarang?Takde kan!"Elita menunding jari telunjuk ke arah mukanya sendiri.

"Ada"

"Jangan nak perasan!"Elita melihat ke luar cermin.Dia tak nak melihat Gavin.

"Suatu hari tu,saya jumpa seorang perempuan yang hampir boleh buatkan saya lupakan Amelia.Tapi tiba2 saya tak tahu kenapa saya boleh sayangkan dia.Awak nak tahu siapa?"

"Tak nak"Tapi dalam hatinya,Elita teringin sangat nak mengetahui perempuan itu.

"Takpe suatu hari nanti saya akan cakap nama dia,tapi saya nak awak tahu yang saya sedang cuba buka hati untuk mecintai dia"

Elita menutup telinganya.Malas nak mendengar.Tapi dia sedih kerana Gavin akan menyukai perempuan itu dan bukan dia.

'Perempuan tu adalah awak,Elita'bisik hati Gavin dan terus menumpukan perhatian ketika memandu.

Gavin membuka pintu untuk Elita,Beg tangan disisipnya ke bahu.Dia keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah,tanpa mengucapkan terima kasih pada Gavin.

"Dia marah aku ke?"

***

Mereka semua duduk di ruang tamu.Sedia untuk menerima tetamu yang akan datang.Elita tidak sabar berjumpa dengan aunty Greisy dan anak angkatnya.

"Manalah pula Greisy ni?Takkanlah tak jadi nak datang sini?"Encik Alvis melirik ke arah jam.

"Dah jam 9:00 takkan tak ada lagi?"

"Kita tunggu je,mungkin diorang dalam perjalanan ke"Puan Jefina menggeleng melihat suaminya yang tidak reti nak duduk dan berjalan mundar-mandir.

Kedengaran Puan Greisy memanggil mereka di luar.Encik Alvis bergegas untuk membuka pintu.Mereka semua berdiri saat Puan Greisy dan Nathan(abang sepupu Elita) masuk.

"Mana anak angkat awak?"tanya Encik Alvis.

"Ada dia kat belakang"

"Hi"seorang gadis cantik masuk ke dalam rumah mereka.Gadis yang sangat mereka kenal.

"Haura?"Elita berjalan dengan perlahan menuju ke arahnya.

"Awak siapa?"tanya Haura.

"Haura awak?Ke mana awak pergi selama ni?"Elita berhenti saat dia berada di depan Haura.

"Apa maksud awak?"

"Saya kawan awak Haura,awak tak ingat saya?"Elita mengenggam tangan Haura dengan erat.Berharap Haura akan mengingatinya.

"Saya tak ingat"Haura menolak tangan Elita.

Elita masih tidak berputus asa untuk menyuruhnya.Dia memeluk Haura.

"Haura ,please ingatlah saya.Saya adalah kawan awak"

Haura terdiam.

"Haura?"Elita menangis ketika memeluknya.

"Elita kenal Haura?"tanya Puan Greisy setelah lama berdiam.Dia menjadi bingung bagaimana Elita mengenali Haura.

"Aunty jumpa Haura kat tepi jalan.Masa tu dia dalam keadaan yang sangat takut.Bila aunty tegur dia,dia suruh aunty jangan dekat.Tapi aunty tetap nak tolong dia dan dia terima pertolongan aunty.So aunty bawa dia ke rumah aunty.Dia sendiri pun tak ingat nama dia dan dia hilang ingatan.Aunty tahu nama dia pun sebab aunty nampak name tag kat baju dia"Puan Greisy menceritakan semuanya.

"Kalaulah aunty dah berbaik dengan ayah,memang dah lama kami boleh berjumpa"Elita tidak berhenti menangis.Haura yang berada di sebelah Puan Greisy memandang dia.

Puan Jefina dan Encik Alvis hanya diam tak terkata.Mereka juga bingung dengan masalah ni.Betul apa yang dikatakan oleh Elita.Pasti sahaja Elita akan berjumpa dengan Haura secepat mungkin.

Gavin hanya menjadi pemerhati.Dia berasa simpati melihat Elita dan Haura.

"Siapa yang tergamak buat Haura macam tu!!"Elita mendengus geram.

Haura yang tak ingat apa2 menjadi keliru melihat Elita.

Puan Jefina mengusap bahu Elita untuk menenangkan dia.

Vivi mengesat air matanya sambil berdiri di depan pintu dapur.Nathan dan Gavin mengenggam penumbuknya.Mereka berdua juga tertanya-tanya siapa yang sanggup memisahkan hubungan Elita dan Haura.Jika mereka tahu ,pasti orang itu akan dibelasah habis-habisan.

"Apa kata Elita bawakan sesuatu yang boleh ingatkan Haura"Puan Jefina memberi cadangan.

Elita mengangguk dan berlari naik ke atas.Elita turun ke bawah sambil membawa sekeping gambar.

Puan Greisy berdiri dan melabuhkan punggung di sebelah Puan Jefina.Elita duduk di sebelah Haura dan menghulurkan gambar pada Haura.Haura mengambil gambar itu.Gambar kenangan mereka ketika bekerja di pejabat Encik Alvis.

"Dulu awak pembantu saya dan kita adalah rakan sekerja.Awak masih ingat tak ?"tanya Elita dengan bersungguh-sungguh.

"Tak"jawab Haura.Ringkas.

Haura memulangkan semula gambar itu pada Elita dan dia berdiri.

"Mama,Haura nak balik"katanya dan sambil cuba mengatur langkah.Baru sahaja dia ingin melangkah, lengannya ditarik oleh Elita.

"Please Haura"Elita menangis teresak-esak.Namun Haura sama sekali tidak ingin mendengarnya dan menolak tangan Elita.

"Saya tak suka dipaksa"balas Haura.geram.Elita menundukkan kepalanya dan air matanya masih mengalir.

Puan Greisy berdiri.

"Maaf adik ,kami dah nak balik"kata Puan Greisy.Dia membawa Haura dan Nathan keluar dari situ.

Elita mengesat air matanya yang tidak berhenti mengalir.Puan Jefina lekas duduk di sebelah Elita dan mengusap bahunya dengan lembut.

"Elita dah berhentilah menangis"

Elita mengelenggeng kepalanya dan menyandarkan kepalanya di bahu Puan Jefina.

"Elita"bisik hati Gavin sambil merenung lama wajah Elita.Dia juga turut berasa sedih jika Elita bersedih.

Encik Alvis menggaru kepalanya yang tak gatal.Rasa bersalah kerana bergaduh dengan Puan Greisy (kakak) disebabkan mereka berdua berebut untuk mengambil harta arwah ayah mereka.