Meka itu tidak sukar untuk dijumpai. Dalam sekelip mata, Zhang Yang sudah menjumpai pondok kecil di tepi tasik. Terdapat satu kebun tumbuh-tumbuhan bersebelahan dengan pondok itu. Seorang lelaki pertengahan umur berada di tengah-tengah kebun, sedang menyiram pokok. Lelaki itu berpakaian selekeh dalam pakaian kain linen yang koyak-rabak. Setiap pergerakannya, penampilannya tiada petunjuk tentang kehidupan silamnya yang penuh dengan warna-warni. Apapun, terdapat sesuatu benda tentang penampilannnya. Zhang Yang dapat melihat lelaki itu mempunyai badan yang berotot di dalam bajunya yang koyak-rabak. Mukanya boleh tahan juga. Zhang Yang percaya jika lelaki itu berpakaian cantik, dia pasti akan menjadi salah seorang bangsawan elit. Bahkan pada ketika itu, terdapat satu rasa kematangan, terutama sekali cahaya dalam matanya. Dia mempunyai kepesonaan misteri yang boleh menggoda gadis muda yang paling menawan!
Dia adalah seperti lelaki dalam cerita dongeng.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com