webnovel

MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda

Pheonix ialah makhluk legenda, satu keajaiban dunia, gambaran kehidupan dan kemusnahan. Makhluk kisah dongeng ini menandakan kebangkitan seorang hero dalam dunia maya di mana pertempuran berlaku demi kehormatan dan kemuliaan! Zhang Yang ialah seorang pemain dalam permainan yang pertama dan terbaik merevolusikan dunia: Keajaiban Tuhan. Permainan di mana pengetahuan tradisional tentang RPG tidak penting lagi, pemain perlu mensasarkan dan mengelak serangan secara manual. Menimbulkan jurang yang ketara dalam kemahiran antara pemain profesional dan amatur. Kejatuhan Zhang Yang datang terlalu cepat. Teman wanitanya dirampas, kesatuannya diganggu dan dibubarkan, dan juga didorong untuk membunuh diri! Terjun turun dari tingkat atas hotel, Zhang Yang berasakan dia sedang terbang seperti phoenix. Apa yang dia tidak tahu, pengakhiran hidupnya menandakan kebangkitan dia dari abu! Zhang Yang was a professional gamer in the first and most fantastic game that revolutionized the world: God’s Miracle. A game where traditional knowledge in RPGs did not matter anymore, players would have to manually target and evade attacks, giving rise to a significant gap in skill between a professional and an amateur gamer. Zhang Yang’s downfall came a little too soon. His girlfriend was snatched, his guild was harassed and disbanded, and he was even driven to commit suicide! Jumping off the top floor of a hotel, Zhang Yang seemed as though he was soaring like a phoenix. Little did he know that the end of his life also signified his rise from the ashes!

Flying Alone · Spiele
Zu wenig Bewertungen
856 Chs

Gelombang Ketiga

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Pencari Salji masih belum cukup puas seperti Api Merah. Selepas menerima 3 peralatan Perak Kelabu daripada Zhang Yang, dia masih menghulurkan tangan kepada Zhang Yang. "Bagaimana pula dengan buku kemahiran?"

Disebabkan dia seorang yang berkaliber, sudah tentu dia tahu buku kemahiran lebih berharga daripada peralatan!

Zhang Yang berpura-pura tidak tahu dan berkata, "Apa buku kemahiran? Aku tidak jumpa pun!"

Pencari Salji membuat muka yang menjengkelkan dan berkata, "Oh, kalau begitu, aku patut biarkan Air Wangian lepak dengan kau selalu ya!"

Zhang Yang segera mengangkat tangan tanda menyerah kalah.

Betina tak guna!

Dia keluarkan sebuah buku dan berikan kepada Pencari Salji. Zhang Yang memusingkan badan dan berlari ke posisinya tanpa berkata apa-apa. Dia telah mengutip 3 buku kemahiran. Dia takut perempuan ini lebih tamak daripada dia.