webnovel

Mesteri sekolah kimori

Mesteri disebalik kegemilangan sekolah kimori.

Rajiv_Bakri · Andere
Zu wenig Bewertungen
12 Chs

chapter 5: school wonder no.6 the charm

mereka bertiga masuk kedalam pintu itu. Taka menutup matanya kerana takut jika sesuatu terjadi tetapi Nanamine memegang tangannya kerana dia tahu bahawa orang seperti Taka mudah berasa takut jika dibawa ke alam boundary.

" bukalah mata mu. tak ada apa apa yang akan terjadi pun. lagi pun kita dah sampai dah." kata Nanamine kepada Taka walau hakikatnya Taka masih memegang pergelangan tangan Nanamine.

" ouh baguslah!! bukan teruk pun dalam alam boundary ni" kata Taka dengan berani walau dia masih tidak melarikan tangannya dari pergelangan baju Nanamine.

" lepaskan tangan kau tu buat apa mau takut?." .soal Nanamine.

Taka hanya ketawa kecil.

" cuba tengok apa dihadapan kamu sekarang" pitah Nanamine kepada Taka untuk melihat ke hadapan.

Taka berasa terkejut dengan suasana alam boundary lelaki tua itu kerana dihiasi dengan alat muzik dan suasana penuh romantik.

" cantiknya tempat ni. tempat apa ni?"soal Taka.

" kamu tidak perlu tahu tentang tempat ini kerana alam ni tidak semua manusia boleh masuk" kata Nanamine kepada Taka.

" hohoho... mari kita teruskan perjalanan" kata lelaki tua itu.

semasa dalam perjalanan menuju ke suatu tempat Taka seperti ingin bertanya sesuatu kepada lelaki tua itu.

" apa yang kamu ingin tanyakan Taka?" soal lelaki tua itu seolah-oleh boleh membaca fikiran Taka.

" ehhh!! sebenarnya siapa nama pak cik ni?" soal Taka.

" hoho. nama saya yashiro" balas lelaki tua itu.

" ouh" kata Taka.

" tapi saya memanggil dia "tuan yashiro" kerana dia adalah tuan aku." kata Nanamine kepada Taka.

Taka hanya mengangguk tanda faham.

mereka meneruskan perjalanan. semasa dalam perjalanan Taka berasa hairan kerana terdapat banyak pintu.

" jangan sesekali membuka pintu itu,jika tak kamu akan ke boundary lain " lelaki tua itu memberi amaran.

" tuan yashiro ni macam tau tau syak aku fikir begitu" bisik Taka dalam hati.

mereka dah pun sampai disebuah rumah yang gah.lalu mereka masuk dan menuju ke ruang tamu. sekumpulan mikko ( sejenis makhluk kecil yang berbentuk arnab) telah membawa biskut dan air kepada tempat mereka duduk.

" hoho.. baiklah saya nak pergi ambil sesuatu dulu" kata tuan yashiro.

Taka dan Nanamine hanya menunggu diruang tamu ditemani mikko.

" comel juga makhluk ni" puji Taka.

" mereka ada disekitar kawasan sekolah.

mereka sentiasa bersama tuan mereka masing masing." kata Nanamine kepada Taka.

" ehhh!! biar betul" jerit Taka.

Nanamine hanya berdiam diri dan memakan biskut dan minum air yang diberikan mikko.

tuan yashiro telah pun sampai.

" hoho. maaf kerana buat kamu tertunggu." kata tuan yashiro kepada mereka berdua.

" ada apa tuan yashiro membawa saya kemari?" soal Taka dengan hairan.

" kerana kamu adalah orang yang akan menyelamatkan para penyihir dan menjaga keselamatan kami para penunggu sekolah kimori ini, kerana no.1 mengatakan suatu masa akan datangnya lelaki yang akan menyelamatkan kami semua" tuan yashiro memberikan penjelasan.

" tapi macam mana tuan yashiro tahu kalau orang itu adalah saya?" soal Taka.

" ciri ciri telah diberitahu oleh no.1 dimana orang yang akan menyelamatkan kami dan para penyihir adalah pertama merupakan seorang lelaki, kedua merupakan pelajar yang bermasalah dalam disiplin, ketiga yang paling penting iaitu dia tidak terkena ada terpengaruh dibawa kuasa para penyihir tetapi dia mampu mempunyai kuasa para penyihir." jelas tuan yashiro.

"tetapi yang paling penting ialah lelaki itu mestilah daripada keturunan keluarga Kamikaze" sambung Nanamine.

" nama tu macam pernah dengar" kata Taka.

" itu adalah keluarga kamu" kata Nanamine.

Taka hanya mengangguk tanda faham.

" tapi dengar cerita keluarga Kamikaze telah mati dalam sebuah kebakaran yang dahsyat " kata tuan yashiro.

" tetapi dengar cerita keluarga Kamikaze mempunyai seorang anak perempuan yang berada di suatu tempat masa itu, oleh itu kami para penunggu hanya berharap wakil lelaki dari keluarga itu akan datang ke sini.

" ouh, jadi maknanya saya ni adalah waris keluarga Kamikaze?" soal Taka.

" iya itu adalah benar" balas tuan yashiro.

" tapi tuan ni asyik pakai pakaian tutup wajah tu boleh saya tengok wajah tuan yashiro" pitah Taka.

" jangan nak mangada gada Taka" kata Nanamine kepada Taka.

" hohoh... tak perlu risau Nanamine. baiklah saya akan bukan penutup ni" kata tuan yashiro.

tuan yashiro membuka penutup kepalanya dan Taka berasa terkejut kerana wajah tuan yashiro seperti wajah umur 40 an.

" kan saya dah kata tak perlu nak tengok sangat" kata Nanamine.

" tak sangka wajah tuan yashiro ni tak sama dengan tuan apabila pakai kain dengan penutup kepala tu.

" kerana saya mati diwaktu umur 44 tahun" kata tuan yashiro.

"kenapa tuan yashiro boleh mati?" soal Taka.

" Taka jaga mulut tu sikit boleh tak" kata Nanamine dengan nada yang marah.

" tak apa Nanamine. saya merupakan guru muzik sekolah kimori 20 tahun yang lalu. saya amat sayangkan alat muzik dan pelajar pelajar saya. banyak pelajar jatuh cinta dengan saya pada waktu tu walau saya dah berkahwin. sehingga suatu hari seorang pelajar perempuan telah membuat cubaan membunuh diri jika saya menolak cintanya. saya cuba menenangkannya kerana takut dia cuba jatuh dari bumbung sekolah. sayangnya saya sendiri yang mati kerana selepas saya menarik dia jauh dari penjuru bumbung sekolah, saya tak perasan bahawa badan saya kehilangan kawalan lalu terjatuh dari bumbung lalu mati." jelas tuan yashiro dengan nada sedikit kecewa.

" maafkah saya, kerana bertanya soalan yang membuat tuan yashiro sedih" Taka berasa sedih mendengar kisah tuan yashiro.

" dan sebab itulah saya menjadi 'school wonder no.6: the charm. kerana saya mati disebab menyelamatkan pelajar yang mencintai saya." jelas tuan yashiro.

" ouh begitu" kata Taka tanda faham.

" dan sebab itulah Nanamine menjadi ahli sihir dan dibawah jagaan saya," kata tuan yashiro.

" kerana banyak orang suka dia?" soal Taka.

" kamu tidak pernah dengar romur tentang 'the charm' disekolah kimori ni" soal tuan yashiro.

Taka menggelengkan kepala tanda tidak tahu.

" sesiapa yang ingin berjaya dalam percintaan boleh membuat hajat kepada 'the charm' tetapi sebagai balasan orang itu harus memberikan sesuatu yang dia sayangi." kata tuan yashiro.

" jadi maksudnya Nanamine membuat hajat kepada tuan yashiro tapi tak memberikan sesuatu yang dia sayangi?" soal Taka.

" tidak, dia menyesal selepas tahu bahawa lelaki yang dia cintai mempunyai seseorang yang dia sayangi... jadi Nanamine bertemu saya dan ingin memadamkan pengaruh charm itu tetapi dengan syarat.. Nanamine harus menjadi ahli sihir dan dibawah jagaan ku." jelas tuan yashiro.

" tak sangka pula kau ni jenis yang berusaha dalam mendapatkan perhatian lelaki Nanamine" kata Taka dengan memperlinya.

Taka melihat kearah Nanamine. Taka mendapati bahawa Nanamine menangis.

" k..kk.. kenapa dengan awak ni Nanamine?? awak nangis sebab saya kutuk awak ke, alah itu cuma main syak kok.. janganlah ambil serius" pitah Taka.

" Taka kamu dah melampau, kamu tak seharusnya mengata begitu terhadap Nanamine kerana dia tidak ingin menghancurkan percintaan orang yang dia cintai walau dia merasa sakit." tegur tuan yashiro.

" m..mm.maafkan saya Nanamine." Taka meminta maaf kepada Nanamine.

" t..tt.taka kau tak guna" Nanamine mengetuk kepala Taka menggunakan tangannya.

" ahhhh!! sakitlah," jerit Taka.

" begitu perasaan ku lagi sakit dari kau faham." kata Nanamine sambil minum air.

" masa telah pun tiba.. kamu berdua harus balik kerana masa di dunia nyata tidak sama dengan boundary." kata tuan yashiro.

mereka bertiga menuju kearah pintu semula lalu keluar. tuan yashiro memperingatkan Taka untuk merahsiakan kejadian ini daripada pengetahuan umum.

Taka dan Nanamine menuju keluar pagar dan melihat hari telah gelap.mereka pulang bersama-sama.

" nee.. Taka kamu ingin tahu kisah sebenar tentang tadi?" soal Nanamine.

" kalau kau tidak keberatan.. ceritakanlah" balas Taka.

apakah kisah sebenar tentera Nanamine??

adakah Taka dari keturunan keluarga Kamikaze??