webnovel

Bab 7

"Jadi selamat datang ke Mastalker. Kau tahu tak kenapa Mastalker." Aku menggeleng. "Kalau kau nak tahu mastalker ni organisasi yang stalk orang yang di stalk. Kiranya kita tolong klient kitalah. Sudah tentulah berbayar."

"Aik. Habis tu awat suruh kumpulkan maklumat pasal mangsa stalk tersebut."

"Nak rapatkan hubungan silaturrahim. Lagi rapat lagi senang nak buat kerja. Sebab mereka akan percayakan kau." Aku mengangguk tanda faham.

"Habis tu nak buat apa dengan orang ni?"

"Jai. Settlekan depa." Tiba-tiba, seorang lelaki lingkungan 20-an muncul dan menyentuh kepala si stalker tersebut. Dalam beberapa ketika, lelaki yang bernama Jai itupun melepaskan tangannya dan berkata.

"Ok, dah settle."

"Weih, apa yang dia buat tu?"

"Oh, dia padamkan ingatan stalker-stalker tu."

"Ini mesti mereka ni organisasi yang ada superpower."

"Bukan superpower. Lagipun ini boleh dikatakan sebagai syndrome yang bagi hang dapat kemampuan istimewa. Aku cakap Kedah lah." Aku mengangguk. "Bila hang kena syndrome ni, alamatnya hang dikira tak betul. Sebabnya orang lain tak percaya dengan apa yang hang cakap."

"Kiranya tak payah bagi tahu sesiapalah kalau tak nak dikatakan tak betul."

"Hmm… Boleh jadi."

"Hang suruh aku stalk orang dan aku stalk. Bermakna aku dah boleh sertai lah organisasi ni."

"Apa kelebihan kau?"

"Kelebihan?" Aku cuba mengingati kembali mengenai kelebihan yang baharu ini. "Rasanya ada kot. Macam boleh nampak visi masa depan."

"Wah, menarik! Cuba tengok, kalau kau boleh tahan dengan tumbukan ini" Tetiba dia terus menumbuk ku pada bahagian muka, membuatkan aku terus jatuh. Disebabkan aku terhempap pada suatu bucu, aku terus tidak sedarkan diri.

"Wei, apasal hang pi tumbuk dia." pustakawan perempuan tadi yang bernama Ekin mula marah kepada lelaki tersebut.

"Dia kata boleh nampak masa depan mungkin dia boleh nampak yang aku akan tumbuk dia."

"Nasib baik hang tak buka sarung tangan tu. Kalau tak habis budak tu," Jai ketawa sedikit. Kemudiannya, suara mereka makin lama makin menghilang.

Setelah sekian lama, akhirnya aku terjaga juga. Sekarang, aku berada di atas katil dalam bilik. Entah kenapa, aku rasakan yang aku ada mimpi sesuatu yang menarik tadi seperti terasa realiti. Namun, aku tak dapat untuk mengingati apa-apa. Tiba-tiba, aku terdengar azan dari masjid berdekatan. Aku melihat suasana di luar dan mendapati yang waktu sudah senja. Ini kena cepat siap ni, kalau tak terlepas solat Maghrib berjemaah dekat masjid.

Semasa waktu senggang selepas Maghrib, aku keluar daripada masjid dan melepak di kerusi batu berdekatan dengan beberapa orang kenalan. Di situ, mereka tengah bersembang mengenai kes-kes yang berlaku baru-baru ini di kawasan sekitar. Aku turut memasang telinga pada ketika tu.

"Ish, bahayalah zaman sekarang. Jagalah anggota perempuan dalam keluarga hangpa." Amin berkata.

"Tulahkan. Sekarang dengan scammer, hacker dengan stalker." Entah kenapa, aku teringat sesuatu bila sebut pasal stalker. Aku nampak sedikit apa yang ada dalam mimpiku. "Bahayalah kan." Aku sambung.

"Sebab itulah, kita kena berhati-hati sekarang. Jangan mudah sangat nak percaya dengan orang sekeliling. Selidik dahulu sebelum percaya." Abang Rizky pula menyambung.

Tatkala kami tengah berbual rancak, sedar tak sedar laungan azan Isyak pula berkumandang. Kami terus bersiap-siap untuk solat Isyak. Aku pulang ke rumah, sejurus sahaja imam habis membacakan doa selepas solat.

"Haish, apalah nak buat sekarang ni." Aku menskroll beberapa aplikasi daripada media massa di dalam telefon bimbitku. Sehinggalah peratusan bateri pada telefonku nak habis.

Saat mahu mengecas, aku mula perasan yang plug charger telefon bimbitku telah hilang. Aku mula mencari dan mencari. Mujurlah aku ada jumpa plug charger telefon ku yang ada dalam beg sandang ku. Tatkala itu, aku ada perasan buku nota kecil yang jarang aku guna ada dalam beg sandang tersebut. Aku tak ingat dah apa yang aku pernah tulis dekat buku tersebut.

Aku cuba membuka dan mendapati ada seorang gambar perempuan yang aku tak kenal sangat tetapi macam rapat. Entahlah nak jadi apa dengan aku. Tanpa berfikir panjang, aku mengecas telefon bimbit lalu berbaring di atas katil. Dalam masa yang sama, aku berfikir kenapa aku buat semua ini dan tak ingat satu apapun. Aku mengenang apa yang aku ada buat sebelum ini sehinggalah aku tertidur.

Keadaan sekeliling sangat gelap, aku tak dapat melihat apa-apa. Apa yang dah jadi ni. Buat seketika, aku dapat melihat gadis yang wajahnya sama dengan dalam buku nota aku tadi berada dalam keadaan terikat. Ada beberapa orang mengepung dia. Nampak macam budak sekolah, mungkin stalker dia kot. Aku tak dapat mendengar dengan jelas apa yang mereka katakan. Nampaknya, gadis tadi itu dibuli dan diugut oleh seorang lelaki yang bertubuh besar.

Tak lama selepas itu, aku nampak aku keluar dan belasah semua orang yang ada di situ. Sebelum itu, aku perasan yang aku ada bercakap dengan gadis tadi itu seperti kami ini rapat. Setelah sekian gambaran yang aku lihat, ada seorang lelaki yang membuatkan aku tertanya-tanya. Dia bercakap-cakap dengan aku sehinggalah satu masa itu, dia terus menumbuk aku. Entah kenapa aku dapat mendengar pula apa yang mereka cakap kali ini.

"Apasal hang pi tumbuk dia?" Seorang perempuan yang berkaca mata bertanya kepada lelaki tersebut.

"Hahaha… saja." Lelaki A berkata dengan nada bergurau.

"Haish. Pasal nilah kita payah nak dapat orang baru." Lelaki B berkata dengan nada mengeluh.

"Hahaha… kita tengok round kali ini. Dia ingat atau tidak." Lelaki A tersebut sambung.

Bila habis sahaja kata-kata dia yang terakhir tersebut, aku seperti tersedut ke dalam tempat lain. Aku perasan yang ada banyak memori yang aku nampak bukan daripada aku dalam mimpi ini. Kejap, mimpi? Macam mana aku boleh sedar yang aku ini tengah bermimpi. Biarlah ada sikit plot hole dekat sini.

Jadi, sekarang aku nampak seorang lelaki yang kelihatannya hidupnya sengsara akibat merana penyakit apabila dia menyentuh orang. Orang akan melupakannya. Disebabkan itulah dia susah nak diingati. Sehinggalah dia membuat suatu organisasi untuk membantu orang yang mengalami kesusahan dengan menggunakan kelebihannya yang ada.

Sebenarnya, aku dah tak larat ni. Macam mana aku nak keluar daripada mimpi ni. "Haish!" Aku mengeluh buat seketika. Apa kata aku terjun daripada tempat yang tinggi. Aku cuba untuk menerjun daripada tingkat empat kawasan rumah flat. Uish, memang macam parachute aku terjun ni. Hampir sahaja, aku terkena dengan tanah aku memang terjatuh betul di dunia realiti. Aku terjatuh daripada katil bujang, membuatkan belakangku menjadi sengal-sengal.

"Lain kali memang tak boleh mimpi jatuh daripada tempat tinggi. Bahaya untuk diri." Hari ini, aku sekolah.

Mungkin aku akan menyiasat tempat yang aku ada nampak dalam mimpi aku lepas waktu persekolahan hari ni. "Wei, hang ingat dak. Aku ada buat apa minggu lepas." Aku tanya soalan ini kepada Iman.

"HEH!" Dia tersenyum sedikit. "Awat, hang mabuk ka. Sampai tak ingat hang buat apa minggu lepas." Aku memandang pada matanya dengan sinis. "OKlah-OKlah. Kalau tak salah aku, aku ada nampak yang hang ada rapat dengan Yana dari kelas sebelah."

"Seriously. Awat aku tak ingat apa-apa ni. Rapat macam mana tu?"

"Macam pasangan couple yang dah lama. Hmm… kalau hang tak ingat juga. Mungkin hang ada amnesia kot. Takpun hang dah nyanyok. Haish! Muda-muda dah nyanyok. Kesian."

"Tengkorak hang nyanyok." Aku tergelak sedikit. Mungkin betul apa yang dia ada cakap. Aku boleh pergi ke klinik untuk periksa diri kalau macam tu.

"Hahaha…" Tapi bila aku tengok Yana, sepertinya dia tak mengenal aku. Tak seperti yang dikatakan Amin kepadaku. Betulkah yang dia tidak berbohong?

Setamatnya waktu persekolahan, aku terus menuju ke perpustakaan daerah untuk menyiasat tentang memori aku yang hilang. Aku duduk seketika di suatu sudut bacaan dan memerhati pergerakan orang yang lintas di hadapan aku. Aku tak dapat apa-apa klue. Nampaknya, mereka memang tak adalah. Mimpi hanyalah angan-angan dan memang tak boleh bawa ke dunia nyata. Aku kena faham fakta itu. Tapi mungkin apa yang aku mimpi itu adalah dejavu, boleh jadi.

Sebelum itu, aku baru perasan yang sekarang masih pukul 4 petang. Mungkin kalau aku tunggu lagi sampai pukul 5 petang baharu aku boleh jumpa mereka. Dalam pukul 4 petang, aku menuju ke pustakawan yang bekerja di kaunter yang berumur awal 20-an. Aku mula bertanya kepadanya beberapa soalan. Sehinggalah aku ternampak suatu pen yang aku rasa mahal harganya ada di sebelah pustakawan perempuan tersebut. Saat aku baharu sahaja ingin menyentuh, tangan kami berdua bertemu. Saat itu, aku jeda seketika kerana aku mula merasakan memori seseorang mula memasuki ke dalam fikiran aku. Dalam masa yang sama juga, aku ada nampak suspek dalam memori pustakawan ini. Mungkin aku boleh bertanya kepada dia.

"Hello. Hello." Aku sedar kembali, sebaik sahaja pustakawan tadi memanggil aku.

"Oh, ya. Sorry-sorry. Saya sakit kepala sikit tadi."

"Oh, macam itu ka. Ok tak ni?"

"Alhamdulillah, syukur saya baik sahaja. Ha! Sebelum itu, saya nak tanya dekat kakak. Ada tak pustakawan perempuan yang pakai kaca mata di sini?"

"Ada. Kenapa?"

"Shift dia bila eh?"

"Kalau tak silap akak. Dia ambil pukul 4.30 petang kejap lagi. Ada apa ni, secret admire ka?" Aku ketawa sedikit.

"Hahaha. Agaklah. Kalau macam itu, saya tunggu dulu dekat ruang bacaan. Nanti saya bosan, saya datang lagi."

"OK."

Aku mendapatkan beberapa buku cerita kanak-kanak yang mudah untuk aku habiskan dalam beberapa minit. Saat aku hampir sahaja habis membaca salah sebuah buku, ada seseorang menerpa aku daripada belakang. "Hei!" Aku mengalihkan kepalaku ke arah belakang dan mendapati bahawa orang yang memanggilku benar-benar salah seorang yang hendak aku cari.

Aku tak tahu kenapa tetapi badanku seperti menggigil. Terasa bulu roma meremang pun ada. Lidahku kelu dan aku terkaku sambil melihatnya.

Please tambah cerita ni dalam favourite untuk tidak ketinggalan bab yang akan datang.

Sheeroniclecreators' thoughts