webnovel

Maid itu isteriku

Rayyan Shah nama yg tidak asing lagi di kota metropolitan ini.Dia adalah seorang lelaki daripada keluarga yg kaya dan seorang yg kacak serta berkaliber. Anis Alisha pula seorang gadis kampung yg pergi ke bandar untuk mencari kerja.Dia merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Dia tidak suka bercouple kerana prinsip hidupnya itu "single is better" Haishhh, susah betullah nk cari kerja kat KL ni! Kalau aq tau macam ni, baik aq duduk kat kampung je.Mmm, kalau aku jadi bibik okay tak eh? -Anis Alisha- Ma, bibik kat rumah kita ni dah tua lh, kalau Ryan upah maid baru boleh tak? Muda-muda baru boleh buat kerja cepat. "Memang boleh sangat lh tu Ryan, tapi jangan kamu jatuh cinta dengan maid tu pula" Amaran telah diberikan kepada Ryan daripada mamanya. -Rayyan Shah- Suatu hari,Rayyan tercegat melihat orang yg berada dihadapannya, iaitu maid baru nya itu. Suatu perjumpaan telah membuatkan hati seseorang berdebar? Apakah yg telah membuatkan Rayyan jatuh cinta pada Alisha?

Ftinsuraya · Allgemein
Zu wenig Bewertungen
7 Chs

BAB 1

Pada suatu pagi...

Ryan terdiam apabila melihat maid baru yang telah diupah oleh mamaku ini.

"Hai, nama saya Anis Alisha. Mulai hari ini saya akan bekerja di sini. Salam perkenalan daripada gadis itu.

"Nama aq Rayyan Shah, aku ni boss kau okay. Kau boleh stay kat dalam bilik yg sebelah dapur tu. Kat dalam rumah ni ade peraturan. Kau Tak Boleh Masuk Dalam Bilik Aku, Faham?"

"Baik boss!" jawab Alisha dengan pendek sambil tabik ke arah Ryan. Haishh, habislh aku dapat boss yg suka mengarah macam manalah aku nak survive kat dalam rumah ni, fikir Alisha sambil mengelamun.

Ryan tersenyum sambil melihat keletah Alisha yg comel itu."Ah, lagi satu! Kalau mama tak ada kat rumah kau boleh panggil aku Rayyan je, depan mama kau panggil aku boss" tambah Ryan lagi.

"Mama? Mama tu sape boss? Alisha kelihatan kehairanan.

Ryan membalas, "Mama tu mak aq lah, haishh kau ni tak kanlh tu pun aku nak ajar"

"Heheh, sorry boss!" Alisha memandang Ryan sambil tersenyum. "Tapi tak apa ke panggil boss pakai nama je?"

"Mmm, macam ni barulh sweet! Aaaa, just joking! Dah lh pergi kemas barang kau sana!" Ryan menjawab sambil pandang ke arah tingkap. Aduh apalah yg aq cakap ni, malunye! Apabila Ryan memandang muka Alisha, dia sedang terkejut sambil blushing.

"O..o..o... kaylh boss, eh Rayyan. Saya pergi dulu" Alisha membalas dengan tergagap dan dengan sepantas kilat dia masuk ke dalam biliknya.

Mmm, cutelh maid baru aku ni! Ryan bermonolog sendirian.Aku macam pernah nampak dialh, tapi kat mana?

Aarghhh!!! tiba-tiba Ryan berasa sakit kepala dan muncul beberapa cebisan-cebisan memori lama dalam ingatannya, lalu Ryan pun pingsan...

————————————————————————

Boss...boss.....boss okay tak?" sayup kedengaran suara Alisha ditelinga Ryan.

"Urghhh, aku ok. Cuma pening kejap je". Ryan mencuba untuk menghadam apa yang dihadapinya tadi."Memori apa tadi tu?" bisik hatinya.

"Kalau boss sakit, boss kena rehat janganlah tiba-tiba pingsan macam ni. Risau saya tau!" Alisha mencebik sambil memukul lembut tangan Ryan.

Ryan terkejut."Mmm, kaylah. Kau ni dah macam nenek lah membebel jer. Diam sekejap boleh tak?". Ryan pun berlalu pergi kebiliknya meninggalkan Alisha keseorangan di dapur.

"Mmmhh, orang nak tolong pun tak nak. Berlagak punya boss! Dah lah baik aku kemas barang nnti Maam besar marah pulak". bebel Alisha sambil kebingungan.