webnovel

2.0

Litany menjeling ke arah lelaki itu. Dia begitu cukup tidak senang mendengar nama Al dijadikan umpan untuk lelaki itu memenuhi hasrat hatinya.

Namun lelaki itu langsung tidak menunjukkan riak wajah bersalah. Sebaliknya wajah itu seolah-olah seperti seorang kekasih yang sedang dimabuk cinta.

Sakit hatinya melihat wajah yang langsung tidak merasa bersalah itu. Ingin sekali dia mencakar muka yang sedang tersenyum itu. Biar senyuman itu berubah hilang lenyap. Sama seperti hatinya yang sudah kehilangan insan yang begitu dia sayangi.

"I know Mr. Alwiz, but she still have her father. Kami sepatutnya dimaklumkan terlebih dahulu sebelum kamu berdua buat keputusan yang besar seperti ini." tukas Hana dengan nafas berat.

Timbul perasaan marah dalam dirinya kerana pasangan itu mengambil mudah hal² seperti ini. Sehinggakan orang tua dibelakang kan. Entah apa kata abang nya itu kalau tahu nanti.

Pening! Pening!

"Soal tu Auntie tak perlu risau. Saya sendiri yang akan berhadapan dengan Encik Arsen nantinya. That why saya ikut Litany pulang kat Malaysia ni. I want to tell her father about every single things," terang Alwiz.

Hana terdiam. Dia sudah buntu mahu memberikan sebarang komen. lagipun nasi sudah menjadi bubur. Dia memandang Litany yang nampak senyap.

Selalunya gadis itu akan bercerita pelbagai perkara setiap kali dia pulang dari Manila. Tapi kali ini entah kenapa, Litany kelihatan tidak ceria. Langsung tidak ada segaris pun senyum yang menghiasi bibir nya. Pasti kerana Al adiknya, Hana membuat telahan sendiri.

Hana tidak tahu jika gadis itu sedang menyembunyikan suatu perkara yang jelas lagi membimbangkan.

"Apa polis kata mengenai Al?" tanya Hana ingin tahu. Sengaja dia mengubah topik perbualan mereka.

"Pihak kedutaan akan berusaha cari dia," ujar Litany perlahan. Dia begitu tidak bersemangat.

Dia mengatakan itu seolah-olah sudah putus asa kerana dia tahu lelaki yang berada di samping nya itu menggenggam semuanya.

"Macam mana Al boleh hilang?" keluh Hana.

Risau dia mengenangkan nasib anak buahnya yang sendirian di negara asing.

Litany hanya mengangkat bahu acu tak acu. Mana mungkin akan dia katakan begini

'Al sebenarnya diculik oleh orang yang mengaku sebagai tunang aku ni'

Memang tak lah. Sekali dia tersilap langkah maka nyawa Al menjadi taruhan. Aduhhh buntu sekali dia dibuatnya.

"Pelik juga, macam mana Al boleh hilang macam tu aje." Han tidak putus-putus melahirkan kebimbangannya.

"Jangan-jangan Al kena culik tak," sambung Hana lagi.

' memang pun Al kena culik auntie. Tanya je jantan sebelah aku ni macam mana sekali dia culik Al'

hampir saja Litany ingin mengatakan seperti itu tetapi pada akhirnya hanya terluah di dasar hati. Dia perlu berhati-hati dalam meluahkan kata-kata mulai saat ini kerana bila-bila masa sahaja nyawa Al boleh melayang disebabkan kecuaiannya.

Litany hanya mendiamkan diri. Dia menjeling ke arah Alwiz yang sedang menatap wajahnya dengan pandangan amaran. Agar dia tidak cuba cuba mencari masalah.

"Daddy mana auntie?"

"Dia masih di Jerman. Dia sepatutnya pulang hari ini, tapi pesawat dia terpaksa delay sebab ribut kuat kat sana. Sekarang ni asyik berlaku ribut aje, hai macam-macam betul," rungut Hana entah pada siapa.

" Oh ya, esok dia nak terbang ke Filipina dari Jerman. Katanya ada urusan dengan pihak kedutaan kat sana," sambung Hana lagi.

Litany tergamam. Tidak menyangka yang Daddy nya akan sanggup terbang ke Filipina untuk mencari adiknya. Beberapa hari yang lalu dia ada menyimpan rasa marah kerana beranggapan Daddy nya seperti sengaja mahu lepas tangan dalam soal mencari Al.

Tapi ternyata lelaki yang bernama Arsen itu masih menghargai darah dagingnya sendiri.

.

.

.

.

.