webnovel

Aku semakin Gelisah

"Belum datang lagi..Dari tadi aku indak nampak budak tu,"Borhan duduk di katilnya sambil membuka permainan dalam talian.

Aku terdiam.Memang sebenarnya aku sudah terbiasa dengan ketiadaan Raffli,tapi kali ini aku ingin menyampaikan sesuatu kepadanya.'Mungkin dia juga teman Areesa Sofea, 'itulah yang bermain di benakku.

"Oh ya,Mir,malam ni kau mau ikut aku kah pergi makmal ICT,kita buat kerja BM sama-sama,"ajak Borhan.Sebenarnya,aku tidak mahu menyetujuinya namun agar Borhan tidak berkecil hati,aku ikutkan sahaja.

"Yalah," balasku, walaupun sebenarnya aku tidak mahu.

::::::::::::::::::::::::::::::::

Waktu sudah menunjukkan pukul 8:19 malam.Aku,Borhan dan Nizam mulai berjalan menuju ke makmal ICT.

Tatkala aku melintasi anak tangga tempat aku berjumpa Areesa Sofea dahulu,bulu roma aku meremang.

"Waih,Mir! Kenapa kau tengok tu tempat macam yang ada hantunya?" tanya Nizam A'ziz.

Aku terlongo mendengar kata-kata Nizam A'ziz.Seolah-olah dia mengetahui sesuatu tentang asrama 16 tingkat 4 itu.

"Takde ahhh,aku cuma nak cari duit aku yang tercicir tadi," balasku,pipiku seolah-olah bergetar kerana berbohong kepada rakanku itu.

"Oh,aku ingat kau nampak jelmaan arwah pelajar yang kononnya menghantui tingkat 4 ni, hahahaha," walaupun Nizam mengatakannya dengan selamba, namun hatiku terasa sesuatu yang benar tentangnya.

Aku tidak memberi apa-apa reaksi tentang itu lagi, menggantikan senyuman sebagai balasan untuk kata-katanya.

Beberapa minit selepas kami berjalan, akhirnya kami mencapai pintu makmal ICT yang terletak di belakang kawasan asrama lelaki.Ketika Borhan menolak pintu makmal, keadaan suram sahaja.Hanya ada dua tiga orang pelajar perempuan yang kulihat.

Kami bertiga duduk saling bersebelahan antara satu sama lain.Perasaanku kurang enak tatkala duduk di bahagian paling hujung.

"Bah,saya kasi penerangan,kamu cuba fahamkan ya?"Ujar Borhan, mulai menyelak buku Bahasa Melayu

"O.K,"balas Nizam,sedangkan aku hanya mengangguk lemah.

Borhan yang sedang sibuk membuat penerangan,tidak ku endahkan akibat terfikir akan Raffli,Areesa Sofea dan juga jelmaan arwah pelajar yang dikatakan Nizam sebentar tadi.

.