webnovel

Kisah Seorang Wanita

"Salahkah aku lahir ke dunia ini untuk menjadi seorang wanita biasa yang disayangi dan di cintai oleh keluarga dan insan yang aku sayang."Humra Dzhiniyah.☺️

Syaz_Nafisa · Urban
Zu wenig Bewertungen
8 Chs

Bab 2

"Wei Nita kau dekat mana aku nak jumpa boleh?"

" Aku dekat rumah, kenapa kau nak jumpa aku?"

" Aku nak luah perasaan lah, mak aku tu tak habis- habis nak lebihkan kakak dan abang aku."

"Kalau macam tu kita jumpa dekat tempat biasa tak best cerita dalam telifon ni "

"Ok"

Ara keluar tanpa pengetahuan maknya dan terus pergi ke Taman Rekreasi,tempat selalu dia dan Anita Syazirah kawan baiknya itu lepak yang tidak jauh dari taman perumahan mereka duduk.

" Hah sampai pun kau ingatkan tak datang tadi."

"Aku keluar perlahan-perlahan,ni aku keluar pun mak aku tak tahu."

"Kau gila kau nanti mak marah macam mana"

"Biarlah dia aku buat baik ke salah dekat mata dia aku tetap salah. Dah alang-alang dia kata selalu nampak aku buat salah biar aku buat salah betul-betul hari ni."

"Ishh kau ni,jadi apa yang kau nak cerita ni "

"Kau tahukan keputusan aku macam mana takde lah teruk sangat setakat 2B 2C 1D je pun, bukannya teruk pun.

"Ok lah tu daripada gagal cuma takde A je kenapa mak dengan ayah kau marah lak."

"Kakak aku le dia jadi batu api dia kata aku ni couple dengan dak Ahmad sedangkan kita buat study groups cuma kau takde sebab kau pergi tandas itu pun sekejap,entan budak mana tah pergi report kakak dia lepas tu pergi cakap dekat kakak aku."

" Kau rasa budak tu sape"

"Mana le aku tahu,kalau aku tahu dah lama aku bagitahu kau"

"Aku rasa aku tahu sape yang bagitahu,seingat aku lah waktu aku nak pergi tandas aku berselisih dengan budak diva dekat sekolah ."

"Budak yang makeup macam hantu jepun tu."

"Ye."

" Kalau bukan dia macam mana."

"Aku tahu lah, kau ni kan budak Ahmad tu kan crush dia mestilah dia geram sebab kau rapat dengan dia."

"Hem..,boleh jadi juga tapi aku takut lah kalau bukan dia macam mana?"

"Suka hati kau lah malas aku nak cakap lagi."

"Hehehe...jangan lah marah ye aku percaya."

Masa terus berlalu tanpa mereka sedar hari sudah semakin senja kerana terlampau asyik berbual

"Hei, kau taknak balik ke karang ayah kau marah".

"Ikutlan hati aku memang tak nak balik sebab asal aku ada dekat rumah ada je benda tak kena nanti"

"Sabarlah wahai teman ku itu semua ujian untuk kau nanti kau dah masuk sekolah menengah nanti hilang le semua benda tu nanti.."

"Terima kasih tau kau le sahabat aku dunia akhirat andai kata kalau aku pergi jauh nanti kau jangan sedih tau."

"Kau nak pergi mana lak."

"Ye le mana. tahu nanti kita tak sama sekolah ke aku pergi jauh dari sini ke."

"Ishh..ada-ada je kau ni lah".

"Dahlah aku pergi dulu karang lambat balik kena marah lak."

"Tahu pun,ye lah bye."

"Bye."