Kegagalan akan muncul setiap situasi walaupun kamu sudah di kira pro atau hebat. Kegagalan sebenarnya perlu ada setiap tindakan manusia kerana kegagalan itu membuatkan manusia menjadi lebih dan lebih lagi. Setiap kegagalan pasti ada secercah cahaya harapan untuk berjaya oleh itu, jika berlaku kegagalan pasti buangkan perasaan putus asa dan terus cuba melakukan yang terbaik. Setelah kegagalan kita akan berlaku depresi kerana kegagalan yang kita oleh itu, carilah motivasi mu contoh sahabat yang boleh percayai dengan memberi dorongan dan proses terakhir adalah kebangkitan untuk menjadi lebih baik lagi. Ayuh jangan tunggu lama lagi ayuh kita lihat cara Zack atau aku menangani atau melalui kegagalan nya itu.
Aku pulang ke rumah dengan secercah harapan agar novel kedua ini mampu mengatasi novel pertama seterusnya berjaya merebut salah satu kategori yang dipertandingkan tahun hadapan. Harapan itu kemungkinan besar tidak pernah di realisasi kan kerana aku tidak mampu membuat sesuatu yang lebih segar di mata pembaca. Novel kedua ini bertajuk konflik dunia tidak berjalan seperti yang di jangkakan malahan novel ini tidak akan pernah mampu membuat dirinya terpilih untuk merebut kategori kerana novel konflik dunia tidak terpilih bahkan banyak mendapat kritikan oleh para veteran kerana mereka menganggap aku sebagai saintis seniman namun novel kedua ini membuat para veteran membenci, menolak dan tidak tertarik kepada aku kerana mereka menilai aku melalui novel pertama sungguh tinggi. Setelah mendapat banyak kecaman daripada golongan tertentu termasuk lah boss yang menyokong aku untuk menjadi seniman kerana novel kedua ini membuat nya harus membayar ganti rugi yang tinggi. Aku sudah tahu akan hal dan menerima takdir itu,dan aku berkata dalam hati " mungkin sebenarnya aku tidak memiliki bakat dalam bidang seni ini, aku hanya di butakan dengan status seniman kerana ia mampu membuat aku mencapai Siti Syahirah sang ratu antarabangsa. Aku kembali menjadi hamba Syarikat dengan berkerja keras untuk membayar ganti rugi itu. Setelah berbulan bulan aku berhenti menjadi seniman aku mendapat satu panggilan daripada seorang yang aku kenal iaitu Siti Syahirah. Dia mengatakan ingin berjumpa ku kerana ia sudah kembali ke tanah setelah hampir setahun lebih mencipta nama di luar negara. Dia pulang aku merasa gembira tapi ada sedikit penyesalan kerana aku tidak setaraf dengan diri nya namun kuatkan semangat untuk berjumpa dengan dirinya dan menatap puas pujaan hati ku itu. Aku tidak mampu meluahkan perasaan ini, aku ingin memiliki nya namun jika aku memiliki nya kemungkinan dia tidak akan gembira dan aku tidak mampu untuk mendapatkan kebahagiaan kepada dirinya kerana dia berada di atas awan aku berada di bawah melihat ke atas.
Aku bertemu dengan Siti Syahirah di restoran mewah iaitu restoran khin fantasi dengan gaya ala fantasi dunia. Ketika kami sampai ke restoran tersebut kami di kelilingi oleh peminat Siti Syahirah dengan meminta tanda tangan dari dirinya. Siti Syahirah melayangni mereka semua kerana jika tiada Mereka siapalah dirinya. Pribadi itu membuat aku kagum dan tahjub pada dirinya. Dia seperti bidadari tidak bersayap tidak sombong walaupun status dirinya lebih tinggi, tidak melupakan sahabat yang lama dan sebagainya. Dalam kekecohan tersebut aku di sapa oleh seorang lelaki yang berusia belasan tahun, dia menghulurkan kertas dan minta ku untuk menandatangani kertas tersebut dengan tanda tangan aku. Aku bertanya apakah betul bukan kau salah orang, aku bukan orang terkenal seperti kawan ku sebelah itu. Tidak aku ingin tanda tangan darimu, aku adalah peminat tegar ni, aku sudah mengulang kembali novel pertama dan kedua sebanyak ratusan kali ini aku bertemu dengan mu, aku ingin meminta tandatangan dan ingin menanyakan bila lagi untuk mencipta sebuah karya baru. Aku langsung berkata dalam beberapa bulan lagi aku akan mencipta sebuah karya hebat melebihi dua karya terbaru nantikanlah novel tersebut kamu pasti tidak rugi untuk menunggu beberapa bulan lagi. baiklah aku akan nantikan novel tersebut lalu budak lelaki itu, pergi meninggalkan aku. Aku kembali sedar kenapa aku berkata seperti itu, aku sudah berhenti dari dunia seni bahkan aku mengatakan novel ketiga merupakan karya hebat dari sebelum nya. Aku tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan, aku telah membuat tiga kesalahan serentak pertama menipu untuk membuat karya hebat, kedua aku sudah bererti daripada dunia seni ketiga aku tidak mampu memenuhi harapan peminatku. Ketika aku duduk dan merasa stress kerana hal itu, Siti Syahirah bangun dan memeluku lalu berkata semua akan baik, aku akan selalu bersama mu walaupun dunia tidak mengakui dirimu aku tetap akan berada di samping mu memberi dorongan semangat untuk terus bangkit berjuang seperti hero. Setelah di peluk oleh wanita hebat aku merasa malu kerana menunjukkan sosok tubuh lelaki yang lemah di hadapan manusia hebat. Aku bersyukur mendapat sahabat seperti diri tapi ingin lebih lagi tapi apa kan daya takdir memisahkan kita. Setelah mendapat dorongan daripada Siti Syahirah aku merasa perlu bangkit dari ketempurukkan hidup dan bangun memulakan hidup baru , misi baru dan lembaran baru. Aku sudah bersedia menjadi orang yang lebih kuat dan hebat di mata kekasih bayangan ku Siti Syahirah.
Setelah beberapa hari berlalu sejak aku dan Siti Syahirah makan bersama di restoran, aku telah memulakan perjalanan hidup baru sebagai seniman agung seperti almarhum Tan Sri Abdul Khalid dengan membuka kertas dengan harapan untuk membuat karya yang hebat. Akhirnya setelah beberapa bulan kemudian, aku berjaya membuat karya baru bertajuk aku seorang lelaki. Karya ini mengisahkan tentang kehidupan seorang lelaki yang hebat dalam menjaga seorang wanita gila yang dulu merupakan isteri nya. Dalam kisah ini, lelaki tersebut banyak berkorban demi menjaga dan merawat bekas isteri nya. Karya ini, terfokus kepada elemen kasih sayang dan elemen pergorbanan. selain itu, karya ini memberi impak positif kepada lelaki kerana pergorbanan nya dalam menjaga bekas isterinya.
Setelah berjaya membuat sebuah karya baru, aku mendapat telefon daripada pengajur anugerah star dengan mengatakan aku tercalon dalam kategori novel terbaik dan novel tersebut akan di buat khusus dalam bentuk drama bersiri. Aku merasa cukup senang dengan perkataan tersebut, aku merasa telah melampaui target yang ku berikan. Aku juga berjaya memenuhi janji ku kepada peminatku selain itu, aku harus berterima kasih kepada Siti Syahirah kerana kejayaan ini hasil daripada dorongan nya selama ini. Dalam hati , akhirnya aku berjaya membuat sesuatu yang luar biasa.
Setelah novel di jadikan drama, populariti aku meningkat pesat , dan aku terus membuat karya-karya seterusnya dan menjual nya. Akhirnya aku telah berjaya menjadi penulis novel hebat, aku juga turut tercalon dalam perhargaan novel Malaya dengan di ikuti oleh orang-oranh hebat dalam bidang ini.