OKEY, hari yang dinanti-nanti tiba jua. Hari penamat untuk segala-galanya. Pertandingan MUM (Minggu Uji Minda) akan berlansung hari ini. Berdebar dadaku tatkala melihat ramai pelajar dari sekolah lain hadir ke sekolah ini. Semuanya nampak macam terror, dalaman tak tahu lagi tapi aku yakin mereka yang datang semua ini tentunya pandai bermain catur. Handal-handal belaka!
"Wana, aku takutlah. Entah macam mana nanti aku main. Malulah. Nak baliklah." Ujarku seraya mengundur langkah.
Wana segera menarik lengan baju sekolahku berada disisinya.
"Relax okey. Kita main dekat sekolah sendiri. Bukan dekat sekolah orang. Apa nak takut? Kau main macam yang Farhan ajar la. Kan ke kau dah terror? Malah lebih terror dari aku lagi," kata Wana sedikit bangga.
Humairah sekarang sudah pandai bermain catur. Beberapa kali dia asyik kalah bila Humairah ajak dia berlawan. Rasa marah tu ada juga la. Tapi dia sedar, buat apa nak marah? Ini satu petanda yang baik. Humairah benar-benar suka dengan catur!
Aku mengeluh. "Itu masa lepas. Sekarang ni nak lawan dengan budak yang aku rasa lagi hebat dari aku. Lagi pandai dari aku. Aku takut aku yang akan menyebabkan sekolah kalah. Buat sekolah malu." Rasa nak terkucil. Menahan rasa gemuruh, sejuk dan menggigil. Gementar? Jangan cakaplah! Semua ada. Tetiba pula perut meragam. Alahai... sabarlah perut.
Wana menggeleng. "Mai, buat apa kau nak takut? Adatlah kalau kalah masa bertanding. Itu semua ketentuan Allah. Kalau dia izinkan kita menang, kita menang. Kalau kalah, tak apa. Mungkin bukan rezeki kita. Mana tahu hari lain rezeki kau pula sampai." Tenang Wana berbicara bikin aku terpegun. Wana sudah menjadi seperti Aisyah. Terasa setiap kata-katanya meresap masuk ke dalam atma. Sangat tenang.
Aku mengangguk perlahan. Jemari digenggam erat. Sejuk!
Selang beberapa minit, muncul Cikgu Namisah dan peserta yang memasuki acara MUM ini.
"Okey, tadi saya dah cabut undi. Kita round ke 2." Ujar Cikgu Namisah.
Alamak! Round 2 ke? Alahai... lemah lutut aku. Lembik je rasa. Macam jelly.
"Nanti dia akan bunyikan loceng sebanyak tiga kali. Kali pertama, masa mula. Kali kedua, masa round 1 tamat. Kali ketiga, mulalah game untuk round ke 2 pula. Dan seterusnya begitulah." Jelas guru wanita itu lagi.
Semua mengangguk faham. Kringg!! loceng pertama dibunyikan. Pelajar-pelajar yang terlibat dengan pusingan pertama sudah memasuki dewan dan acara pun bermula.
"Cikgu mahu kamu semua bertenang. Tak ada apa-apa yang perlu ditakutkan. Main macam biasa. Anggap orang dihadapan kamu itu adalah komputer. Macam main dalam komputer. Main biasa saja. Jangan gelabah dan banyakkan selawat. InsyaAllah akan berjaya. Cikgu doakan." Cikgu Namisah merenung satu per satu wajah pesertanya. Macam nak pergi berperang pula! Haah, berperang main chess!
"Haa... lagi satu cikgu nak khabarr berita gembira pada kamu semua."
Semua merenung muka guru wanita yang sedang tersenyum-senyum itu. Benak masing-masing dipenuhi dengan persoalan.
"Kalau menang, cikgu akan belanja kamu semua makan di luar." Kami menjerit keriangan. Huhu! Sukanya... boleh keluar!
"Kalau kalah....." semua sudah kecut dan terdiam bila cikgu berkata dengan nada semacam.
"Kalau kalah kenapa cikgu?" tanya Syafiq pantas. Tidak bersabar lagi. Kena denda kut, telah hatinya.
Cikgu Namisah tersenyum. Saja je dia buat gimik. Kasi suspen. "Kalau kalah, cikgu tetap belanja makan juga."
Kami mengeluh lega. Ingat apa cikgu nak cakap tadi. "Cikgu ni! Suka buat suspen." Omel Wana sambil mencebik.
Tergelak Cikgu Namisah. Kepala Wana digosok.
***
Kring!!
Semua tertoleh ke arah dewan tertutup tatkala loceng itu kedengaran lagi. Bagi peserta round ke 2, kami menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca ketua pengawas kami iaitu Farhan.
"Good luck!" Cikgu Namisah memberi semangat.
Kaki kanan dimulakan terlebih dahulu untuk masuk ke dewan. Macam nak ambil periksa SPM pula rasanya. Jantung makin lama berdegup kencang. Tangan makin sejuk jadinya. Peluh merintik di dahi. Menggigil tubuh badan bila disuruh duduk di tempat yang ditetapkan. Berhadapan pula dengan pelajar lelaki yang kurasakan agak hebat kerana dari gayanya saja aku sudah tahu, aku pasti akan kalah. Berjuang Humairah! Ingat step yang diajar!
Kring!!
"Bismillahirrahmanirrahim."
"ALHAMDULILLAH,"
Kami menjulang piala yang berkilau itu dengan megah ke dada langit yang kebiruan. Betapa syukurnya kami kerana telah berjaya memenangi acara keseluruhan bagi pertandingan MUM ini. Syukur padamu Ya Allah. Berkat keizinanMU kami berjaya.
"Tahniah!" Cikgu Namisah tiba bersama suami tercinta, Cikgu Samad. Senyuman melebar di bibir kedua-dua orang guru itu.
"Cikgu!!!" aku dan Wana berlari lalu memeluk tubuh Cikgu Namisah. Gembiranya bukan kepalang. Terasa sejuk dan damai bila kepala diusap. Cikgu Namisah tak ubah seperti seorang ibu.
"Cikgu, kami dah menang. Dapat piala, sijil dan wang tunai setiap seorang. Cikgu kena tunaikan janji," usik Khairul disambut gelak ketawa semua orang di situ. Cikgu Samad turut tergelak mendengar usikan anak muridnya itu.
"Aik? Dah dapat duit setiap seorang pun masih nak kena belanja ke?" usik Cikgu Namisah tersenyum.
"Cikgu!!!!!"
Tergelak guru wanita itu bersama suaminya.
"Cikgu tak lupa. Lepas balik sekolah ni siap. Cikgu ambil lepas kamu semua dah solat zohor. Boleh?"
"Boleh!!!!!" kami menjerit kesukaan. Piala dijulang ke atas. Awan, lihatlah. Kami sudah menang! Kami juara! Terasa nak je jerit pada langit. Terasa seperti awan tersenyum melihat kegembiraan kami di bawah ini.
Kami merakamkan pelbagai aksi dan pose menarik apabila Cikgu Samad minta bergambar beramai-ramai. Memang gila-gilalah semua orang! Yang terlebih gila ialah aku! Haha! Dalam pada itu aku sempat menoleh ke belakang. Farhan yang terasa diri ditenung terus mengangkat wajah. Anak mata kami bertemu. Satu senyuman menghiasi wajah. Senyuman ikhlas dari hati. Klik! Klik!
***
RIUH. Itulah ungkapan yang sewajarnya diberikan kepada kami. Satu KFC ini boleh dengar suara kami yang riuh rendah minta itu dan ini. Berbual macam tak pernah berjumpa. Mengalahkan pasar malam lagaknya.
Cikgu Namisah dan Cikgu Samad melayan saja kepala otak gila-gila kami ini. Ada saja modal yang keluar dari mulutnya mengenakan kami. Bertambah riuhlah suasana di premis ini dengan gelak ketawa dan sesi berbahas antara lelaki dan perempuan.
"Hmm, lepas ni bolehlah cikgu ambil kamu semua masuk acara berbahas pula. Nampak berkeyakinan aje." usik Cikgu Namisah seraya menghirup perlahan air bergas itu.
Kami tergelak kecil. "Cikgu kalau nak ambil boleh, tapi saya awal-awal surrender. Kita kasi Humairah ni masuk. Dia memang berbakat. Almaklumlah, dia kan pernah menjuarai pidato di sekolah lama dulu." Khairul mengenyitkan mata bila aku menayangkan penumbuk padanya.
"Haah, cikgu. Masukkan sekali Farhan ni haa. Dia orang berdua ini memang berbakat. Farhan pun banyak kali menang pidato kan?" Syafiq mempromosikan Farhan pula.
Aku yang sedang menggigit paha ayam terkedu. Aik? Dia pun pernah masuk pidato juga? Tak percaya ni! Musykil! Tapi tengok gaya cakap dan lenggok badan macam ya. Hmm, beruntungnya badan. Semua pakej ada. Siapalah yang akan dapatkan dia ni agaknya. Beruntung sangat orang tu. Hihi...
"Hmm... memang betullah kamu berdua ada persamaan. Elok kahwin aje." sakat Cikgu Samad menambah rencah gelak ketawa kami.
Aku ternganga. Alahai! Dah nak masuk isu sensitif la pulak. Farhan juga tampak tergamam dengan kata-kata yang dilontarkan oleh guru bahasa inggeris itu. Serentak kami memandang antara satu sama lain.
Khairul, Syafiq dan Wana sudah ketawa mengekek-kekek. Niat dihati ingin mengenakan mereka berdua termakbul jua. Hmm... kalaulah cikgu dua orang ni tahu hal sebenar memang tersemburlah air sarsi KFC ini. Mahu terkejut beruk jadinya! Tak apa, bila tiba masanya akan terbongkar jua lah rahsia yang tersimpan kemas ini. Tunggu!
"Hmm... saya setuju. Kahwinkan aje." sampuk Cikgu Namisah beserta sengihan nakal. Dia dapat rasakan ada yang cuba disembunyikan daripadanya tentang perhubungan dua orang pelajarnya tapi dia tidak mahu syak wasangka pada anak muridnya. Kalau betullah tekaannya, dia hanya mendoakan yang baik-baik saja.
Aku dan Farhan meneguk liur! Oh mannn!!! Dah masuk isu yang harus dielakkan sama sekali. Cinabeng betullah kawan-kawan aku ni! Mangkuk ayun + mangkuk tingkat! Rasa nak je aku tonyoh-tonyoh mulut cabul dia orang ni dengan tulang ayam! Tak boleh simpan rahsia langsung! Tembak dengan M16 baru tahu! Tak pun baling bom jangka dalam mulut. Meletup-letuplah kau! Hmmph!
***
PANGGILAN telefon dari ibu kesayangan melebarkan senyuman Farhan. segera dia menekan butang menjawab.
"Waalaikumussalam. Angah sihat, mama. Baru lepas makan KFC." Kata Farhan selepas berbalas salam. Aunty Hanani awal-awal lagi sudah tahu akan perihal kejayaan anaknya itu kerana Farhan acapkali menghantar mesej dan panggilan telefon buatnya di Johor. Ahh! Rindu benar pada anak keduanya itu. Walhal baru saja berjumpa minggu lepas.
"Alhamdulillah. Kenyang perut anak mama. Sekarang ni angah tengah bersiar-siar ya?" tanya Aunty Hanani.
"Haah, ma. Cikgu bawa pusing-pusing dekat mall ni. Release tension sekejap." Tergelak Farhan membuatkan mamanya turut sama ketawa. Siapa kata Farhan tak tension? Dengan jawatan yang disandang buat dia sentiasa tertekan dengan tuntuan kerja yang banyak namun dia harus berusaha melakukan sebaik mungkin dan memperbanyak selawat kepada junjungan nabi.
"Han, minggu ni mama ingat nak buat majlis sikit. Doa selamat untuk Farhan dan Humairah hadapi peperiksaan besar. Angah tak kisah kan?" soal Aunty Hanani.
Farhan terdiam sejenak. "Minggu ni ke mama?"
"Yelah. Minggu ni kan angah balik. Papa dengan mama nak buat sebelum terlupa. Nanti mama nak bagitahu bakal keluarga mertua angah. Tapi mama khabarkan pada angah dululah. Macam mana Han?"
Farhan memejamkan mata sebelum menarik nafas panjang. Benda baik, apa salahnya. "Boleh, mama. Baik untuk mama dan papa, baik untuk angah juga." Putusnya.
Betapa gembira hati mama Farhan mendengar luahan sang anak itu. Farhan anak yang baik. Dan dia mengharapkan Farhan dapat memberi sinar kebahagiaan dalam keluarga ini sementelah apa yang telah dilakukan oleh Firhad bertahun-tahun lamanya. Namun dia percaya, dengan kekuasaan Allah, semua boleh terjadi dan dia berharap sangat agar Firhad pulang ke pangkuan keluarga.
Bunyi suara gelak ketawa di belakang membuatkan Farhan tersentak. Dia cepat menoleh ke belakang. Humairah sedang bergelak ketawa dengan Wana dan beberapa pelajar junior.
"Angah, Maira ada di situ ke?" soalan mamanya menyentakkan lamunan dia sekali lagi.
"Apa, mama?"
"Humairah ada di situ ke? Mama macam terdengar suara dia."
Farhan menelan liur. Alamak! Macam mana mama boleh cam suara tunang aku ni? Hebat mama! Boleh cam biarpun dia hanya ketawa. Cayalah mama! I'm salute for you!
"Han! Isk! Apesal diam tiba-tiba ni?" bebel Aunty Hanani ditalian. Geram rasa bila anaknya itu mendiamkan diri. Entah-entah dia membebel tadi Farhan tidak dengar. Isk!
Farhan menggosok tengkuk perlahan. "Tak ada apa, ma."
"Panggil Maira, mama nak cakap dengan dia." Arahan dari mem besar sudah keluar. Perut Farhan rasa tak sedap. Entah apa yang mama nak cakap dengan budak tu nanti.
"Han....." meleret panggilan Aunty Hanani membuatkan Farhan akur. Dia bergerak ke arah di mana aku sedang bersandar di dinding kedai baju sambil bermain mp3.
"Mama nak cakap," huluran yang begitu pantas mengejutkan aku. tegak terus badan!
"Apa ni?" pelikku. Apesal mamat ni tiba-tiba bagi handphone pulak? Gila ke apa? Kut ya pun nak jual telefon tak payah la dekat aku. Tahulah handphone mahal!
Farhan mengetap bibir. Isk! Geram pula aku dengan dia ni. dia membuka mulut namun suara tidak terkeluar sama sekali. Aku mengamati betul-betul mulutnya. Ma.... ma.... nak..... ca.... kap....!
Zapp!!! Aku dapat tangkap. Aunty Hanani nak cakap dengan aku? Really? Oh mann!!! Darah gemuruh sudah datang. Apa aku nak buat ni?!
Farhan tetap menghulurkan telefon itu padaku. Matanya mencerun tajam padaku bila aku menolak telefonnya.
Isk! Suka paksa-paksa. Debik kang!
Aku berdeham sekejap, "Assalamualaikum, aunty." Sapaku.
"Waalaikumussalam. Apa pula aunty? Mama, sayang." Tergelak Aunty Hanani di talian.
Aku terkedu. Alahai.... mama ke? Mama!! Tolong Mai!
"Biasakan lidah dengan panggilan mama, sayang. Bukan lama mana pun. Kan tak lama lagi Maira akan jadi menantu mama juga." Lembut wanita itu berbicara.
Aku terpegun. Alangkah indahnya kalau semua wanita seperti mama dan Aunty Hanani. Bila berbahasa, pasti akan terpegun dan tak terkata mendengarnya.
"Emm... baiklah, mama." Ungkapanku itu berjaya menarik perhatian Farhan yang sedang berdiri tidak jauh dariku. Tersentak dia mendengar ucapan itu. Bagai ada magnet menariknya untuk mendekati Humairah yang tidak sedar akan kehadirannya kerana membelakangi tubuhnya.
Suara Humairah yang tenggelam timbul itu cuba dihayati. Tidak sedar tubuhnya begitu rapat dengan belakang Humairah.
"InsyaAllah, mama. Bye... assalamualaikum." Aku terus memutuskan talian selepas wanita itu menjawab salamku. Lega hati bila sudah tamatkan panggilan telefon. Fuhh! Soalan cepumas adik beradik cepugangsa bikin lutut aku terketar-ketar.
Aku menarik nafas sebelum memusingkan badan. "Oh mak kau meletup!" melatah aku kerana terperanjat. Alangkah terkejutnya aku bila ada satu tubuh begitu dekat di belakangku dan sedang merenungku tajam. Hampir saja aku pengsan akibat terkejut. Isk!
"Nah," aku menyerahkan telefon mahal kepada tuan punya badan semula.
Farhan mengambil namun mata masih tertancap pada wajahku buat aku gerun.
"Mama cakap apa dengan kau?" entah kenapa tiba-tiba dia jadi serius aku tidak mengerti. Dekat sekolah okey aje! Semalamlah.
"Tak ada apa-apa." Jawabku tidak memandang mukanya. Fokusku hanya pada mp3 ditangan.
"Mustahil tak ada apa-apa. Siap panggil mama lagi," Terasa seperti disindir membuatkan aku pantas mengangkat muka. Mata Farhan masih merenungku. Entah kenapa hatiku terasa pedih dengan kata-katanya. Hati mulai sebak.
"Aunty yang suruh. Bukan aku!" terus aku pergi dari situ memasuki kedai baju. Aku mendekatkan diri dengan Cikgu Namisah dan Wana yang sedang mengacu pakaian ke tubuh. Aku pura-pura membelek pakaian membelakangi mereka walhal ketika itu aku sedang mengesat air mata.