webnovel

Bab 1

Nara menatap muka lelaki itu dan melihat sekeliling.Dunia di sekelilingnya berpusing tidak berhenti,dia memejamkan matanya semula.

"Kau okay tak ni?"tanya lelaki itu lagi.

Nara membuka matanya dan melihat muka lelaki itu dengan jelas.

"Kau siapa?Aku kat mana?"Nara bertanya,masih bingung.

Lelaki itu mengukir senyuman yang sedikit nakal.

"Hantu"jawabnya, pendek.

Nara membuat mimik muka pelik.Dia terdiam sebentar memikirkan sama ada lelaki itu berkata benar atau tidak.Setahunya dia sudah mati.

''Pfft- Hahahahhaha ....Muka jenis apa tu?"lelaki itu ketawa tanpa rasa bersalah melihat wajah wanita berbibir merah yang bertudung hitam itu.

Nara sedar ia hanya satu gurauan

"Tch,Kau ni siapa ha!?"Nara meninggikan sedikit suaranya kepada lelaki yang pucat berambut Hitam bercampur Merah di hujung rambut dihadapannya itu.

"Chikao Akuma,20 tahun,berasal dari jepun"kata lelaki itu dengan nada ceria.

"Sekarang ni kau berada di Kestantis....dunia luar dari bumi yg diperintah oleh seorang ratu yg cantik dan juga bijak yg bernama Alora Emery"Chikao berkata lagi

Kestantis...Nara menyebut perkataan itu di dalam hatinya

Nara menghembuskan nafasnya sedikit lega mengetahui lelaki yang bernama Chikao itu tetapi masih curiga.

"Kestantis...ni apa?"Nara bertanya.

Chikao membetulkan cara duduknya,tidak sabar ingin menerangkan.Ini kali pertamanya dapat menolong orang yang baru masuk ke dalam dunia luar bernama Kestantis ini.

"Kau sekarang ni berada dalam koma,begitu juga aku ...kau mesti ingat kau dah mati kan? Sebenarnye semua orang di dalam dunia ini hanya menunggu untuk bangun dan menjalani hidup di bumi seperti biasa atau pun tidur buat selamanya...Di dalam dunia ini terdapat berbagai-

bagai bangsa manusia,contohnya aku dari Jepun.Kau mesti terfikir kenapa aku dapat bercakap bahasa kau?Tu sebab kat sini kita boleh memahami bahasa apa apa sahaja dalam bahasa kita."

Nara mendengar satu persatu penjelasan yg diberi oleh Chikao dengan teliti.Dia membulatkan matanya seakan akan terkejut tidak percaya apabila dia memproses apa yang baru sahaja diberitahu oleh Chikao.

"Ahaha,Apa nama kau?"Chikao bertanya kepada Nara.

"Nara..Nara Al'aisya"Nara teragak agak ingin memberitahu namanya dan maklumat tentang dirinya

"23 tahun...Jepun juga"

"Oh,Jepun jugak rupanya...."Chikao berkata

"Cantik nama kau"Chikao berkata lagi

* * * *