webnovel

Kerana Sayang

Disebabkan hinaan dari orang yang pernah dicintainya meninggalkan satu kesan yang dalam dalam hati dan hidupnya.Dia sudah tidak mempercayai lelaki dan tak mempercayai cinta lagi. Namun kehadiran seorang lelaki berlesung pipi yang selalu bermain di fikiran Jane mengugat perasaannya. Mampukah Jane temui cinta & lelaki yang menyayanginya sepenuh hati? Zein seorang lelaki arkitek berjaya tertarik dengan penampilan dan karakter Jane.Baginya Jane lain dari perempuan di luar sana yang asyik mengejar dirinya semata-mata kerana harta yang dimiliki. Kehilangan orang yang sangat sayangkan diri Kita sangat menyakitkan, tapi disebabkan Kita Tak pernah bersyukur dan rasa tak pernah cukup dengan apa yang ada, akhirnya membuatkan kita kehilangan dia. Daniel Cuba mengejar & mendapatkan kembali cinta Jane, namun semuanya sudah terlambat. Kisah dua lelaki yang sangat mencintai seorang wanita. Siapakah akan kekal di sisi Jane buat selamanya? Akan kah mereka mencapai bahagia setelah dugaan demi dugaan dilalui, setelah banyak perkara memisahkan mereka?

JH_Dream · Allgemein
Zu wenig Bewertungen
37 Chs

Mustahil Untuk Kita Bersama

*NAK LAGI SYOK?? CEPAT PAKAI EARPHONE/ HEADPHONE KORANG. THEN... BUKA YOUTUBE. THEN..

PLAY LAGU "DOAKU UNTUKMU SAYANG -WALI BAND.

OKAY DAHH?? KITA SAMBUNG YEAA...HEHE

Jane terkaku.

Suasana sepi.

Daniel di hadapannya dipandang kosong.

'Matanya terpaku pada bahagian dada Daniel."

'Mengesan tompokan darah'

'Awak.....' suara Jane hampir tak didengari, bibirnya terketar-ketar mahu mengungkap kata.

Darah semakin banyak membasahi baju Daniel.

Rasa sakit mula menyerang tubuh, Daniel menekan bahagian yang cedera tadi.

Wajah Jane dipandang.

Jane terkaku melihat apa yang berlaku padanya.

Dengan keadaannya yang sebegitu, Daniel dengan lemah melangkah mendekati Jane.

Terketar-ketar langkah kakinya mendekati Jane.

'Lantas tubuh Jane dipeluk erat, bukan semata mahu menghilangkan 'shock' yang Jane alami tadi, malah Daniel menggunakan peluang itu untuk hilangkan rasa sakitnya. Sekurang-kurangnya dengan pelukan itu, kesakitan itu berkurang'

"Sa..sayang... i'm fine.." tipu Daniel walaupun keadaanya semakin teruk kerana semakin banyak darah yang keluar dari luka tembakan itu.

Lamtas, Jane membantu Daniel baring dan menekan luka tembakan itu.

Setiap kali Jane menekap luka itu, setiap kali itulah Daniel mengerang kesakitan.

Jane mengalihkan tangannya dari tubuh Daniel kerana tak sanggup melihat keadaan Daniel. Tapi bila melihat darah di tangannya, pening kepala Jane bertambah.. pandangan matanya semakin kerap kabur dek kerana fobia darah, namun dikuatkan semangatnya Jane tetap setiap di sisi Daniel.

Penculik yang menembak Daniel tadi sudah pun mati ditembak anggota polis selepas penculik itu melepaskan tembakan.

Bantuan kecemasan tiba.

Tubuh Daniel diusung masuk ke dalam ambulan.

Genggaman tangan Jane tak dilepaskan, masih kemas dalam pegangan tangan Daniel yang semakin sejuk.

Pandangan mata Daniel semakin kabur, rasa seperti diberi anestesia. Nafasnya semakin tak teratur, kadang perlahan, kadang laju seperti tak cukup oksigen dan kadang normal..mungkin bila melihat Jane yang masih menangis di sisinya, membuatkan Daniel sedikit bersemangat.

Demi Jane.

"Sayang..." panggil Daniel lemah.

'Terus saja pandangan mata beralih menatap wajah Daniel'

'Terbiasa dengan panggilan itu'

"Kalau I tak ada... Janji, janji dengan I, (jeda: nafas dihela dengan lemah) sayang... please be happy. For your own sake...hm? Promise me" pesan Daniel sambil menatap dalam mata Jane.

'Dengan tangisan Jane mengangguk akur'

'Daniel mengukir senyuman'

"S..sayang... sorry.. sebab I, (jeda..Daniel susah payah bernafas sambil menekan lukanya) sebab I you menderita. I tahu. Tapi... I selfish sangat! I yang curang.. lepastu I rampas you. I tahu you tak, ... tak pernah happy dengan I. I tahu. Bila I sedar salah I, I tak sanggup hilang you, I... I baru sedar I sangat cintakan you. I, I bodoh tergoda dengan perempuan lain sampai I buta, permata ada depan mata I. I jahat, I tahu. Mustahil untuk kita bersama. Maafkan I sayang... Promise me, be happy, dont cry anymore.." kata Daniel dengan payah, tangan Jane yang hangat dipegang erat ke dadanya.

Zein di sisinya dipandang, Zein bangun beralih tempat duduk, duduk dekat pintu ambulan memandang ke luar cermin, tak sanggup melihat keadaan Daniel yang semakin lemah, dengan air matanya yang bila-bila masa akan jatuh mengalir'

Sebagai seorang lelaki yang sangat cintakan Jane, dia juga faham apa dan kenapa Daniel lakukan sebegitu dengan Jane. Sebagai lelaki dia akui, mereka mudah tergoda, tapi baginya selama dia dengan Jane, Zein tak pernah mendekati atau tergoda dengan mana-mana perempuan lain.

Mungkin, mungkin itu ujian buat Daniel atau mungkin kerana memang salah dia sendiri.

'Zein mengeluh'

Tipu lah kalau dia tak pernah rasa cemburu melihat hubungan Jane dengan Daniel meskipun dia tahu perasaan sebenar Jane, situasi sebenar.

Kadang dia jadi takut sekiranya Jane jatuh sayang semula pada Daniel kerana mereka sudah dikira bersama sebagai pasangan 'palsu' di publik terlalu lama, lagi-lagi di rumah besar itu.

Zein teringat kembali kejadian Jane diculik Daniel. Sepatutnya waktu itu, di tempat suprise itu, dia mahu melamar Jane menjadi isterinya.

Tapi semuanya hancur gara-gara Daniel.

'Uhuk' Daniel batuk kuat, darah menghambur keluar dari mulutnya.

Jane disisinya panik menjerit nurse dan pemandu ambulan itu cepat.

"Daniel!! Nurse! Dia kenapa? Kenapa macamni? Please buat something!! Encik tolong cepat sikit encik! Bila nak sampai hospital? Tolong...Sayang macam mana ni sayang? Daniel.." Jane histeria melihat keadaan Daniel mendadak teruk. Darah yang terpercik pada bajunya diabaikan.

Zein ikut panik, berkali-kali diberikan kata-kata semangat, menyuruh Daniel bertahan sebentar untuk sampai di hospital.

Dirinya turut ikut panik melihat keadaan itu, lagi kasihan melihat kesayangannya terpaksa melihat keadaan menyayat hati itu.

Jujur, wanita kesayangannya itu sangat kuat dan baik. Setelah pelbagai halangan dan perkara buruk terjadi.

Nurse itu cuba semampunya. Bantuan oksigen diberikan.

"Kenapa tak bagi dia ubat nurse? Kawan saya sakit sangat ni! Please nurse... do something..." rayu Jane dengan tangisan.

"Maaf puan, saya tak boleh sesuka hati beri apa-apa ubat, lagi-lagi dengan keadaan encik Daniel begini. Kita hanya mampu berdoa dan berikan semangat pada Encik Daniel"

'Sayup-sayup tangisan dan kata-kata nurse itu kedengaran'

'Sakit....' jeritnya bisu, tanpa suara.

Mesin oksigen Daniel semakin drop, bantuan oksigen yang diberikan tak membantu langsung menghilangkan rasa sakit yang dihadapi Daniel tika itu sehingga air matanya mengalir ke pipi.

'Ini kah sakitnya sakaratul maut' tangan Jane digenggam kuat.

'Daniel memandang wajah wanita yang dia hancurkan hidupnya, wanita yang hatinya diabaikan, wanita yang dia cintai sepenuh hati'

'Daniel rasakan waktunya hampir tiba kerana tubuhnya bagai dipatahkan2 dadanya sesak, oksigen yang diberikan tak berguna lagi, tak terdaya lagi'

"Sa..sayang... maafkan I, maaa, af..

In,..ingat..janji you.." kata Daniel sebelum mesin oksigen itu mendatar, sebelum mata Daniel tertutup selamanya.

Zein segera memalingkan wajah Jane ke arahnya, supaya Jane tidak shock.

"Sayang.... releks.. Sabar.. Dengar apa I cakap. Daniel. Dia dah pergi. Biarkan dia pergi, dia dah tak kuat bertahan. Sabar okay. I ada dengan you. Okay?" kata Zein cuba menenangkan Jane yang masih terpaky seperti patung.

'Air mata Jane mengalir'

'Biar pun lelaki itu pernah menghancurkan kebahagiannya, tapi dia tak pernah benci cuma hatinya tetap pada satu, tetap tak mampu bagi hatinya pada Daniel biarpun dia tahu lelaki itu pernah lakukan kesilapan, tapi dia tahu Daniel sayangkan dirinya. SANGAT sehingga dia sanggup lakukan perkara di luar jangkaan.'

'Pergilah Daniel... Semoga awak tenang dekat sana. Thank you untuk segalanya, thanks atas usaha awak cuba menangkan balik hati I. Maafkan I, sampai saat ni I tak mampu bagi hati I pada you. I sayangkan you, tapi bukan sebagai kekasih. I anggap you family I.'