webnovel

PENANTAIN YANG TIDAK SIA-SIA

TIDAK dinafikan sebuah hubungan pasti ada pasang surutnya. Begitu juga dengan Rasha dan Sagara. Ada waktu mereka bergaduh, dan kemudian pandai pula berbaik sendiri. Tambahan pula, sekarang mereka sedang menjalani hubungan jarak jauh.

Sagara diBandung, menjadi orang kanan Azriel manakala Rasha masih diBali. Namun setiap hujung minggu, Sagara akan datang ke Bali menemui kekasih hatinya itu kecuali jika keadaan tidak mengizinkan.

Hujung minggu itu, Sagara sudah tiba diBali. Tapi yang membuatnya merajuk, Rasha pula masuk ke kawasan kampung kerana sudah terlanjur bersetuju mengikuti Amanda berkhemah. Dan mulalah Sagara berdrama mengalahkan drama seorang perempuan.

 

 Kamu udah ga sayang aku kan? – Sagara

 Sayang…. – Rasha

 Terus kenapa ditinggalin sendiri? – Sagara

 Mana adalah! Minggu ni saja ok abang sayang? – Rasha

 Sorry ya, aku ga bakal kemakanan pujukan mu! – Sagara

 Abang, kalau sudah dirumah nanti buka laci almari tv. I've something for you! – Rasha

 Apa? – Sagara

 Tengoklah sendiri. – Rasha

 

Setelah membaca pesanan Rasha, Sagara bergegas ke rumah Amanda dan Rasha diseberang. Dia memang sengaja masih membayar rumah sewa itu supaya memudahkan dia untuk jika balik ke Bali. Tunggu Amanda dan Rasha selesai kuliah, baru dia menamatkan kontrak sewa rumah itu.

Dia membuka laci seperti yang dikatakan Rasha. Didalam laci itu, ada sebuah kotak yang ada tertulis namanya. Dia mengambil kotak itu dan membukanya. Rajuknya hilang dan senyumannya melebar setelah melihat isi kotak itu. Kotak itu berisi beberapa biji 'hot wheels' yang lama sudah dia idamkan dan juga sebuah nota kecil.

 

 Abang, Rasha pergi cuma satu malam.

 Esok kita jumpa ya! Jangan marah-marah tau!

 I love you!

***

AMANDA membawa Rasha ke Bandung minggu itu untuk majlis pertunangan nya bersama Iefan. Ini sudah tahun akhir mereka berdua, jadi Iefan ingin mengikat Amanda terlbih awal kerana risau Amanda bertemu dengan lelaki lain ketika sudah mula masuk kea lam pekerjaan kelak.

 Mereka ke Bandung beberapa hari awal seblum majlis pertunangan untuk mengurus beberapa perkara. Sepanjang di Bandung pula, Rasha tinggal bersama keluarga Amanda dan sudah pasti disitu ada Sagara. Semenjak dia sampai disana, hidup tidak tenang. Ada saja gangguan dari Sagara.

"Sha, bisa bantu aku ga?" Tegurnya tiba-tiba setelah melihat Rasha dan Amanda sedang sibuk membungkus 'door gift'. Amanda menjeling abangnya itu. "Ga liat apa, orang lagi sibuk?"

"Tah, sibuk saja dia ni. Tolong apa?" Tanya Rasha yang juga menjeling Sagara. Sagara pula tersengih kemudian mengeluarkan kunci kereta dari poket seluarnya. "Tolong ambilin tas aku di mobil ya. Aku haus banget jadi pengen cepat ke dapur." Dia terus menghulur kunci kereta ke Rasha.

 Rasha merenung mukanya, hairan. Dia pula tersenyum seperti ada makna. "Sekarang ya sayang." Sambungnya. Rasha mengeluh kecil, menggeleng kepala perlahan. "Abang ni, ada-ada saja." Katanya tapi tetap bangun dan keluar menuju ke kereta Sagara. Sagara hanya tersengih dan diam-diam mengikuti Rasha dari belakang.

Pintu kereta itu dibuka Rasha, awalnya pintu hadapan. Tapi dia tidak Nampak kelibat beg Sagara. Kemudian dia beralih bahagian belakang, masih tiada. Akhirnya dia membuka but kereta. POP! Bunyi letupan salah satu belon yang terikat dia but kereta itu. Bukannya beg, tapi ada beberapa bungkusan hadiah, kek dan belon dihias dibut.

"Surprise! Happy birthday in advance!" Ucap Sagara yang tiba-tiba muncul dibelakangnya. Dia memanda lama wajah Sagara. Terharu. "Thanks, abang! But my birthday esok, boleh je celebrate after majlis Amanda. I don't want to take highlight during Amanda's engagement party."

"Ya karna itu, aku bikin surprise gini aja. Ga pa-pa kok. Cuma kita berdua aja." Ujar Sagara kemudian mengeluarkan telefonnya dan menyuruh Rasha untuk berdiri dan bergaya untuk digambar. Amanda, yang perasan Rasha agak lama diluar juga turut keluar. "Hey! Kok ga bawa aku!" Teriaknya.

 Amanda berlari anak, mendekati Rasha dan Sagara. "Sorry, Manda. Sepatutnya tak da surprise macam ni sepanjang majlis kau." Ujar Rasha setelah Amanda sudah berada disana. Amanda merangkul tangan Rasha lembut. "Rasha ku sayang, aku itu ga peduli itu sama sekali. Abang sih sepatutnya bilang kalau mau surprise-in kamu. Biar bisa ikut kita semua. Aku juga sengaja kok, sebenarnya milih Tarikh pertunangan ku sama dengan Tarikh birthday kamu. Biar biasa celebrate bareng besok."

"Huh! Bisa jujur ga, aku itu sebenarnya udah nyiapin surprise buat kamu sih sebenarnya untuk besok tapi ga pa pa lah! Kita celebrate bareng ya besok." Sambungnya.

 ***

TANPA disedari, penantian Sagara selama 2 tahun hampir tamat. Tinggal beberapa hari saja lagi majlis perkahwinan mereka berdua. Dan yang paling tidak disangka Mahesa sudah mendahului Sagara dan Argion. Dia berkahwin dengan pilihan keluarganya kerana malas untuk mencari.

Iefan dan Amanda pula, sudah melansungkan perkahwinan mereka 6 bulan yang lalu. Tamat saja kuliah mereka berdua terus nikah. Rasha pula meminta untuk menunggu dia selesai majli graduasi. Dan akhirnya, penantian dia tidak sia-sia. Menjelang 4 hari lagi, mereka bakal diijab kabulkan.

 Atas permintaan keluarga Rasha, majlis perkahwinan mereka akan berlansung di Malaysia. Untuk masalah tinggal dimana, keluarga Rasha tidak kisah yang penting tidak menghalang Rasha bertemu dengan mereka. 4 hari terasa seperti 4 minggu bagi Sagara. Dia sudah tidak sabar. Dia merindui wanita itu. sepanjang disana, mereka tidak benarkan untuk bertemu.

Sepanjang menunggu 4 hari itu berlalu, mereka masing-masing sibuk mengurus semua keperluan sepanjang majlis untuk mengelakkan sebarang masalah. Sagara sudah beberapa kali memeriksa hotel 'hall' yang sudah mereka tempah. Dia ingin memastikan pelamin itu sebiji seperti yang Rasha mahukan. Dia tidak mahu Rasha kecewa dihari perkahwinan sendiri.

Dipihak Rasha pula, mereka sibuk menguruskan hantaran, persediaan malam berinai, busana dan sebagainya. Agak memenatkan bagi Rasha, terutama berjumpa dengan ramai orang. Setiap malam dia pasti mengadu kepada Sagara. Sagara pula hanya mampu membalas "Sabar ya, sayang. Ga lama lagi. Terus bisa deh istirahat yang lama."

 Dan akhirnya tibalah dihari perkahwinan mereka. "Sah?"

"Sah!"

Bermula lah kehidupan Rasha sebagai isteri orang. Keadaan menjadi haru dalam gembira. Memandangkan dia anak tunggal, jadi itu agak menyedihkan bagi kedua orang tuanya. Terpaksa meninggalkan mereka berdua sendiri.

 **(

MALAM itu, malam pertama mereka didalam bilik yang sama. Jantung Rasha menjadi tidak keruan melihat Sagara yang keluar dari bilik mandi. Dia sudah mandi awal, sebelum Sagara naik ke bilik mereka. "Kenapa, sayang?" Tanya Sagara setelah melihat Rasha memerhatinya.

Rasha menggeleng kepalanya. Sagara kemudian memakai segala baju dan barulah dia mendekati Rasha yang sedang duduk diatas katil mengemas beberapa barang dan hadiah yang mereka terima. "Sayang." Panggil Sagara. Rasha menoleh. "Hm?"

"Boleh peluk ga?" Tanya Sagara membuat muka Rasha berubah merah. Malu! Rasha kemudian mengangguk perlahan. Tanpa menunggu lama, Sagara lansung memeluk wanita kesayangannya itu. Dengan perlahan, Rasha cuba membalas pelukan Sagara.

"Nyaman." Ujar Sagara setelah melepaskan pelukannya. "Kamu masih red-day, kan sayang?" Sagara menyoal untuk kepastian. Rasha tersengih kemudian menangguk. Sagara kemudian mencium kedua belah pipi Rasha. "Ga pa pa deh, orang sabar itu anak baik." Sambungnya membuat Rasha ketawa.

Rasha meletakkan hadiah-hadiah itu dibawah dengan bantuan Sagara. Hampir dua puluh minit mengemas, akhirnya selesai. Mereka pun baring, memandang satu sama lain. Rasha mengelus pipi Sagara lembut. "Terima kasih ya, abang. Abang ada diwaktu Rasha susah dan senang. Abang sanggup tunggu Rasha dan abang tak pernah mungkir janji. Terima kasih untuk semuanya."

Sagara menggenggam tangan isterinya yang tadi mengelus pipinya itu. Kemudian mencium kening dan dahi Rasha lama. "Kamu juga. Makasih karna udah percaya aku. Ga berpaling dari aku dan menghargai aku. Makasih udah jadi pacar atau kekasihku yang sekarang udah jadi isteriku. Aku harap, kita bisa bahagia selalu seperti ini. I love you! I really love you, Rasha."

 

 

TAMAT