webnovel

Justice World : Legends Come Back

Berkisarkan lagenda tetapi tiada dalam Sejarah Dunia Mitos.Lagenda yang merupakan Ratu dan Raja Magis.Menguasai dan melindungi dunia dalam diam dan secara rahsia.Mitos tentang mereka tidak dicatat di dalam Sejarah Dunia Mitos.Kewujudan mereka tidak diketahui manusia.Peperangan dahsyat dan kematian mereka dirahsiakan dari manusia.Tiada penghormatan terakhir dilakukan.Ada antara mereka dilahirkan semula dan ada antara mereka menunggu kelahiran semula rakan seperjuangan sementara melakar strategi perang.Penantian ratusan tahun akhirnya membuah hasil.Mereka yang telah lahir kembali menaiki singgahsana yang telah lama kosong.Peperangan dahsyat kali keduanya berlaku.Gabungan mereka tiada tandingan. Untuk mengetahui kisah selanjutnya,bacalah Justice World : Legends Come Back

Sam_Azwa · Fantasie
Zu wenig Bewertungen
16 Chs

Bab 16 : Sejarah

"Ergh,..."Max bangun lalu bersandar di katilnya.Seseorang membuka pintu.Itu adalah Claire.

"Awal sudah sedar,Max?Syukurlah."ujar Claire lalu memeluk Max erat.Max hanya diam.Dia berasa amat selesa di pelukan Claire.Kemudian beberapa orang masuk ke bilik itu.

"Kau dah okay ke,Max?"tanya Bruno memegang bahu Max.Max hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Kenapa semua orang ada dalam bilik ni?"tanya Max hairan sambil memandang semua wajah rakan-rakannya.

"Kami ingin tahu tentang hayat lalu kami,Max."ujar Zuna membuka kata.Max diam seribu kata.

"Em,baiklah.Ni mungkin adalah masanya untuk menceritakan semuanya kepada korang."ujar Max lalu mengangkat kepalanya.

"Justice World merupakan pelindung manusia yang tiada dalam Sejarah Dunia Mitos.Setiap pergerakan kita tidak dicatat dalam Sejarah Dunia Mitos.Ahli utama Justice World terdiri 16 orang.Antaranya kita berlapan dan lapan orang yang lain."terang Max sambil duduk bersila di atas katilnya itu.Yang lain kusyuk mendengar.

"Bagaimana bermula Justice World ini?"tanya Arlin pula.

"Ratusan tahun dahulu, kita semua manusia biasa tanpa sebarang kuasa magis.Ikatan adik-beradik masih sama seperti sekarang."semua orang mendengar dengan patuh.

"Ianya bermula dengan kisah sekumpulan rakan perempuan jelita iaitu Sharonel,Arzuna,Claireana,Scarlin,Nataleaf,Carina dan Calissa."sambung Max.

"Sharonel yang meminati dunia racun.Arzuna yang minat akan bunga.Claireana yang meminati sukan renang.Scarlin yang mengagumi burung.Nataleaf yang suka akan alam sekitar yang hijau.Carina yang mencintai ruang angkasa dan bintang-bintang.Calissa yang mengagumi dan mahir dalam musik."sambung Max lagi.Yang lain mengangguk faham.Mereka kusyuk mendengar Max.Max memandang rakan-rakannya lalu menyambung penceritaan sebentar tadi.

~Imbas kembali~

"Woi,tunggu aku!!!"panggil Scarlin apabila mendapati dua orang rakannya berjalan di hadapannya,iaitu Arzuna dan Sharonel.

Sharonel dan Arzuna berhenti mendadak.Mereka berpaling ke belakang dan mendapati Scarlin berlari-lari anak ke arah mereka.

"Huih,penat aku berlari,tahu?"nafas Scarlin tercungap-cungap. Arzuna mengurut belakang Scarlin dengan lembut.Setelah Scarlin tenang mereka berjalan bersama ke kelas mereka untuk memulakan sesi pembelajaran.

Sesampainya mereka di kelas itu,kelihatan empat orang gadis sedang menanti mereka di meja,iaitu Carina,Nataleaf,calissa dan Claireana.Gadis-gadis itu melambai mesra ke arah mereka bertiga yang baru sampai.

"Selamat pagi,korang semua!!!"ucap Arzuna dituruti Scarlin dan Sharonel.Empat orang gadis itu membalas ucapan itu dengan mesra juga.

"Hei,korang.Esokkan cuti untuk penggal akhir,apakata kita pergi berkelah?Bosan kalau tak pergi mana-mana."Carina memulakan bicara.Semua rakan-rakannya memandang ke arah dirinya.

"Bagusnya!!!Aku nak!!!"ucap Nataleaf teruja dengan cadangan Carina sebentar tadi.

"Aku setuju!!!"balas Calissa gembira.

"Yeah,aku pun sama!!!"balas Claireana dituruti anggukan kepala yang lain tanda setuju dengan rancangan itu.

"Baiklah,esok kita bertemu di rumah aku."ucap Carina lalu mengenyit matanya yang berwarna indigo pudar.

*Keesokan harinya*

Mereka semua menunggu Carina di rumahnya seperti yang direncanakan kelmarin.

"Huish,lama betul si Carina ni."ujar Claireana sambil mengeluh ringan.Tiba-tiba susuk seorang gadis membuka pintu kayu yang berukir bunga-bungaan itu,Carina.

"Amboi,lama betul kau ni,Carina.Kita nak pergi riadah bukan kenduri."ujar Calissa sambil memandang rakannya yang telah berdandan manis itu.

"Aku kan bintang paling terang,kenalah cantik."balas Carina sambil menyelit rambut ikalnya ke belakang telinga.Selepas itu mereka ketawa bersama dan berjalan sambil bergurau senda.

Beberapa minit selepas itu,Arzuna memulakan perbualan.

"Hey,Carina.Taman manakah yang akan kita kunjungi ini?"tanya Arzuna sambil memandang rakannya itu.Yang lain turut sama memandang Carina menginginkan jawapan dari soalan yang sama juga.

Carina menarik nafas sedalam-dalamnya untuk menunjukkan unsur suspen dituruti senyuman melebar.

"ki-ta akan pergi ke taman Justice World!!!"ujar Carina sambil tersenyum menampakkan sebaris gigi putihnya.

"Taman Justice World?"Calissa memandang Carina.

"Bukankah taman itu berpuaka,bukan?"tanya Sharonel serius.

"Ha'ah,dikhabarkan orang yang mengunjungi taman itu akan bertemu dengan nenek hantu yang menanyakan beberapa soalan aneh."ujar Scarlin serius.

"Tapi aku rasa itu hanya khabar angin semata-mata kerana ingin menakutkan orang ramai,bukan?"Balas Carina sambil tersenyum.

"Betul juga kata kau itu.Mungkin hanya untuk menakutkan orang sahaja."Scarlin dan Sharonel sependapat setelah diberitahu Carina.

"Kamu orang takut kah?"tanya Carina tersenyum nakal.

"Hah,aku tak percaya kepada hantu dan tidak sama sekali takut padanya kalau ia wujud sekalipun."ujar Nataleaf sambil menggenggam erat tangannya.

" Saya pun sama!!!"jerit Carina,Sharonel,Calissa,Nataleaf,Claireana dan Scarlin serentak.Setelah itu mereka berpandangan antara satu sama lain dan ketawa di akhirnya.Mereka terus berjalan.

*

*

*

Mereka pun tiba ke destinasi yang dituju.Mereka dapat melihat pintu gerbang yang luas dililiti bunga berwarna merah menjalar.Mereka melangkah masuk ke dalam taman itu.Tiba-tiba angin kencang menyapa wajah manis mereka.

"Ada apa ni?Angin begitu kuat sekali!"ujar Nataleaf sambil tangan menutupi separuh wajahnya.

"Aku tak nampak apa-apa!"ujar Calissa sambil menyipitkan matanya.

Rakan-rakan lain juga turut melakukan perkara yang sama untuk melindungi diri mereka.Tiba-tiba angin kencang tadi berhenti secara mendadak dan kabus mula meliputi tempat itu.Sesosok wanita tua berjalan mendekati ke arah mereka semua dan memandangi mereka semua dengan wajah yang tersenyum.Wanita tua itu berjalan mengelilingi mereka.Para gadis jelita itu mula bingung dengan perbuatan wanita tua itu.

Claireana berinisiatif untuk bertanya kepada wanita tua itu.

"Err,nenek?Apa yang nenek sedang lakukan?"tanya Claireana kepada wanita tua itu.Wanita tua itu menoleh ke arah Claireana dan berjalan menuju ke arahnya.Claireana bingung dan memandang rakannya yang lain yang turut bingung.Wanita tua itu berada tepat di depannya lalu tersenyum lebar ke arahnya sambil memegang bahu Claireana dan membisikkan sesuatu.

"Nenek lapar,cu...,"bisik wanita tua itu.

"Ah,nenek lapar rupanya.Kejap ya,nenek."ujar Claireana lalu mengambil beg yang mengandungi makanan.Rakan-rakan yang lain juga turut memberikan makanan mereka.

"Nah,nenek..Makanlah sepuas hati nenek."ujar Claireana sambil tersenyum ke arah wanita tua itu.

"Tak apa kah nenek ambil makanan kamu ini?Nenek rasa bersalah pula kepada kamu semua."balas wanita tua itu sambil memandang para gadis di hadapannya itu.

"Tak apa-apa lah,nek.Makan saja..Kami banyak lagi makanan untuk dimakan."Balas Nataleaf lalu semua rakan yang lain turut mengangguk tanda setuju.

*

*

*

~Beberapa minit yang lalu~

"Ah,nenek rasa bersyukur sekali.."kata wanita tua itu sambil mengelap bibirnya setelah makan makanan yang diberikan oleh para gadis itu.Para gadis tersenyum manis memandang wanita tua itu kerana mereka turut berasa bersyukur kerana dapat membantu orang yang dalam kesusahan seperti wanita tua itu.

"Mujur lah,nek.."ucap Sharonel sambil tersenyum manis bak madu.

"Kamu semua tidak takut datang ke sini?"tanya wanita tua itu.

"Mengapa,nenek?ada apa dengan tempat ini?"tanya Arzuna pula.

"Maklumlah disini banyak khabar angin mengatakan tempat ini berpuaka.."ujar wanita tua itu.

"Kami tidak percaya akan khabar angin seperti itu malahan tempat ini kan cantik sepertinya tidak berpuaka seperti yang diperkatakan."balas Arzuna sambil memandang bunga Camellia yang berada ditangannya.

"Bolehkah nenek bertanya sesuatu kepada kamu semua?"tanya wanita tua itu.

"Tentu saja,nek."balas Calissa sambil tersenyum.

"Adakah antara kamu meminati burung,tumbuh-tumbuhan,ular,bintang,muzik,berenang dan bunga?"tanya wanita tua itu sambil memandang dengan penuh harapan ke arah mereka semua.

"I,iya,nek..."jawab para gadis itu serentak.

"Kamu suka kejahatan?"tanya wanita itu lagi.

"Tentulah tidak,nek.Lagi banyak kejahatan,dimanakah untuk mendapatkan keadilan dan kebebasan?"balas Sharonel dengan semangat yang penuh di dada.

"Betul tu,nek.Perbuatan jahat hanya akan membinasakan kita dan orang lain sahaja!"balas Carina dan Nataleaf mengangguk setuju.

"Bukan itu sahaja,kejahatan akan turut memusnahkan dunia!"balas Scarlin dengan semangatnya.

"Ia juga menunjukkan betapa tidak adilnya kebebasan!"ucap Claireana.

Wanita tua itu berjalan mundur dari para gadis itu.

"Kalau begitu pendapat kamu...-"

"...-Jadilah kamu semua Perwira Justice World!!!"jerit wanita itu lalu melebarkan tangannya dan menghilang perlahan-lahan.Para gadis terkejut dengan adegan itu.Mereka semua terpaku dengan kejadian yang berlaku dihadapan mereka.

Cahaya putih bersinar muncul setelah wanita tua itu lesap.Tujuh Mutiara terawang-awang di udara.Mereka terpaku.Kemudian, tujuh mutiara mula bergerak terbang dengan laju ke arah mereka bertujuh.

Ppak!Ppak!Ppak!Ppak!Ppak!Ppak!Ppak!

Mutiara itu mengenai bahagian jantung mereka semua.

*

*

*

"Argh!!!"jerit para gadis yang berada di rumah masing-masing.

Mereka masih berada di atas katil masing-masing.

"ini mimpi?"ujar mereka tidak percaya.

Kalau korang rasa korang ada idea untuk bab seterusnya,sila komen dan aku dengan senang hati akan membalas komen korang!!!Jangan lupa juga bagi review untuk novel pertama aku ini!!!

Selamat menikmati!!!

Sam_Azwacreators' thoughts