webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasie
Zu wenig Bewertungen
1241 Chs

Tuan Tua Ning Jadi Marah (5)

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Jadi, ia bergantung kepada Yun Qingya dan Ning Xin sendiri sama ada mereka hendak berkahwin ataupun tidak.

Tuan Ketua Ning sangat terkejut. Adakah ayahnya tadi kata yang kalau Yun Qingya sudi berkahwin dengan Ning Xin, ayahnya akan terus kahwinkan mereka dan kalau tidak, ayahnya tidak akan paksa Yun Qingya?

Ada… adakah ini masih lagi ayahnya yang akan lakukan apa sahaja demi cucu kesayangannya?

Walaupun orang tua itu kelihatan tidak peduli, dia tetap sangat sayang pada cucunya! Tetapi dia lebih sanggup biar cucunya kecewa daripada memaksa Yun Qingya untuk berkahwin? Tuan Ketua Ning tidak mampu terfikir kenapa ayahnya melayan Keluarga Yun dengan penuh hormat.

"Kamu sudah selesai?" Tian Ke menjeling dingin pada Tuan Tua Ning dan berkata dengan marah, "Saya tidak peduli apa hubungan kamu dengan Yun Luofeng. Hari ini, saya mesti bunuh Yun Luofeng! Lebih baik kamu bantu saya capai matlamat saya ini. Jika tidak, kamu akan menyesal nanti!"

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com