webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasie
Zu wenig Bewertungen
1241 Chs

Tidak Menerima Suatu Pengkhianatan (2)

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Tanpa Ye Dong sedari penyataannya tadi juga telah menghancurkan hati pegawai tentera dan sivilnya.

Yi Bufan menunjukkan wajah menyedihkan ke arah Ye Ling dan menggelengkan kepalanya sambil senyuman perit bergantung pada wajahnya. Buat kali pertama, dia menyesali kerana telah bertahan untuk maharaja yang begini di dalam hatinya.

"Adakah kamu lihat dengan jelas?" Yun Luofeng berjalan lalu berdiri di samping Ye Ling, ketika dia mendedahkan senyuman licik. "Ini yang kononnya keluarga?"

Keluarga diraja memang kejam sejak zaman purba lagi! Bagaimana keluarga seperti ini mampu membentuk hubungan bapa dan anak yang tulen?

Ye Ling mengukir senyuman mencemuh. "Sejak beberapa tahun lalu, semenjak Baginda telah lepaskan saya kepada Kerajaan Longyuan sebagai tebusan untuk keamanan, saya sudah lama menyedarinya…"

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com