webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasie
Zu wenig Bewertungen
1241 Chs

Tian Ya Sendiri Panggil Dia Guru (1)

Redakteur: EndlessFantasy Translation

"Baik, Tuan Muda!" Orang-orang Keluarga Tian langsung menjawab dan terus meluru ke arah Ning Xin untuk menghalang dia dari pergi.

"Jangan dekati saya!" Ning Xin menjerit sekuat hati, badannya terus melepaskan hembusan tenaga rohani yang memaksa pengawal-pengawal yang mengepung dia terundur beberapa langkah…

"Ning Xin!"

Melihat Ning Xin hendak berlawan dengan orang-orang Keluarga Tian, Tuan Ketua Ning berasa sangat takut. Dia hendak marah Ning Xin lagi, tetapi dia terlihat Ning Xin sedang rebah.

"Xin'er!"

Lupa hendak memarahi Ning Xin, Tuan Ketua Ning terus maju dan hendak menyambut badan Ning Xin yang sedang rebah, tetapi ketika itu seorang lelaki yang bergerak lebih pantas darinya, memegang Ning Xin lalu memeluk Ning Xin dalam dakapannya. Rambut yang hitam dan jubah putih lelaki itu beralun lembut ditiup angin, wajah tampannya dingin dan dia merenung dingin pada Tuan Ketua Ning dengan matanya yang jernih.

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com