Lin Ruobai tiba-tiba marah. "Guru, saya tidat dapat ikut Guru pergi ke Keluarga Nangong sebelum in, jadi saya mesti ikut ke majlis kali ini! Saya ingin lihat siapa yang berani membuli Guru saya!"
Sebaik sahaja dia terbayang bagaimana Yun Luofeng dilayan di majlis hari jadi itu, Lin Ruobai langsung mengetap gigi penuh kemarahan.
Yun Luofeng menyepetkan mata. "Memandang Ou Ya ingin memalukan saya, dia pasti akan jemput Nangong juga! Jadi saya ingin gunakan peluang ini untuk menaikkan nama Nangong!"
Lin Ruobai mengangguk dan merangkul bahu Yun Luofeng sambil berkata dengan riang, "Bawa saya sekali, Guru! Saya akan lepaskan kemarahan untuk Guru!"
"Bagus, kalau begitu pergi bersiap dahulu dan kita akan bertolak malam ini." Yun Luofeng menggeliat malas dan bersandar ke belakang, senyuman terukir dan menghiasi wajah cantiknya. "Nampaknya kita perlu selesaikan masalah ini sebelum kita boleh pergi untuk meningkat kekuatan…"
…
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com