webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasie
Zu wenig Bewertungen
1241 Chs

Identiti Sebenar Mu Wushuang (2)

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Gao Ling tertarik. Jika dia mampu membujuk Tabib Dewa itu, mungkin penyakitnya akan dapat disembuhkan.

Memikirkan perkara itu, mata Gao Ling mula mununjukkan kefahaman. "Ayahanda, anakanda tahu apa yang perlu dilakukan. Tenang sahaja, Anakanda akan mengambil peluang ini."

Gao Tu mengangguk dan menepuk bahu Gao Ling. Niat jahat berkilau pada mata Gao Tu sebelum dia gantikan dengan ketegasan lalu memberi arahan dengan dingin, "Ingat, asalkan kamu dapat mengambil hati Keluarga Tian, hari di mana Keluarga Diraja melepaskan diri dari genggaman Sekta Rohani juga semakin hampir. Namun, disebabkan apa yang kamu telah lakukan terhadap Mu Wushuang, tidak akan begitu mudah Mu Wushuang memaafkan kamu, jadi kamu harus cepat buat Mu Wushuang lahirkan zuriat kamu!"

Gao Ling memberi tabik genggam dan menjawab dengan penuh hormat, "Baiklah, Ayahanda."

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com