webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasie
Zu wenig Bewertungen
1241 Chs

Apa Sahajalah Liu Chenyi Jika Dibandingkan dengan Dia? (1)

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Pada kertas itu, tulisannya sangat lurus dan jelas tanpa sedikit pun kesan dipadam yang mereka fikirkan tadi. Bagaimanapun, setiap kali seorang pemeriksa melihat jawapan itu, wajah mereka bertambah terkejut. Mereka semua kelihatan seperti telah ternampak hantu.

"Ini… ini mustahil!" Seorang pemeriksa menghulurkan tangannya dan menggigil ketika mengambil kertas jawapan itu. Mulutnya tidak berhenti bergumam, "Ini mustahil, sememangnya mustahil!"

Kerumunan penonton yang tadi riuh kembali senyap apabila melihat keadaan orang-orang tua pemeriksa itu. Tiada siapa yang faham apa yang telah membuatkan mereka begitu terkejut.

Ge Yang menarik nafas dalam dan memandang Yun Luofeng dengan perasaan yang kacau bilau. Dia berkata dengan tenang, "Cik Yun, betulkah kamu yang tulis jawapan ini di sini?"

Ketika ini, Liu Chenyi juga dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Keningnya berkerut dan matanya jelas kelihatan sedang bingung.

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com