webnovel

Chasing You

 Di Rumah Hwang Woo Joo.

"Woo Joo ah!" panggil Puan Na.

"Ya ibu.. Ada apa?" balas Woo Joo, yang baru saja turun dari atas

"Kamu ada hubungi Yu Ra tak?" tanya Puan Na.

"Tak rasanya. Kenapa Ibu? Ada masalah ke? Nak saya call dia ke?" tanya Woo Joo sedang menjamah makanan sebelum pergi sekolah.

"Eh tak perlu... Ibu tanya je." jelas Puan Na, Ibu tiri Woo Joo selepas 10 tahun kematian ibu kandungnya, sangat berhubungan baik dengan anak tirinya seperti anak kandung sendiri.

Hwang Woo Joo seorang pelajar senior di sekolah menengah kebangsaan Busan, Korea selatan. Kang Yu Ra adalah Kakak saudara Woo Joo yang sukakan Woo Joo walaupun dirinya tahu mereka mempunyai aliran darah yang sama keluarga sebelah Ayah Woo Joo. Tetapi Yu Ra lahir dalam keturunan raja kerana Ayah Yu Ra merupakan salah seorang daripada keluarga diraja yang dihormati.

2 tahun lalu Yu Ra dan Woo Joo tersilap melakukan perbuatan yang tak diketahui sesiapa kecuali Puan Na dan Tuan Hwang, lalu menyuruh Yu Ra merahsiakannya sementara Woo Joo tak ingat apa yang berlaku. Peristiwa itu terus menghantui kehidupan Yu Ra.

Walaupun begitu Woo Joo masih menjalankan aktiviti dan kehidupan hariannya seperti biasa, Yu Ra pula sudah tamat persekolahan tahun lepas dan mengikuti jejak Ayahnya, setiap minggu dia akan bercuti di rumah keluarga Woo Joo di Sky Star yang terkenal mempunyai penginapan seperti istana yang terdiri daripada penghuni-penghuni terkaya di kawasan situ.

Di Sekolah

"Belanja aku Woo Joo...!" jerit Byung gyu memaut bahu Woo Joo, kawan baik di penginapan yang sama.

"Baiklah! Aku belanja!." kata Woo Joo tersenyum lebar.

"Hei abang! Kita ada duit lah!" ujar adik kembar Byung gyu, Beum gyu.

"Alahh... nanti kita belanja dia pula." kata Byung gyu menolak sikit bahu Beum gyu.

"Sebenarnya dompet abang tertinggal" bisik Byung gyu tiba-tiba menghampiri telinga Beum gyu yang ada ditepi.

"Abang ni lah! Dah lah duit saya dalam dompet abang!" marah Beum gyu lalu pergi dari situ, kata-kata Beum gyu didengari Woo Joo.

"Dia ni!" mulut Byung gyu mengigit geram.

Mata Woo Joo tertarik sosok tubuh seorang gadis yang lalu di depannya ketika mahu menuju ke kantin, gadis itu dari kelas lain namun sebaya dengannya, Byung gyu sedar akan hal itu terus menyebut nama gadis berkenaan.

"Dia Kang Mi Ra, dari kelas sebelah." ujar Byung gyu melepas tangan dari bahu Woo Joo.

"Kang Mi Ra? Bukan ke dia pelajar terbaik di sekolah kita?" tanya Woo Joo.

"Betul... dia dah mula bersikap angkuh sebab ibunya sakit di hospital, jadi dia cuba berkerja keras untuk banggakan ibu dia sebelum terlambat. Lagipun dia tinggal di tempat yang sama dengan kita." kata Byung gyu panjang lebar.

"Di Sky Star? Dah sebulan aku pindah tapi tak nampak dia pun."

"Hurm tak hairan lah aku sebab dia hanya habiskan masa dengan belajar ja" balasnya.

"Belajar?"

"Ayuhlah... kita tak sama dengan dia. Jom pergi kantin nanti terlambat..."

"Ok!" senyum Woo Joo, seorang baik hati, kata-katanya tak menyakit hati orang sekeliling.

"Sebenarnya dulu Mi Ra sangat baik, disebabkan Ibunya, dia mula bersikap sombong dan sangat bencikan anak jiran kita.." jelas Byung gyu selamba, mulutnya masih menjamah makanan.

"Anak jiran? Siapa dia?" tanya Woo Joo ingin tahu.

"Kim Hye Na, dari kelas kita." jawabnya.

"Jelas sangat ke dia bencikan Hye Na? Apa yang buatkan Mi Ra benci dia?"

"Gred mereka sama-sama dalam persaingan yang seri, jadi dari situ Mi Ra bencikan dia."

"Awak buta ke sampai tak tengok orang lalu?!" kata-kata itu jelas didengari semua orang yang ada di kantin berkenaan, rupanya suara Mi Ra tak jauh dari tempat makan yang Byung gyu dan Woo Joo duduk.

"Aku tak nampak..." kata Jung Woo, gadis yang melanggar salah satu orang lalu-lalang di depannya dan Mi Ra perasan dengan ketidakadilan Jung Woo tanpa meminta maaf.

"Wahh... hebat betul kau ni?! kenapa kau tak minta maaf pada dia? Susah sangat kah...?" Mi Ra tersinggung dengan kelakuan Jung Woo.

"Aku cakap aku tak nampak lah! Buat apa minta maaf..!" ujar Jung Woo menyilang tangan ke dada.

"Lebih baik minta maaf pada Bo Ra walaupun kau tak nampak!" marah Mi Ra.

"Tak nak!" Jung Woo masih tak mahu mengaku dan memohon maaf pada Bo Ra, tangan Mi Ra ingin nak menampar Jung Woo, tak tahan akibat membuat darahnya menindih, Mi Ra mengangkat tangan untuk menampar namun dihalang oleh Hye Na yang tiba-tiba masuk campur.

"Dia cakap dia tak nampak, kenapa kau terlebih sangat haa?..." Hye Na suka angkat muka dan angkuh seperti merak.

"Hey! Jangan masuk campur!" Mi Ra melepaskan tangan Hye Na dengan kuat.

"Sekejap ye Woo Joo." Byung gyu terus bangun dari kerusi menuju ke pertengkaran itu.

"Sabar Hye Na, nanti keadaan jadi lebih teruk" kata Byung gyu membelakangi Mi Ra.

"Mi Ra sudahlahh... jom pergi." Byung gyu menolak perlahan bahu Mi Ra pergi dari situ dan Mi Ra sempat mejeling mata Jung Woo.

"Kau tunggu lah nanti, Jung Woo." renungan tajam Mi Ra membuatkan Jung Woo menelan air liur dan pergi dari pandangan mereka.

"Kamu semua tengok apa?!" marah Hye Na apabila semua pelajar di kantin itu menyaksikan kejadian itu.

"Bo Ra, aku minta maaf!" secara tiba-tiba Jung Woo memohon maaf lalu pergi dari situ, Hye Na didapati dirinya akan malu. Tu la siapa suruh masuk campur, angkuh seperti merak? Lebih angkuh dari Mi Ra.

Dalam perjalanan pulang dari kawasan sekolah.

"Hebat juga Mi Ra ni. Dia berani atasi ketidakadilan pelajar tu!." Woo Joo merasa kagum dengan keberanian Mi Ra.

"Tu aku cakap! Dulu dia baik. Mungkin sifat baik dia ada lagi. Aku rasa aku dah mula bencikan Hye Na yang angkuh tu!" Byung gyu mendengus geram, mahu menumbuk muka angkuh Hye Na.

"Jangan lah saling bencikan orang... sini aku cakap." Woo Joo menyuruh Byung gyu mendekati telinganya ke mulut Woo Joo.

"Kalau kau bencikan orang, hati kau akan rasa tak tenang" bisiknya.

"Betul juga! Alahai! Aku patut berterima kasih pada takdir yang temuikan Woo Joo yang baik ni kat aku..." kata-kata Byung Gyu membuatkan Woo Joo tertawa.

"Jujur... sebelum kau pindah ni, aku macam tinggal di neraka sebab aku dipaksa belajar sampai tak ada rehat hanya kerana ayah aku nak aku jadi pelajar terbaik seperti Mi Ra dan Hye Na.

"Teruknya... apa kata kau curi-curi keluar untuk lepaskan tekanan dengan aku?" Woo Joo bercadang sambil tersenyum lebar.

"Bagus juga tu...! aku terpaksa lari dari perangkap ayah aku biarpun kena marah... hahaha". mereka ketawa terkekek-kekek.

Di rumah Keluarga Hwang Woo Joo.

"Kim Hye Na? Kang Mi Ra? Kenapa dengan mereka berdua?" tanya Puan Na ingin tahu sambil meniup wap teh panas.

"Hurmm... mereka pesaing satu sama lain kat sekolah, mereka juga penghuni kediaman sky star." ujar Woo Joo memandang wajah Puan Na.

"Dahsyat betul! Baru je kita pindah sini terus ada peperangan." gurau Tuan Hwang, seorang doktor di hospital terbesar Busan.

"Tapi saya tiba-tiba jatuh cinta kepada salah satu antara pesaing tu." Woo Joo tersipu-sipu malu.

"Biar Ibu teka...hurmm... rasanya anak saya suka Kang Mi Ra tu?" Puan Na memegang dagu sambil berteka-teki.

"Ibu! Betul tekaan ibu!" jerit Woo Joo teruja, terkejut Puan Na dan Tuan Hwang, mereka pun tertawa.

"Amboi semangatnya anak ayah ni!. awal lagi bersekolah di sini...".

"Ibu... bolehkah saya nak keluar lepak dengan Byung gyu dan Beum gyu?".

"Si kembar tu? Kenapa?" tanya Puan Na.

"Katanya di rumah mereka seperti neraka disebabkan ayahnya suruh berkerja keras dalam pelajaran tanpa henti, jadi saya ajak mereka ponteng latihan mereka.. hehe.."

"Amboi baiknya anak ibu! Bagus bagus! Lepaskan mereka dari neraka." Puan Na mecuit pipi gebu Woo Joo.

"Woo Joo-ah!" panggil seseorang di atas tangga.

"Hai Yura! Awak dah datang lama ke? Eh tapi bukan ke ni bukan hari cuti?" Woo Joo menghairankan.

"Aku pun nak terlepas dari latihan. Boleh ke aku ikut adik Woo Joo?" senyuman Yu Ra mula melebar menampakkan gigi.

"Hurmm..." Woo Joo berpura-pura memikir.

"Alahh... please lah Yu Ra dah bosan perangkap diri dalam rumah." Yu Ra membuat muka merajuk.

"Ok boleh.."

"Betul?!"

"Tak aihh... takkan tak dengar?" usik Woo Joo, terus menuju ke pintu dengan tergesa-gesa takut dikejar harimau betina, kerana kegarangan yang ada dalam diri Kang Yu Ra.

Mereka 2 beradik itu pergi melepak, Puan Na sempat mengeluh berat kerana masalah dia hadapi tanpa diketahui anaknya, suaminya tahu.

"Kenapa sayang?" tanya Tuan Hwang.

"Saya tak tahu apa akan jadi kalau anak kita tahu hal tu." Puan Na meraup wajah perlahan.

"Betul... tu yang saya fikir selama ni." Tuan Hwang menepuk-nepuk bahu Puan Na dengan lembut cuba menenangkannya.

"Salah kita yang letakkan air tu atas meja, air tu tak sesuai untuk budak-budak." ujar Puan Na, mengimbas kembali kejadian 2 tahun lalu.

Imbas kembali.

"Woo Joo ah! Jom kita berjogging." ajak Yu Ra, menunggu Woo Joo turun dari atas.

"Jogging? Waktu hujan ni? Ehh tak payah lah..." Woo Joo beri alasan, malas nak keluar waktu hujan.

"Kau ni pun..! waktu hujan kan best, bukan hujan lebat pun, bumi basah je... tak mahu pergi sudahlah!" Yu Ra meninggalkan Woo Joo dari dapur ke pintu.

"Mungkin dia memang nak ajak Woo Joo ja kot." Tuan Hwang menuangkan teh ke dalam cawan dengan berhati-hati.

"Betul sayang... mungkin dia tertekan sebab latihan tu." Puan Na menyambung.

"Hurm... betul juga, oklah... saya pergi dulu ibu, ayah." kata Woo Joo memberi tunduk hormat.

Di Taman.

"Yu Ra!" panggil Woo Joo.

Yu Ra terdengar panggilan Woo Joo terus cuba menjauhkan diri dengan sepantas langkah.

"Yu Ra berhenti!" Woo Joo mengejar Yu Ra yang cuba melarikan diri darinya kerana merajuk.

"Yu Ra! Maafkan aku!." jerit Woo Joo, mencapai bahu Yu Ra, dan Yu Ra pun berhenti sambil menyilang tangan ke dada.

"Apa lagi? Kalau kau tak mahu datang, tak payah datanglah!." mata Yu Ra menjeling ke arah lain tanpa memandang Woo Joo yang kepenatan kejar dirinya.

"Alahh kau ni Yu Ra, bukan aku tak mahu lahh..." kata Woo Joo menyiku pinggang, Yu Ra masih tak peduli.

"Jom kita makan aiskrim nak tak?" pujuknya.

"Tak nak!." kata Yu Ra, tidak mengendahkan pujukan Woo Joo.

"Alahh jom lahh..." pujuk sekali lagi.

"Kalau kau tak nak, aku balik ye?"

"Balik je lah! Ingat aku tak mampu beli ke?.. fuh!" pantas Yu Ra pergi dari situ.

"Kau ni...!" Woo Joo kembali mengejar Yu Ra.

"Sayang! Air ni untuk siapa?" tanya Tuan Hwang menyentuh sebotol sambil membaca label di botol itu

"Tu kawan saya suruh beli."

"Bukan ke air ni kuat? Sangat berbahaya untuk budak-budak. Lagipun botol ni nampak macam botol biasa." Tuan Hwang sempat beri peringatan.

"Walaupun air tu untuk hilangkan mabuk tapi mudah mabuk bagi budak-budak. Tak apa-apa nanti saya letak jauh-jauh dari budak-budak tu." ujar Puan Na tersenyum.

KRING! KRING!

"Hello? Ya saya... apa? Barang tu dah sampai? Ok ok, saya akan pergi sana." Tuan Hwang terus menamatkan panggilan.

"Sayang... jom kita pergi ambil barang sekejap."

"Ok... tunggu kat luar saya nak ambil jaket sekejap." Puan Na terus ke bilik, keluar tergesa-gesa tanpa sedar air botol itu masih ada di atas meja.

Beberapa minit kemudian.

Woo Joo dan Yu Ra sudah pulang, dalam keadaan penat terus ke dapur mendapatkan air masak untuk diminum, Yu Ra ternampak air botol itu dengan rasa dahaga.

"Ni air masak ke?."

"Entahlah... ya kot. cuba minum." Woo Joo menuangkan air itu tanpa berfikir panjang.

"Ergg... air masak apa ni?" Yu Ra memegang tekak, terasa pedih.

"Pelik kan.." hairan Woo Joo.

"Woo Joo... Yu Ra!" panggil Puan Na baru saja pulang mengambil barang.

Tuan Hwang terus ke dapur dan mendapati botol itu dikeliling 2 cawan.

"Sayang... awak ada minum air tu ka?" tanyanya, mata Puan Na membulat.

"Tak mungkin! Mana mereka?" mereka pun lantas mencari Woo Joo dan Yu Ra.

Yu Ra tergesa-gesa keluar dari bilik Woo Joo dengan perasaan bersalah atas kejadian yang menimpa dan tindakan Puan Na dan Tuan Hwang terhenti apabila melihat Yu Ra keluar dari bilik Woo Joo.

"Yu Ra?"

"Makcik... aku tak tahu apa aku buat... aku tak tahu aku benar-benar melakukannya." Yu Ra mengengam rambutnya, cuba mengingati apa yang terjadi.

"Jangan risau sayang..." Puan Na terus memeluk Yu Ra, giginya diketap menahan sebak atas kesalahannya sendiri, air hilangkan mabuk sepatutnya terletak tempat sembunyi bagi mengelakkan anak-anak terminum.

Di Taman.

"Woo Joo-ah!" panggil Byung gyu dan Beum gyu dari jauh sambil melambai-lambai.

Mana-mana pemikiran tentang cerita saya? Tinggalkan komen dan saya akan melihatnya dengan serius.

Suka tak? Tambah ke koleksi!

Penciptaan adalah sukar, bersoraklah saya~mengundi!

Hadiah anda adalah motivasi untuk penciptaan saya. Beri saya lebih banyak motivasi!

Blueberry_Armycreators' thoughts