webnovel

PEKARA SEBENAR

Di semua Cafe,encik Ikmal sedang berbincang dengan encik Ismail mengenai rancangan mereka untuk menghancurkan keluarga puan Zia dan tiba-tiba encik Ikmal ditahan oleh dua orang anggota polis yang sudah tiba disana.Encik Ikmal kehairanan kerana dia tidak melakukan sebarang jenayah.Polis itu memberitahu encik Ikmal bahwa dia disyaki telah membunuh ayahnya sendiri dan kedua orang tua kawan anaknya.Mendengar hal itu,encik Ikmal memberontak dan memberitahu mereka bahawa dia bukanlah pesalah yang dicari itu namun kedua orang anggota polis itu tidak memperdulikannya dan terus membawanya ke balai polis.

Selepas itu,berita bahawa encik Ikmal ditangkap sampai di telinga puan Zia.Puan Zia bergegas pergi ke balai polis untuk menjumpai bekas suaminya itu.Di samping itu,Rykal sedang duduk termenung di ruang tamu sambil memikirkan pekara yang akan terjadi selepas ini.Hati Rykal kuat mengatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan pekara ini.Di balai polis pula,Puan Zia memarahi bekas suaminya kerana sanggup melakukan hal demikian kepada ayahnya.Encik Ikmal cuba untuk menerangkan pekara sebenar pada puan Zia namun belum sempat dia berkata apa apa puan Zia menampar pipi encik Ikmal dengan sangat kuat lalu dia pergi meninggalkannya.

Ketika Puan zia dalam perjalanan pulang ke rumah bersama suaminya dan tiba-tiba kereta mereka ditahan oleh sebuah van berwarna hitam.Tiga orang lelaki yang memakai topeng keluar dari van itu lalu menyuruh mereka berdua untuk keluar daripada kereta mereka itu.Encik Hamid cuba untuk menenangkan isterinya itu lalu tiba tiba kaca kereta itu dipecahkan oleh orang itu dan mereka menarik encik Hamid keluar kereta dengan cara paksa.Encik Hamid cuba melawan ketiga orang itu namun kepalanya dipukul menggunakan tongkat dengan sangat keras yang membuatnya pingsan.Melihat hal itu,Puan Zia cuba meminta pertolongan namun kepalanya dipukul sehingga dia jatuh tersungkur lalu tidak sedarkan diri.

Syafiqah mendatangi Rykal di rumah encik Ismail untuk menjumpai Rykal.Syafiqah memberitahu Rykal bahawa ayahnya sudah tidak ada dipenjara lagi.Mendengar hal itu Rykal kehairanan dan bertanya adakah ayahnya telah dibebaskan oleh pihak polis.Syafiqah membalas bahawa balai polis tempat ayahnya itu telah diserang oleh sekumpulan orang yang memakai topeng badut.Mereka membebaskan encik Ismail lalu membawanya pergi.Sebelum mereka pergi,mereka membunuh semua saksi yang berada di sana termasuk baduan yang ada di dalam penjara.Rykal terkaku namun dia mencuba untuk mencari jalan penyelesaian untuk masalah kali ini dan dia terus menghubungi encik Riduan.Namun begitu,Rykal mendapat satu pesanan dari aplikasi whatsapp miliknya.Terdapat nombor misteri yang menyuruhnya untuk datang di sebuah lokasi tanpa membawa polis atau keluarga dan kawan baiknya akan mati dibunuh.

Selepas itu,encik Ismail tiba dirumahnya.Rykal memberitahu encik Ismail tentang pekara itu.Mendengar hal itu,encik Ismail menyuruh semua pengawalnya untuk bersiap untuk pergi ke lokasi itu.Syafiqah juga turut bersama.Rykal merasa bahawa pada hari itu,dia akan mendapatkan jawapan dari segala masalahnya itu.Setibanya Rykal disana,Rykal melihat keluarga dan kawan baiknya terbaring tak berdaya.Apabila Rykal menyakini bahawa tidak ada orang disana,Rykal berlari untuk melihat keluarga dan kawan baiknya itu.Tiba-tiba encik Ikmal memegang tangan anaknya itu lalu berkata supaya anaknya pergi untuk menyelamatkan dirinya.Rykal cuba untuk menenangkan ayahnya itu namun ayahnya menyuruh Rykal untuk pergi dari sini kerana dia telah diperangkap.

Mendengar hal itu,Rykal tersedar lalu menghampiri Syafiqah lalu membawanya lari dari tempat itu.Encik Ismail yang menyedari Rykal sudah mengetahui rancangannya itu menyuruh beberapa pengawalnya untuk mengejar Rykal.Rykal dan Syafiqah berlari masuk ke dalam hutan sehingga mereka tiba di sebuah tebing.Tak lama kemudian,Pengawal encik Ismail tiba dan mahu menangkap Rykal.Rykal tidak berdiam diri,dia cuba untuk melawan pengawal encik Ismail itu namun dia agak kesulitan.Namun demikian,Rykal berjaya menumbangkan salah seorang dari mereka.Ketika Rykal mula fokus untuk menjatuhkan pengawal encik Ismail yang lain,tiba-tiba Syafiqah menyuntikkan ubat pada lehernya Rykal yang membuatnya kejang lalu tidak sedarkan diri.

Tak lama kemudian,Rykal tersedar dari pingsannya dan dia mendapati tangannya telah diikat.Rykal cuba untuk melepaskan diri namun dia tidak berjaya.Rykal bertanya pada encik Ismail apa yang dia dan ayahnya lakukan sehingga dia sanggup melakukan hal begini pada mereka.Encik Ismail berkata"ini semua bukan salah kau ataupun ayah kau Rykal".kata encik Ismail."Habistu kenapa buat kami macam ni!?saya ingat pakcik akan bantu kami!".ujar Rykal dengan nada marah dan kecewa.Mendengar hal itu encik Ismail tertawa dan berkata bahawa sejak dari mula lagi dialah penyebab mak dan ayah Rykal kini bercerai.Rykal kebinggungan dan berkata bahawa mak dan ayahnya bercerai kerana paksaan dari arwah atuknya namun encik Ismail menjawab " betul..akulah yang menghasut atuk kau supaya dia menyuruh ayah kau ceraikan isterinya dan mengahwinkannya dengan orang kaya agar dia juga dapat hidup senang.Tapi si tua bodoh itu pergi kahwinkan mak kau dengan Hamid".kata encik Ismail sambil jarinya menunjuk ke arah encik Hamid yang sudah tidak berdaya.

"Tapi kenapaa!!?..apa hubungan pakcik dengan mak saya sampai pakcik sanggup buat keluarga saya sampai macam ni!?".Kata Rykal sambil mengeluarkan air matanya."Kalau kau nak tahu,aku dengan mak kau dulu merupakan pasangan kekasih..aku sayang sangat dekat mak kau tapi hubungan kami tidak direstui oleh keluarga mak kau sehingga mereka menjodohkan mak kau dengan ayah kau".ujar encik Ismail sambil menahan amarahnya.Rykal terkejut mendengar hal itu.Dia sungguh tidak sangka bahawa dulu maknya merupakan kekasih lama encik Ismail.Rykal mula teringat perkataan encik Ismail bahawa dia memahami perasaan ayahnya kerana ditinggal puan Zia.Encik Ismail berkata dia sudah lama merancang semua ini dan pada akhirnya dia berjaya.

Tiba-tiba Syafiqah tiba di ruangan itu lalu encik Ismail berkata bahawa Syafiqah sebenarnya merupakan anak angkatnya.Rykal bertambah terkejut.Encik Ismail berkata mak dan ayah Syafiqah telah meninggal dunia ketika dia masih bayi dan encik Ismail memutuskan untuk merawatnya.Encik Ismail berkata pertemuannya bedua sudah diatur oleh encik Ismail.Syafiqah menghampiri Rykal dan berkata bahawa dialah orang yang meletakkan semua bahan bukti di dalam bilik ayahnya.Dia juga berkata bahawa encik Riduan yang dia jumpa hari itu telah mati dibunuh oleh pengawal encik Ismail.Rykal merasa dikhianati.Orang yang selama ini dia anggap cinta sejatinya merupakan gunting di dalam selimut.

BERSAMBUNG.....