webnovel

Hilang Kasih

Keesokan harinya, Rykal melihat bahawa ayahnya sudah tiada.Encik Ismail memberitahu Rykal bahawa ayahnya sudah keluar untuk berjumpa dengan seseorang.Selepas mengatakan hal itu, encik Ismail menyuruh Rykal untuk menyantap makanan yang sudah terhidang di meja.Sebelum makan, Rykal berterima kasih kepada encik Ismail kerana melayannya dengan baik. Encik Ismail tersenyum dan berlalu pergi.Semasa sedang makan, Rykal teringat akan kawannya Putra.Sekiranya encik Ismail mengizinkan, dia mahu mengajak Putra untuk datang ke rumahnya itu.

Selepas Rykal selesai makan, dia pergi ke luar untuk mengambil udara segar.Bersamaan dengan itu, encik Ikmal telah pulang.Encik Ikmal memanggil anaknya dan memberitahu bahawa Rykal akan mula bersekolah semula kerana sudah lama dia tidak bersekolah. Rykal yang mendengar hal itu sangat teruja kerana dia bakal kembali bersekolah.Encik Ikmal memberitahu kepada anaknya bahawa dia akan mula bersekolah pada esok hari dan encik Ikmal mengajak Rykal membeli keperluan untuk dia bersekolah esok pagi.Tiba-tiba, Encik Ikmal mendapat satu panggilan telefon yang membuatnya mahu tidak mahu harus pergi. Melihat hal itu, encik Ismail berkata kepada encik Ikmal agar membenarkan dirinya untuk membeli barangan keperluan Rykal. Mungkin dengan ini, encik Ismail dan Rykal akan semakin akrab. Encik Ikmal mengizinkan dan berterima kasih kepada encik Ismail.

Rykal dan encik Ismail pergi ke kedai untuk membeli barangan keperluan sekolah Rykal dengan menaiki kereta Lamborghini Veneno. Setibanya mereka di kedai,encik Ismail memberitahu Rykal agar membeli barangannya dengan kadar yang banyak supaya tidak habis dengan cepat.Sewaktu Rykal sedang membeli,dia terserempak dengan Malek dan ayahnya.Malek sempat mengejek Rykal yang membuatnya tidak dapat menahan amarahnya dan langsung menolak Malek sehingga terjatuh.Melihat anaknya yang jatuh ditolak itu, encik hamid terus menampar wajah Rykal dengan sangat keras. Encik Ismail yang mengetahui hal itu langsung menghampiri Rykal.Encik Hamid memarahi dan memalukan encik Ismail dan Rykal di kedai itu.Encik Ismail tanpa bercakap banyak terus menghajar encik Hamid sehingga encik Hamid tidak berdaya lagi.

Selepas itu,encik Ismail dan Rykal pergi meninggalkan tempat itu dengan barangan yang sudah dibeli.Sewaktu di dalam kereta, encik Ismail berkata Rykal, "kau tak payah risau pasal diorang tu.. Kalau ada apa apa pakcik ada". Kata encik Ismail."Tapi bukan ke apa yang pakcik buat tu dah berlebihan sampai dia tak berdaya dibuatnya?". Tanya Rykal. Mendengar hal itu,encik Ismail terus memberhentikan kenderaannya dan berkata kepada Rykal, "kal, dalam hidup kita ni kita jangan takut dengan sesiapa.. Sebab kalau kita takut, orang tu akan besar kepala". kata encik Ismail."Tapi itu tak bermaksud kita boleh pukul orang tu sampai tak berdayakan?". Ucap Rykal."kita kena buat macam tu supaya dia sedar kita ni tak lemah".kata encik Ismail.Rykal hanya terdiam dan encik Ismail melanjutkan perjalanan mereka.

BERSAMBUNG.....