webnovel

Hilang kasih Bab 5

Ayah encik Ikmal menyuruhnya agar menceraikan isterinya itu..hal itu tentu saja ditolak mentah mentah oleh encik Ikmal kerana dia sangat sayangkan isterinya itu. Namun begitu, apa yang mengejutkan adalah apabila puan zia sendiri memberitahu bahawa dia bersetuju untuk diceraikan. Encik Ikmal memegang bahu isterinya itu sambil memohon maaf sekiranya dia ada membuat kesilapan yang membuatkannya ingin bercerai. Puan zia memberitahu bahawa encik Ikmal tidak memiliki apa apa salah namun dirinya sendiri sudah tidak cinta kpada encik Ikmal.

Encik Ikmal terduduk sambil menahan air matanya daripada mengalir membasahi pipi. Ayah encik Ikmal memberitahu bahawa puan zia akan dikahwinkan dengan encik hamid anak ketua kampung yag ditemui oleh encik Ikmal semalam.Encik Ikmal terkejut mendengar hal itu lalu merayu kepada isterinya agak tidak memintanya untuk menceraikan dirinya namun isterinya hanya berdiam diri.

Rykal mendengar pekara tersebut di biliknya lalu pergi menemui ibunya untuk memujuk agak tetap bersama dengan ayahnya.Rykal memeluk ibunya sambil merayu agar tidak berpisah dengan ayahnya namun puan zia berkata kepada Rykal bahawa dirinya sudah tidak cinta lagi kepada ayahnya. Rykal terus merayu ibunya kemudian datuknya dtng dan menarik Rykal ketepi agar dia tidak terus menggangu ibunya.Rykal membentak datuknya dan memberitahu agar tidak menghalangnya daripada memujuk ibunya namun datuknya tidak peduli akan hal itu. Dia terus sahaja menghalangi Rykal daripada memujuk ibunya.

Puan zia memberitahu anaknya bahwa encik hamid akan menjaga mereka jauh lebih baik berbanding dengan ayahnya. Rykal tidak peduli akan hal itu, dia cuma mahu ibu dan ayahnya sahaja. Datuknya berkata bahawa ayahnya sudah tidak bekerja dan tidak mampu untuk menyaranya sekeluarga. Encik Ikmal yang sudah tidak dapat menahan marahnya lagi terus bangun dan memarahi ayahnya. Encik Ikmal hairan kenapa ayahnya memperlakukannya seperti orang asing sehingga menyuruh dirinya untuk menceraikan isteri tercintanya.

Ayahnya tidak memperdulikan amarah anaknya itu dan menyuruhnya agar menceraikan isterinya secepat mungkin supaya isterinya dan encik hamid bole terus berkahwin. Rykal yang sedang sedih terus menjadi marah dan menolak datuknya sehingga tersungkur ke lantai. Puan zia terus menampar pipi anaknya itu dan memarahinya kerana telah biadap dengan datuknya sendiri. Datuk Rykal bangun dan bertanya kepada Rykal adakah dia tidak mahu berjumpa dengan ayahnya. Puan zia terus menyuruh mertuanya berhenti daripada terus memberitahu Rykal.

Rykal dan ayahnya sangat keliru dengan apa yang dikatakan oleh datuk dan ibunya..Puan zia menundukkan kepalanya sambil berharap mertuanya tidak memberitahu Rykal pekara sebenar.

BERSAMBUNG.....