webnovel

Hilang kasih Bab 11

Jam sudah menunjukkan pukul 7:30 pagi. Encik Fadil membeli sarapan untuk Rykal dan dirinya mengalas perut. Semasa mereka sedang makan, Rykal menyarankan encik Fadil untuk pulang dan membiarnya menjaga Putra.Selain itu, Rykal juga mahu melawat datuknya yang berada di hospital itu juga.Pada mulanya encik Fadil menolak kerana dia melihat Rykal seperti keletihan tetapi Rykal terus memujuknya yang membuat encik Fadil bersetuju.Sebelum encik Fadil pulang, dia memberikan Rykal sedikit duit supaya nanti ketika dia kelaparan atau kehausan, dia boleh membeli.Rykal mengucapkan terima kasih kepada encik Fadil kemudian menyalam tangannya.

Sebelum ke wad kawannya, Rykal bercadang untuk melawat datuknya sebentar. Dia membeli beberapa buah buahan untuk diberikan kepada datuknya.Setibanya dia di wad datuknya, dia melihat encik Hamid yang sedang duduk di tepi katil datuknya.Encik Hamid menyadari kedatangan Rykal dan dia terus memanggilnya.Encik Hamid menyuruh Rykal untuk tinggal di rumah datuknya semula kerana datuknya akan keluar dari hospital tidak lama lagi.Rykal hanya mengiyakan sahaja lalu dia meletakkan buah yang dibelinya tadi ke atas meja.Rykal terus meninggalkan wad itu dan pergi ke wad Kawannya itu.

Ketika dia tiba di wad kawannya, dia melihat kawannya itu sudah terbangun.Rykal bersyukur melihat kawannya itu sudah sedar dan dia terus bertanya "kau ok tak?". tanya Rykal. "aku rasa kalau aku ok, aku takkan ada dekat sini". jawab Putra.Mendengar hal itu,mereka terus tertawa. "Dah dah jangan gelak sangat kau punya luka tu tak sembuh lagi".Pesan Rykal."aku tahulah". Jawab Putra.Di samping itu, terdapat seorang lelaki yang berbaju hitam yang memakai pelitup muka memasuki wad datuk Rykal.Rykal yang mula rasa tidak sedap hati mula meminta diri untuk pergi ke wad datuknya. Rykal berlari pergi ke wad datuknya dengan perasaan yang cemas seperti akan ada sesuatu yang akan terjadi pada datuknya.

Setibanya dia di wad datuknya, dia melihat orang itu sedang menyuntik sesuatu ke badan datuknya itu.Melihat hal itu Rykal terus menumbuk wajah lelaki tersebut.Tiba tiba dia melihat mulut datuknya mengeluarkan buih. Dia terus menjerit memanggil doktor untuk melihat keadaan datuknya itu.Melihat kesempatan itu, lelaki misteri itu melarikan diri agar dirinya tidak ditangkap.Selepas doktor melihat keadaan datuknya, doktor memberitahu bahawa datuknya sudah tidak dapat diselamatkan lagi.Mendengar hal itu, Rykal terus terduduk dan menjerit sekuat hati kemudian menangis teresak-esak.

Doktor mencuba untuk menenangkan Rykal yang sedang menangis teresak-esak itu dan menyuruhnya agar banyakkan bersabar.Rykal menghubungi ibunya dan memberitahu bahawa datuknya sudah meninggal dunia. Ibunya yang mendengar hal itu terus menangis seperti tidak percaya tentang apa yang didengarnya.Tiba-tiba,Rykal teringat bahawa sebelumnya, encik Hamid ada di wad datuknya itu, tetapi sekarang dia langsung tidak melihat kelibat encik Hamid yang membuatnya curiga dengannya.

BERSAMBUNG.....