webnovel

Bab 1. PENGENALAN

Rykal berusia 14 tahun. Dia merupakan seorang yang ceria dan bijak dalam pelajaran. Rykal juga mempunyai ibu yang bernama zia manakala ayahnya bernama Ikmal. Mereka bertiga hidup senang kerana ayahnya Rykal bekerja sebagai pilot.

Pada suatu hari, encik Ikmal dibuang kerja akibat bossnya yang sudah tidak mampu lagi membayar gaji pekerjanya. Hal itu membuatkan encik Ikmal sedikit bimbang memikirkan bagaimana untuk menyara keperluan keluarganya memandangkan dia sudah tidak lagi bekerja.

Encik Ikmal berusaha untuk mendapatkan kerja kosong namun semuanya gagal. Selepas seminggu encik ikmal gagal untuk mendapatkan kerja kosong, akhirnya dirinya berasa sangat tertekan akan masalah yang dihadapinya itu. Melihat suaminya yang sedang tertekan itu, puan zia mencuba untuk memberi semngt kepada encik Ikmal.

Puan zia mencadangkan suaminya untuk mencari kerja kosong di kampung halamannya sahaja namun cadangan itu ditolak oleh encik ikmal. Encik Ikmal memang sudah lama tidak pulang ke kampung halamannya akibat perselisihan faham dengan ayahnya(datuk Rykal) tahun lalu.

Isterinya mencuba memujuk encik Ikmal supaya melupakan pekara yang sudah berlalu kerana mungkin ayahnya(datuk Rykal) sudah lama memaafkannya dan sedang merinduinya. Encik Ikmal akhirnya bersetuju dengan cadangan isterinya itu lalu mereka sekeluarga bekemas untuk pulang ke kampung halamannya.

Rykal sungguh teruja kerana dia sudah lama tidak berjumpa dengan datuknya akibat perselisihan faham ayahnya dan datuk.

BERSAMBUNG.....

terima kasih kerana sudi membacaa

MATEIXS2creators' thoughts