webnovel

Hentikan!!

Ning Yi Shuang menggunakan nama palsunya (Scarlet) demi tidak mengalami sebarang masalah besar ke hadapan, namun bagaimana pun ia tidak dapat mengelak apa yang terjadi di hadapannya,selain kisahnya terdapat kisah silam yang lain selain dirinya...

PyschoGirl2146 · Teenager
Zu wenig Bewertungen
22 Chs

Bertemu di klub *part 1*

Di klub malam lorong 7 belakang sekolah.

Erda yang sudah tiba hanya mampu memandang dari jauh.

"Mengapa harus disini"ditangannya menggenggam erat kotak kecil berwarna putih.

Sebuah tangan menyentuh bahunya.

"Ketua pengawas!?"tegur seseorang.Suara itu amat dikenalinya.

"Wei Yong!"dengan terkejut ia menyebut namanya.Pantas ia menutup mulut Erda.

"Shuut...aku datang sini senyap-senyap." Setelah itu ia pun melepaskan mulut Erda.

"Jadi ketua pengawas apa yang kau buat disini?"tanya Wei Yong semula.

Haruskah aku berterus terang.Aku rasa aku tak perlu nak melibatkan budak ini.Nanti jadi banyak pula isu khabar angin tak baik lagi tentang Ning Yi Shuang.

Wei Yong yang selalu popular dengan sikap disiplin yang sering datang ke sekolah lambat atau ponteng seharian waktu persekolahan tapi prestasi akademik ia selalu dapat markah cemerlang.Wei Yong merupakan anak yatim piatu,tiada saudara mara ahli keluarga dan lebih teruk ia berada di kelas AF yang membuatkan nasib tidak menyebelahinya.

"Jadi ini sebab kau lambat ke sekolah" pintas Erda.

"Mana ada!.Ketua pengawas jangan tukar topik."

Ning Yi Shuang yang baru tiba-tiba,terus mencari Erda dalam gumpulan orang-orang. Sewaktu mencari,ia sering ditolak kanan kiri sehingga dirinya dibawa ke lorong yang sering menjadi tempat pengincar wanita atau lelaki untuk berduaan.

Dari lorong itu Ning Yi Shuang dapat melihat ramai wanita dan lelaki yang sedang melakukannya disitu.Ning Yi tanpa sengaja sewaktu ia ingin balik kembali arah tadi melanggar seorang lelaki bertubuh tinggi.

Tanpa terduga Ning Yi Shuang jatuh ke tanah,ia memalukan ini kali pertama ia jatuh ke tanah selama ini.

"Hohoh anak muda,nampaknya tuhan telah memakbulkan permintaan aku pada malam ini"tanpa sedar,lelaki itu mengucap kata itu dihadapan Ning Yi Shuang.

Apa yang didoakan lelaki tua ini.

Dengan rambut putih,berperut buncit memandangnya seperti santapan yang enak.

Tanpa pinta lelaki itu pun memegang lengan Ning Yi Shuang secara kasar dan tanganya yang memegang mulai terbakar dengan api aneh.

"Agh"api itu hanya merebak sampai ke bahunya.Sementara sisa tangannya yang memegang lengan Ning Yi Shuang habis dibakar tanpa ada satu pun sisa yang tinggal atau pun melekat dibaju Ning Yi Shuang.

"Tangan kotor itu jangan ingat mampu menyentuhku."Setelah mengatakan itu Ning Yi Shuang hanya beredar meninggalkan lelaki itu.

Lelaki itu hanya mampu marah,namun ia tidak mampu bergerak dengan lengan sebelahnya hilang.

"Sialan!!.."

•>•

agh~~

"Ketua pengawas,bunyi apa tadi tu?"tanya Wei Yong kepada Erda.

"Mengapa kau disini lagi?"tanya Erda yang penat melayan kerenah Wei Yong dari sejak mereka bertemu.

•>•~~

Ning Yi Shuang tidak ingin membuat masalah dengan orang yang tidak bersalah dengannya tapi kali ini ia perlu pass kerana ia dapat merasakan kekuatan yang kuat semakin mendekati lokasinya.

Siapa yang memiliki kekuatan yang lebih kuat dariku.

Setelah lolos dari lorong itu,Ning Yi Shuang melihat Erda berbual mesra dengan seorang lelaki.

Sewaktu Ning Yi Shuang ingin mendekati tiba-tiba sahaja ia terlanggar seseorang tanpa sengaja.Kali kedua ia melanggar orang.

"Maaf"sewaktu Ning Yi Shuang berkata demikian wajah lelaki yang dilanggarnya menatapnya dengan wajah sedih dan sayu.

Kerana orang itu tidak berkata apa-apa,Ning Yi Shuang pun meninggalkannya tanpa memandangnya walaupun sekilas.

Mengapa aku berasa tak selesa waktu bertemu mata dengan lelaki tadi.

Setelah itu dia pun mempercepatkan pergerakannya kearah Erda.

°>°~~

Fikiran lelaki itu.

Wanita sebentar tadi terlihat seiras dengannya namun dia tak mungkin semurah itu ditempat rendahan seperti di tempat ini.

Amaran;Dia berfikir Ning Yi Shuang sebagai wanita pelacur kerana ia tiba-tiba muncul dari arah lorong sebentar tadi.

•>•~~

Ning Yi Shuang yang baru tiba dengan tergesa melanggar Wei Yong.Wei Yong terkejut lalu memarahinya.

"Siapa yang melanggariku",saat mata mereka bertemu matanya tidak dapat mengelak dari melihat kecantikan wajah Ning Yi Shuang.

"Oh,adik Ning sudah tiba"sapa Erda ramah. Erda kemudian mengempis tubuh Wei Yong ke tepi dan bertemu dengan Ning Yi Shuang.

"Bawa 'benda tu'?"soal Ning Yi Shuang tanpa berlengah.Erda mengangguk dan menunjukkan kotak putih yang dipegangnya dengan erat sejak dari tadi.

Setelah meneliti kotak putih itu,Ning Yi Shuang pun membukanya dan terkejut dengan didalam dalam kotak itu terdapat permata putih yang diseliputi asap hitam.

Mutiara Bayu,atau tangisan bayi sumpahan. Ia merupakan barang dari dunia kegelapan. Walaupun bukan barang antik tapi ia merupakan barang yang bukan dari dunia alam ini.

Ini satu kesalahan jenayah.

Kalau barang sebegini boleh dibawa didunia ini bermaksud,Celina pasti sudah menjadi mangsa mereka kerana barang sebegini bagi manusia nilai harga dipasar gelap amat tinggi sehingga mencapai beratus ribuan untuk satu barang ini.

Tapi kenapa Celina boleh ada barang seperti ini.Pasti ada yang cuba kacau hidup manusia.

Lagipun aneh,kenapa Celina hanya target Ning Yi Shuang dan tidak orang lain.

Ning Yi Shuang mengesyaki semua ini dirancang oleh ayahnya sendiri.

Ning Yi Shuang memegang permata itu dan menyerap kekuatan yang ada pada permata itu,dan meletakkannya kembali.

"Selesai,nah ambil balik benda ini"Ning Yi Shuang menghulurkan kotak itu pada Erda.

Erda tidak menyangka Ning Yi Shuang cuma ingin melihat permata itu dan tidak melakukan apa-apa.

Dia ingat Ning Yi Shuang akan mengambil permata itu untuk koleksi atau sebagainya.

Kerana hobi seperti itu sudah menjadi trending baru-baru ini.

"Aku ingat kau menginginkannya"Erda pun menerima kembali kotak itu.

"Jadi bila lelaki itu pergi dari sini,ia menyakitkan mata!"jujur Ning Yi Shuang.

Ah!Dia mengatakan aku menyakitkan matanya.Ini kali pertama seseorang berkata sebegitu padanya ditambah lagi seorang perempuan,gumam dihati Wei Yong.

"Ah...hahah"Erda tidak mampu berkata apa-apa.Ditambah dengan kata-kata kasar dari seorang perempuan lebih mengejutkan dirinya.

Ning Yi Shuang memang seorang perempuan yang personaliti tidak jelas.Tidak serupa dengan perempuan yang lain,di sekolah ia berpura-pura lemah,di luar ia menjadi disebaliknya dan lebih lagi cantik sayangnya ia tunang orang.

"Oh ya,ini ada sejumlah wang dari atuk saya dan beberapa hadiah kecil yang lain.Aku berharap kamu menerimanya."

"Aku tidak memerlukannya!"kata-kata itu sudah memberi amaran pada Erda untuk melupakan hadiah kecil dan wang itu.

Ning Yi Shuang tahu hadiah kecil itu adalah beberapa peratus saham perusahaan terbesar mereka di kota X dan kota Y.

Kota kedua yang terbesar dan terkuat.

"Cewek cantik,nama kamu apa?"tanya seorang lelaki gemuk yang tiba-tiba muncul.

"Kamu mahu duit banyak,saya ada banyak dirumah,marilah ikut saya"lelaki tua itu cuba untuk menarik tangan Ning Yi Shuang tetapi baru sahaja ia ingin menyentuh tangannya terasa ia memegang api.

Ah...

Mengapa tiba-tiba panas seperti api memarak.

"Ning Yi Shuang ketepi,biar saya uruskan orang tua ini~"bisik Erda.

"...".Ning Yi Shuang pun berganjak dari situ dan menyorok dibelakang Erda.Meletakkan tangannya dibelakang Erda dan menyerap tenaga gelap dari Erda.

Ternyata ia hidup di tubuh Erda.

"Siapa kamu?"Ia tidak tahu siapa yang ia hadapi sekarang ini.

"Nampaknya kamu sudah rabun pak cik?Mari saya bantu bawa pak cik ketempat lain lagipun tempat ini terlalu bercahaya ia tidak baik untuk kesihatan mata pak cik" Erda cuba untuk menjauhkan pak cik itu dengan alasan ia sudah silap melihat Ning Yi Shuang kerana cahaya disebabkan ia sedang berkhayal.

Erda perasan lelaki tua ini minum minuman keras dengan sangat banyak.Disebakan itu mereka mudah untuk berkhayal dan hilang kesedaran diri.