''Saya tak percayakan awak...''
Aarav agak terkejut setelah mendengar jawapan jujur dari Kirania.
''Tapi...'' Kirania melanjutkan. ''Saya juga tak percayakan Kevin.''
Aarav tertawa kecil. ''Jadi, apa yang awak nak buat sekarang?''.
Kirania memeluk tubuh dan menunduk. ''Awak rasa saya ada pilihan lain ke?... Saya takde rumah atau sesiapa untuk diharapkan dan sekarang saya berada didalam rumah awak, lelaki paling bahaya yang pernah saya jumpa.''
''Jadi maksud awak awak takde pilihan lain selain percayakan saya?.''
''Tak, saya memang takde pilihan lain tapi saya tetap tak percayakan awak.'' Jawab Kirania tegas. Mata Aarav membesar, dia nampak Kirania sedang bergelut dengan dirinya sendiri dan melihat sikap degil tak mahu kalah gadis itu benar-benar membuatnya teruja.
Aarav menarik lengan Kirania lembut kearahnya dan membiarkan gadis itu duduk disampingnya. ''Mungkin awak betul, awak tak patut percayakan saya ataupun lelaki tak guna tu... Tapi, awak boleh gunakan saya...''
Kening Kirania berkerut tak mengerti. Aarav suka melihat ekspresi keliru Kirania yang menurutnya sangat menarik, mata bulat itu terlihat seperti manik indah dan sedang melihat kedalam dirinya. Sangat mengagumkan, dia sangat sukakan pandangan itu. Perlahan Aarav mencuba membelai rambut Kirania yang panjang dan menyelip helai rambut tersebut dibelakang telinga gadis itu supaya wajahnya terlihat jelas. Kirania agak gugup tapi dia tidak berdalih apabila menyenangi perbuatan lelaki itu. Mungkin aku betul-betul sudah menjadi gila kerana tetap merasa senang didalam situasi seperti ini, fikirnya.
Senyuman Aarav semakin lebar sambil jarinya turun kebibir gadis dihadapannya itu. ''Mungkin Kevin tak menipu...''
''...? Apa maksud awak?...'' Kirania melihat kearah Aarav dengan pandangan ingin tahu yang teramat.
''Mungkin saya memang tahu dimana ayah awak sekarang.''
Kirania tampak teruja dan spontan berdiri. ''Ja... Jadi...''
''Tapi, saya tak rasa saya nak bagitahu awak...'' Ujar Aarav jujur.
Sekali lagi wajah Kirania berubah dan keningnya semakin berkerut. ''Kenapa pula?! Awak dah janji...''
Aarav memiringkan kepalanya dan melihat kearah Kirania penuh muslihat. Iya, lelaki itu sangat suka melihat gadis itu bergelut seorang diri. Sadis memang tapi dia langsung tidak memberatkan kepalanya untuk berfikir tentang apa saja yang berkaitan dengan apa yang dimaksudkan dengan 'keperimanusiaan'. Setahunya, dia langsung tidak menemukan perkataan asing itu didalam hidupnya. Sejak kecil, Aarav diajar cara untuk hidup dengan sistem yang sangat mudah.
'Jangan percayakan sesiapa, jangan tunduk kepada sesiapa... Yang kuat akan terus hidup dan yang lemah akan mati...'
Untuk itu, dia harus sentiasa menjadi yang terkuat dan tidak pernah tunduk atau mempercayai sesiapa. Kirania menggepal tangannya menjadi tumbukan kerana dia hendak menahan amarahnya untuk keluar. Menatap wajah Aarav yang seakan sedang memperoloknya terlihat sangat sesuai menjadi guni pasir untuk dia melampiaskan kemarahannya. ''Kenapa awak berubah fikiran? awak takut saya akan melarikan diri dan tak membayar hutang awak?''
Aarav manggut-manggut dan mengangkat kedua bahunya seperti tak kisah. ''Entahlah, saya pun tak rasa kalau saya boleh... mempercayai awak'' Kata-kata lelaki itu seakan menyindirnya dan Kirania langsung membuang wajahnya daripada terus menatap wajah Aarav sambil menghela nafas perlahan.
''Tapi, saya mungkin akan bagitahu awak kalau... Awak tidur dengan saya?...'' Senyuman licik itu lagi, Kirania langsung tidak terkejut dengan syarat itu kerana dia sudah pun tahu lelaki seperti apa dia dan ada sesuatu membuat hatinya sakit, kenapa? adakah kerana dia baru sahaja berasa kalau Aarav adalah lelaki yang baik? tapi nyatanya mengecewakan?. Kirania tidak tahu lagi. Dia melihat kearah lelaki itu, Aarav masih menunggu jawapan darinya dengan senyum jahil yang tidak hilang dari wajahnya.
''Boleh juga...'' Kali ini Kirania menjawab santai membuat kedua mata Aarav membesar kerana teruja juga tidak menyangka akan mendapat jawapan yang sangat mudah dari gadis lugu yang sangat sukar didekatinya sebelum ini. Kirania mendekati Aarav dan duduk diatas riba lelaki itu sambil menyarung tangannya dileher Aarav dan mencuba untuk mengucup lelaki itu tapi Aarav terlebih dulu mengelak dan terseyum sinis. ''Saya tak terlalu suka dengan permainan ciuman, awak jangan fikir saya akan melayan awak dengan mesra seperti layaknya kekasih. Kalau awak mahukan sesuatu, awak perlu berusaha untuk mendapatkannya betul tak?''
Kirania terdiam.
Aarav mendekat dan berbisik ditelingan Kirania. ''Awak patut buat saya teruja demi maklumat yang awak perlukan.''
Walaupun kaku, tapi Kirania mencuba sebaik mungkin untuk menggoda lelaki itu menaikkan berahinya dengan meraba dada bidang itu dan mengucup anak tekaknya sambil perlahan-lahan menjatuhkan tubuh Aarav keatas katil, dia hanya menikmati dan tertawa kecil. Tak sedar, hampir kesemua butang bajunya dibuka dan Aarav hanya membiarkan apa sahaja yang dilakukan Kirania keatasnya tapi, Kirania bukanlah gadis murahan yang akan tunduk sepenuhnya menuruti keinginan lelaki seperti Aarav. Dia menyedari pisau lipat yang terletak dipinggang Aarav dan dengan pantas dia menarik pisau tersebut lalu mengacu kearah leher Aarav yang terbaring dibawahnya.
''Nampaknya meja kita dah bertukar sekarang. Awak sepatutnya merayu saya supaya membiarkan awak terus hidup sekarang.'' Ancam Kirania tapi nampaknya Aarav langsung tidak merasa terancam sebaliknya, dia tertawa.
''Haih... Saya tak sepatutnya membiarkan anak serigala naik keatas saya, apa patut saya buat sekarang?.'' Aarav memainkan nada suaranya seakan dia sangat ketakutan untuk mengejek dan memperolok ancaman Kirania. Kirania hampir hilang sabar dan menekan pisau itu semakin dalam sehingga menghiris kulit leher Aarav dan darah segar pun mengalir. ''Awak ingat saya main-main?! Saya boleh membunuh awak sekarang.''
Setelah puas tertawa, Aarav pun menatap tajam kearah Kirania dan tangan kerdil yang tadinya memegang pisau dengan tangkap kini mula menggeletar. Sememangnya tatapan itu selalu melemahkan Kirania. ''Kalau macam tu, apa awak tunggu lagi? cepatlah benamkan pisau tu kedalam leher saya.'' Ujar Aarav dingin.
Kirania terdiam kaku.
''Kenapa? tak berani? kalau macam tu cepat alihkan pisau ni sekarang dan saya akan maafkan awak.''
''Tidak!!'' Kirania mencelah dan mengetatkan genggamannya pada pemegang pisau. ''Saya tak takut untuk bunuh awak... cuma bagitahu saya dimana ayah saya sekarang.''
Aarav hanya menghela nafas panjang dan dengan tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi membuat fokus Kirania terganggu lalu dengan pantas dia menolak tubuh gadis itu kebawahnya dan merampas pisau itu dari tangannya. ''Jangan bermain dengan benda tajam kalau awak tak nak terluka.'' Ujar Aarav santai sebelum beralih dari atas Kirania dan berjalan kearah baju kotnya yang tercampak kelantai untuk mendapatkan telefon bimbit. Kirania terdiam dan air matanya menetes, sekali lagi dia tak berani untuk melakukannya. Matanya merayau kearah langit-langit bilik Aarav dan sesekali samar dengan air mata, dia memejamkan mata dan pelupuk matanya terasa pedih dan panas.
Aarav duduk disamping Kirania dan masih bercakap ditalian. Kirania tidak mengelak dan dia terkejut apabila Aarav mengusap kepalanya lembut seolah sedang memujuknya, dia benci apabila lelaki itu mencuba berbaik dengannya seperti itu dan setelah itu kembali menjadi lelaki yang tiada hati perut. Air matanya tidak tertahan dan dia terus menangis. Setelah menamatkan panggilannya, Aarav melihat kearah Kirania yang sedang menutup matanya dengan lengan supaya matanya yang memerah hebat tidak terlihat.
''Dia tiada disini...'' Tiba-tiba Aarav membuka bicara. Kirania mengangkat lengannya dan melihat kearah Aarav. ''Lian baru sahaja menelfon dan memberitahu kalau ayah awak sudah pun berlepas keparis pagi tadi...''
Mata Kirania membesar, dia pantas bangun dan mengesat matanya. ''?... Paris?! Kenapa ayah...''
''Saya sudah mendapat tahu keberadaannya tapi tidak bermaksud saya sedang menahannya. Dia sedang mencuba melarikan diri.''
''Melarikan diri? dari siapa?...''
Aarav hanya diam. Dia bingkas bangun dan langsung tidak menjawab pertanyaan Kirania. ''Cepat tidur. Berjaga boleh buat kulit awak cepat menua.'' Ujarnya ringkas seraya mengusap kepala Kirania lembut.
Awal pagi lagi, Kirania turun dari tingkat atas kebawah hanya untuk mencari keberadaan Aarav tapi nampaknya lelaki itu sudah terlebih dulu keluar. Lian datang menghampiri Kirania. ''Apa yang saya boleh bantu?''
Sambil mata masih melilau kesana sini, Kirania bertanya. ''Adakah Aarav sudah keluar?''.
Tidak perlu Lian menjawab, Aarav sendiri yang muncul dibelakangnya sudah menjawab sendiri pertanyaan Kirania. ''Kenapa awak sibuk mencari saya awal pagi macam ni?'' Tanya Aarav dengan nada acuh tak acuh sambil menguap juga dengan suara dalam yang kedengaran yah... Terdengar agak seksi juga mungkin kerana dia baru sahaja bangun tidur dan dia juga seorang perokok sudah tentu suaranya akan menjadi serak seperti itu.
Kirania yang sudah pun siap dengan penampilannya yang terlihat simple tapi juga bermotifkan santai dan agak klasik itu berdiri dihadapan Aarav sambil menunduk seperti anak kecil hendak meminta ayahnya menaikkan uang saku. ''Boleh tak... Awak bawa saya keparis?''
Aarav menaikkan keningnya kerana agak tertarik dengan penampilan juga sikap agak manja Kirania walaupun jelas kalau sikap itu dibuat-buat tapi siapa kisah? Aarav menyukainya. Dia sempat diam seketika mengamati Kirania yang masih berusaha sekuat mungkin untuk terlihat comel walaupun sebenarnya dia memang terlihat comel dimata Aarav walaupun tanpa dia membuat wajah seperti itu. Lian hanya menunggu jawapan dari majikannya sebelum mengurus penerbangan pada hari itu dan kerana dia adalah antara pengurus Aarav yang paling lama berkhidmat dengannya, lelaki berdarah asia itu sudah boleh mengagak apakah jawapan Aarav.
Aarav tersenyum miring lalu memetik anak jarinya. ''Lian...''
''Iya, tuan.'' Jawab Lian patuh.
''Siapkan tiket penerbangan keparis. Saya rasa saya dah lama tak pergi bercuti.''
''Baik tuan.'' Lian pun berlalu dan Aarav sudah berpuas hati hanya dengan melihat ekspresi riang yang ditunjukkan Kirania dihadapannya sekarang.
Petang itu, Aarav dan Kirania berjalan kelapangan terbang sambil diiringi belasan anak buah Aarav dibelakang mereka membuat Kirania sebisanya mencuba menutup mukanya yang merasa teramat malu. Ada apa dengan lelaki ini? dia bukannya putra raja kenapa hendak dihantar oleh seberapa ramai pengawal yang ada?.. Rengus Kirania didalam hati.
Semua mata yang memandang takkan henti-henti dari melihat wajah tampan Aarav sebaik dia menanggalkan kacamata hitamnya dan menarik tangan Kirania untuk masuk bersamanya meninggalkan barisan anak buah yang menunduk hormat kepadanya. Hanya Lian yang ikut bersama untuk memudahkan Aarav menguruskan apa sahaja keperluannya seperti hotel dan tempat makan yang sesuai dengan seleranya. Dan mereka pun berlepas.