webnovel

Girls Of Leaders

Mengisahkan 8 pelajar perempuan dari sekolah Hyper High School iaitu Fiza, Dee, Nad, Fiee, Sya, Yuni, Eqah dan Reen. Mereka sangat di kenali sebagai 'Devil's Roses' oleh disebabkan kenakalan dan sikap dingin mereka yang membuatkan pelajar lain merasa gerun terhadap mereka. 8 pengawas lelaki yang merupakan pelajar baru sekolah Hyper High School iaitu Mirul, Rie, Raif, Ziq, Ash, Aril, Ewan dan Rayn. Mereka di kenali sebagai 'Dark's Knight' dan mereka ditugaskan untuk mengawasi 'Devil's Roses' atas perintah pengetua sekolah. Takde siapa tahu yang 'Devil's Roses' adalah sepupu dan cucu kepada pengetua Hyper High School, Tengku Amiruddin. Devil's Roses sendiri yang meminta atuknya untuk merahsiakan identiti sebenar mereka dari pengetahuan orang ramai. "Beb..aku dengar ada pelajar baru masuk kat kelas kita ni" - Eqah "Aku dah tau dah..atuk bagi tau semalam" - Fiza "Habis tu apa kita nak buat dekat pelajar baru tu?" - Fiee "Macam biasa lh" - Fiza&Dee Ahli Devil's Roses yang lain hanya tersenyum sinis. "Hoii!! Apa korang dah buat ni ahh?!" - Mirul "Korang ingat ni sekolah atuk korang ke?!" - Ewan "korang ni mema....." - Ash P/S: kalau nak tahu lebih lanjut cerita ni dipersilakan baca..okey?

_DarksChoo · Teenager
Zu wenig Bewertungen
31 Chs

Bab 26

Sesampai saja dekat depan kelas, Aisyah rasa ragu2 sama ada nak masuk terus atau ketuk pintu ni dulu.

"Nak sergah masuk terus ke atau ketuk dulu ehh?" omel Aisyah seorang diri.

"Sergah ke ketuk?"

"Ketuk ke sergah?"

"Hishhh..ketuk jelah" putus Aisyah.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk!" sahut Miss Suzy.

Aisyah segera menolak pintu kelas tersebut dengan rasa berdebar2 bila mana dia mendengar sahutan dari dalam.

"Budak baru?" soal Miss Suzy.

Aisyah hanya mengganggukkan kepalanya sambil memandang name tag cikgu tu.

'Cikgu Suzilah'

"Sekarang ni dah masuk waktu belajarkan? Kenapa lewat masuk kelas saya? Tak tahu waktu rehat dah lama habis ke?" soal Miss Suzy bertubi2 sambil mencekak pinggangnya.

Semua mata yang ada di dalam kelas memandang ke arahnya termasuk lah Dark's Knight, Devil's Roses dan Diva Girls.

"Saya minta maaf cikg.."

"Call me Miss Suzy..not cikgu, takde taste langsung" potong Miss Suzy cepat.

"Errkk..saya minta maaf Miss Suzy, saya pergi tandas kejap tadi" jawab Aisyah sambil menggaru kepalanya tanda segan.

"Okey..memandangkan hari ni hari pertama kamu masuk sekolah ni, jadi saya maafkan kamu. Dah pergi duduk sana" arah Miss Suzy.

Aku cepat2 pergi tempat duduk aku kat sebelah Ainur.

'Nasib tak kena denda' kata Aisyah lega.

"Awak pergi mana tadi? Kata pergi tandas je tapi takkan lah lama sangat?" bisik Ainur disebelah aku.

"Erkk..aku sakit perut sangat tadi" tipu Aisyah.

"Ohh..patutlah"

"Hehehe..dah lah. Pergi buat kerja sana nanti Miss nampak pulak" kata Aisyah.

"Okey"

Selang beberapa minit kedengaran pintu kelas di ketuk buat kedua kalinya. Kali ni Miss Suzy tidak menyahut apa2 pun sebaliknya dia pergi untuk membuka pintu kelas tersebut untuk melihat siapakah gerangan yang sedang mengetuk pintu itu.

"Hah?! Yang kamu berdua lewat masuk kelas saya ni dah kenapa?! Sekarang ni dah pukul berapa? Dah tak reti nak tengok jam?!" jerit Miss Suzy kepada 2 pelajar perempuan yang berada di muka pintu itu.

"Hisshh..Miss ni bisinglah, memekak je kerja dia. Hari2 dengar Miss jerit macam ni memang sah pekaklah telinga kitorang ni" marah Fiza sambil menggosok telinganya. Bingit.

"Hah! Menjawab!"

"Dah ada mulut, jawab jelah" sahut Fiza lagi saja nak bagi panas keadaan.

"Pandai menjawabkan? Sekarang ni jawab soalan saya, kamu ni dari mana?" soal Miss Suzy kepada Fiza.

"Entah.." jawab Fiza selamba dan terus masuk ke dalam kelas tanpa menghiraukan Miss Suzy yang sedang menahan marah di depan pintu.

"Sabar..sabar.." kata Miss Suzy sambil menarik nafas dalam2 dan lepaskan perlahan2.

"Hah! Yang kamu pulak dari mana?" soal Miss Suzy kepada Wani.

Wani yang malas hendak menjawab soalan dari Miss Suzy terus membuka langkah ingin masuk ke dalam kelas tapi langkahnya terhenti bila dihalang oleh Miss Suzy.

"Jawab pertanyaan saya atau kamu nak saya denda?" ugut Miss Suzy.

"Hisshh..apa ni Miss? Minah tu boleh pulak masuk kenapa saya tak boleh masuk pulak? Siap kena ugut lagi dengan Miss..tak adil lah!" bentak Wani geram.

"Woii..aku dengar apa yang kau cakap tu, dasar maklampir!" jerit Fiza dari dalam kelas.

"Kau!"

"Diam!" jerit Miss Suzy.

"Bagus. Kamu nak jawab atau nak kena denda?"

"Hishh..yelah2. Saya pergi tandas tadi" jawab Wani dan terus menolak Miss Suzy ke tepi. Panas.

"Okey hari ni saya maafkan kamu bertiga, tapi hari lain, siaplah kamu kena denda dengan saya" kata Miss Suzy sambil memandang Aisyah, Fiza dan Wani.

"Yelah" sahut Fiza dan Wani serentak manakala Aisya hanya mengganggukkan kepalanya.

"Okey kita sambung balik kelas kita hari ni"

Waktu balik..

"Aisyah, awak balik dengan apa?" Tanya Ainur.

"Ermm..saya balik dengan papa saya. Awak pulak?" kata Aisyah.

"Samalah"

"Ohh..okey"

"Ehh..tu ayah saya dah sampai, saya balik dulu ye Aisyah. Jumpa esok, bye" kata Ainur sebelum masuk ke dalam kereta ayahnya.

"Hurmm..nampaknya tinggal aku sorang jelah yang tunggu kat sini. Bosannyaa" rungut Aisyah seorang diri.

Dalam masa dia menunggu papanya untuk ambik dia dari sekolah, Aisyah mengeluarkan phonenya dari poket. Tiba2 phone dia berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

Ting! Ting! Ting!

Someone

Hoii

Petang ni jumpa aku

Jumpa kat tempat biasa

Waalaikumsalam

Okey

Roger that

Erkk..

Assalamualaikum

😂

Selesai membalas mesej orang tersebut, pada masa yang sama sebuah kereta berhenti mewah berhenti tepat didepannya. Aisyah segera masuk ke dalam kereta itu selepas memastikan bahawa kereta itu milik papanya.

"Sorry papa lambat, ada kerja sikit tadi" kata Tuan Syed kepada anak gadisnya.

"Takpe papa, janji papa tak lupa jemput Echaa dari sekolah" kata Aisyah sambil memberi senyuman ke arah papanya.

Suasana di dalam kereta sunyi sepi. Hanya bunyi dari radio saja yang berkumandang bagi memecahkan kesunyiaan di dalam kereta itu sebelum Aisyah mula membuka mulutnya.

"Ermm..paa" panggil Aisyah.

"Ye sayang? Ada apa?" soal Tuan Syed sambil memandang sekilas ke arah anaknya.

"Petang ni Echaa nak keluar boleh?"

"Petang ni? Boleh..tapi dengan siapa?"

"Echaa nak keluar dengan kawan lama Echaa" kata Aisyah.

"Kawan Echaa yang mana ni?" soal Tuan Syed hairan.

Yelah, kan diorang baru je pindah kat sini balik. Aisyah pulak baru je masuk sekolah hari ni, mestilah dia tertanya2 kawan yang mana sebab seingat dia Aisyah takde kawan kat sini.

"Alaa..kawan lama Echaa lah papa. Tak akan lah papa tak ingat? Dia sorang je kawan yang Echaa ada kat sini sebelum kita pindah pergi kat melaka dulu" kata Aisyah bagi mengingatkan papanya.

Tuan Syed ligat memikirkan siapa yang dimaksudkan oleh anaknya itu.

"Ohh, baru papa ingat. Budak yang selalu teman kamu pergi taman dulu2 tu kan?" kata papanya bila dia sudah mengingati siapa yang anaknya maksudkan.

"Yes! Ingat pun papa" kata Aisyah sambil bertepuk tangan.

"Mestilah papa ingat dia, kalau takde dia..anak papa ni tak akan ada depan papa dah" kata Tuan Syed sayu.

"Alaa papa..tu cerita lamalah, sekarang ni Echaa masih ada depan papakan?" pujuk Aisyah.

"Ye..papa tau" kata Tuan Syed sambil tersenyum bagi menghilangkan rasa sedihnya tadi.

"Ehh..sekarang ni dia apa khabar? Mesti dia tumbuh besar dengan cantikkan? Macam anak papa ni" kata Tuan Syed sambil mengusik hujung hidung anaknya.

"Alhamdulillah, dia sehat je paa and ofcourse lah dia cantik macam anak papa ni" sengih Aisyah.

"Okeylah dah sampai dah ni. Papa kena gerak balik ke pejabat, ada kerja belum settle lagi. Ni nak keluar petang nantikan? Elok2 pergi petang karang. Suruh Pak Mat hantar Echaa pergi sana ye. Dengar tak apa papa cakap ni?" pesan Tuan Syed sebelum Aisyah keluar dari kereta.

"Ye papa..Echaa dengar" kata Aisyah sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan papanya.

"Okey..bye paa, hati2" kata Aisyah sambil melambai papanya hingga hilang kelibat kereta papanya.

TBC..