Kringggg! Kringggg! Kringggg!
"Weii korang? Korang dengar tak bunyi loceng tu?" Soal Sya kepada Devil's Roses.
"Dengar" kata Devil's Roses serentak dan menyambung kembali aktiviti mereka yang tergendala sebentar tadi disebabkan soalan dari Sya. Aktiviti apa lagi kalau bukan tengok drama korea dan tidur.
Sya berdiam sekejap seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Apa masalahnya dengan bunyi loceng tu dengan kita?" Soal Yuni setelah lama Sya berdiam diri.
"Takde pape masalah pun tapi kan..." Sya memberhentikan bicaranya seperti baru terfikir akan sesuatu.
"Weii!! Sekarang ni dah pukul berapa?!!" Jerit Sya secara mengejut menyebabkan yang lain turut terkejut mendengar jeritannya.
"Asal lah kau ni jerit2 huh? Dah kena sawan ke apa kau ni? Sekarang ni baru je pukul 10:03..relak lh" kata Reen tenang.
"Wait, WHAT?!!! Asal kita langsung tak sedar yang sekarang ni dah waktu rehat? Ni mesti kena bebel dengan atok dengan Dark's Knigjt ni" kata Eqah sambil mengusutkan sedikit rambutnya.
"Pasal Dark's Knight tu kita tolak tepi dulu..yang kita harus pikir sekarang ni ialah..alasan apa yang kita kena bagi dekat atok?" Kata Nad sambil pandang satu persatu wajah sepupunya dan dia baru tersedar sorang sepupu dia takde kat situ.
"Ya Allah!! Budak sorang tu masih tidur lagi rupanya ingatkan dah bangun dengar jeritan tarzan Eqah tadi..Dee cuba kau pergi bangunkan Fiza tu" Kata Nad sambil menepuk dahinya.
Yang lain pula hanya menggelengkan kepala tengok ketua@sepupu mereka tu masih elok baring dekat atas katil macam takde pape terjadi.
"Fiza..Bangun Fiza" kata Dee sambil menggoyangkan tubuh badan Fiza perlahan tapi Fiza masih tetap macam tadi.
"Weii..bangun lah" kejut Dee lagi tapi masih sama.
"FIZA..BANGUNLAH BABI!!" Kejut Dee dengan menggoyangkan tubuh Fiza kuat tapi Fiza ni masih liat nak bangun.
"Ohh..kau tak nak bangun ehh? Okey takpe..kau yang nak aku buat cam ni kn? So kau ready je lah" gumam Dee dengan sinis sambil melangkah mendekati bilik air.
Dee pun kembali melangkah mendekati Fiza yang masih berbaring di atas katil sambil membawa satu gayung yang berisi air.
Sempat dia memberi isyarat kepada sepupunya yang lain supaya mereka senyap. Mereka semua memberi senyum yang penuh makna.
Dee dengan senyuman sinisnya yang terukir di bibir terus menyimbah air tersebut dekat Fiza tanpa ada rasa serba salah langsung.
"Maaa!! Hujan maa!!" Jerit Fiza secara mengejut.
Ahli Devil's Roses dah ketawa berguling2 dekat atas lantai dengan reaksi terkejut yang diberikan oleh Fiza tadi. Tulah siapa suruh liat sangat nak bangun, kan dah mandi percuma.
"HAHAHAHAHAH..lawak lh kau ni Fiza dengan muka kau yang macam beruk terkejut tadi tu" kata Eqah sambil mengelap sisa air mata sebab terlebih gelak tadi.
"Korang semua memang nak kenakan dengan aku kan?!!..takpe2 nnti korang ehh" ujar Fiza naik angin sambil memberi jelingan maut kepada semua sepupunya. Terdiam semua bila tengok amukan Fiza tu.
'Adakah patut muka aku yang cantik lagi menawan ni disamakan dengan beruk. Kurang ajar sangat diorang ni' kata Fiza dalam hati.
Fiza hanya memerhati semua sepupu kesayangannya bergaduh kecil menyalahkan sesama sendiri. Tau pulak diorang ni nak salahkan diri masing2.
"Kau lh ni punya pasal"
"Asal aku pulak? Korang lh ni"
"Weii..kau lh"
"Aku pulak? Dia lh ngok"
"Hoii..apa aku pulak? Kau ahh..Aku takde kena mengena ehh"
"Mana ada..dia punya idea"
"Weii..aku tak sengajalah, dah dia liat sangat nak ban.."
"Kalau korang semua nak gaduh, teruskan je ehh. Aku takde mood nak layan korang" celah Fiza seraya memberhentikan pertelingkah kecil yang berlaku antara Devil's Roses yang lain. Mereka semua diam dan menundukkan kepala ke bawah.
Fiza melangkahkan kaki masuk ke dalam bilik air. Sempat juga dia ambil baju spare dalam begnya sebelum masuk tadi. Selesai je tukar pakaian, dia pun melangkah keluar dari bilik air. Tapi langkahnya terhenti bila kesemua sepupunya berdiri di hadapannya dan menghalang jalannya.
"Apa?" Soal Fiza dingin tanpa memandang mereka.
"Fizaaaaaa.." panggil Nad dengan suara meleret.
"kitorang semua minta maaf sebab kitorang simbah kau dengan air dan gelakkan kau tadi" pujuk Dee pulak.
Fiza hanya memandang mereka dengan wajah dingin plus kosong.
"Weii..sorry lah Fiza" kata Yuni cuba memujuk.
Fiza memandang ke arah lain bagi menyembunyikan senyumannya. Takut kantoi nanti bila dia senyum.
'Aku sebenarnya tak marah pun dengan diorang cuma aku saje je buat cam tu..nak tengok mcm mana lh diorang ni pujuk aku' bisik hati Fiza.
"Beb..hidup aku tak sempurna lah kalau kau tak tegur kitorang langsung macam sekarang ni" kata Fie sambil mengelap air matanya yang tak wujud tu. Drama lebih budak sekor ni.
"Yelah2..aku maafkan korang tapi korang mesti payung aku satu hari ni, okey?" Kata Fiza.
"Beres boss!!" Kata mereka serentak.
Fiza mengukir senyuman tengok gelagat sepupu2nya itu. Macam budak2 lh diorang semua ni.
"Hah!! Kan cantik senyum2 macam ni takde lah macam muka beruk sangat" kata Sya
Fiza meluku kuat kepala Sya sampai dia mengaduh kesakitan bila kepala diluku kuat oleh Fiza. Tulah siapa suruh cakap Fiza ni beruk lagi.
"Sorry2" kata Sya sambil tersengih2 macam kerang busuk.
"Dah2 lh tu dengan drama korang semua tu. Sekarang ni kita dan terlajak masa dekat sini. Lepas rehat kita masuk kelas okey?" Kata Reen yang dari tadi hanya memerhati.
"Okey!!" Kata mereka yang lain serentak.
"Sekarang ni jom kita pergi makan!!" Jerit Nad riang.
PAKKK!!
"Auch..siapa pukul kepala aku ni? Tak tau sakit ke huh?!" Kata Nad sambil menggosok kepalanya.
"Tulah kau..jerit tak ingat dunia, buatnya ada orang ke sini macam mana?" Soal Eqah
"Mana ada orang berani datang dekat kat kawasan belakang sekolah ni lh..kan semua pelajar cakap tempat ni seram nak mampus, takde makna nya diorang nak ke sini" bebel Dee panjang lebar.
"Jom lah pergi makan..aku dah lapar dah ni" ujar Fiza sambil menggosok perut kepisnya itu seraya menukar topik perbualan mereka.
Mereka pun melangkah keluar dari store belakang sekolah tu dan terus menuju ke kantin sekolah. Tapi sebelum tu sempat juga Fiee mengunci pintu store tersebut takut ada orang pecah masuk.
TBC..