webnovel

feelingless

Dia merupakan watak utama dalam hidupnya yang lalu, disebabkan itu nyawanya berakhir tanpa mengenali dunia yang ingin dijelajah. Dia diberi peluang untuk hidup kembali, dia meminta untuk dilahirkan di dunia yang berbeza dan tidak mahu bersinar seperti sebelum ,apabila terlahir semula beberapa perasaan miliknya tidak bersama dengannya. bagaimanakah kehidupan yang akan dilaluinya tanpa perasaan-perasaan di dunia baru itu (rekaan semata-mata)

NAFaS · Fantasie
Zu wenig Bewertungen
16 Chs

Bab 11

Hari pertama.

"Hmk!"Sar menutup mulut menggunakan kedua tangannya.

Garh melihat kehadapan tatkala membuka tapak tangan kirinya ke arah Sar yang berada di belakangnya.

Terlihat seakan-akan dua biji mata bercahaya yang berwarna merah mendekati dari kegelapan di depan mereka, Garh cuba menyinari kegelapan di depannya menggunakan obor yang dipegang pada tangan kanan, Sar pula mengeluarkan sebilah parang dari dalam begnya, sedia untuk mempertahankan diri. Mata yang berwarna merah itu semakin dekat, Garh terlihat dalam keadaan tenang, Sar pula menggigil ketakutan, tetapi benda yang di sangka-sangka sesuatu yang merbahaya itu sebenarnya adalah seekor arnab kecil yang berbulu putih.

"Haaah."Sar menghela nafas, terduduk  memegang lututnya meletakkan parang yang dipegang di tangan kanan ke atas tanah.

Garh mendekati arnab itu, dia menyucuk obornya di atas tanah selepas itu dia cuba menyentuhnya, mata arnab comel yang mempunyai bentuk bulat itu berubah menjadi segi empat tepat sebaik sahaja Garh menyentuhnya, dia terus menikam badan arnab itu menggunakan belati miliknya dengan menggunakan tangan kiri.

"Oi!, Kenapa kau buat macam tu"Sar terkejut dengan tindakan Garh itu.

Garh hanya mendiamkan diri. Selepas menarik belati yang menikam badan arnab itu, Garh memandang ke depan, di dalam kegelapan itu terdengar bunyi seperti gerakan kecil yang bergema, kemudian cahaya berwarna merah seperti mata arnab di depannya muncul lagi dalam kuantiti yang banyak di dalam kegelapan itu, Garh terus mengambil badan arnab yang sudah tidak bernyawa di depannya.

"Lari!"Garh berlari ke arah bertentangan dari arah cahaya merah itu.

Sar yang masih terkejut menjadi keliru, dia pun perasan akan cahaya kecil berwarna merah yang banyak berada di dalam kegelapan itu, Sar menembak bebola api, menyinari dinding gua seiring dengan kelajuan bebola api itu, terlihat segerombolan arnab berbulu putih dengan gigi taring dan ada juga yang mempunyai tanduk, sedang melihatnya.

"Aaaaaa---!"Sar menjerit dan berlari ke arah yang sama dengan Garh, dia tidak melupakan parang dan obornya.

Mereka terus berlari sehingga arnab-arnab itu tidak lagi kelihatan. Mereka pun berhenti mengambil nafas, Garh menyucuk obornya pada dinding gua, selepas itu dia meletakkan beg yang didukungnya ke atas tanah, kemudian dia membukanya dan memasukkan arnab yang dia pegang ke dalam begnya, Sar pula meletakkan kedua tangan yang masih memegang obor dan parang pada dinding gua itu.

"Ha. . .ha. . .ha, . . .aduh!"nafas Sar tercungap-cungap, tapak tangan kanannya yang diletakkan pada dinding gua itu tiba-tiba terasa sakit, dengan lantas dia menarik tangannya dari dinding itu.

Dengan menggunakan obornya, Sar menerangi dinding itu, terdapat tumbuhan yang menjalar menutupi dinding gua.

"Kita kena cari jalan keluar"Ujar Garh yang sudah mendukung semula begnya.

"Garh!, tengok ni"Sar menunjukkan keadaan dinding gua itu.

Selepas melihat apa yang ditunjukkan Sar, Garh juga menggunakan obornya untuk menerangi dinding gua di sebelahnya.

"Tutup hidung!. . . .lari!"Garh menutup hidung menggunakan pelitup muka yang bersambung dengan bajunya kemudian dia berlari lagi.

"Kenapa?"Sar berlari mengikuti Garh.

"Tumbuhan ni mengeluarkan gas beracun, sensitif dengan api"

"Ha!'Sar terus menutup mukanya dengan melakukan perkara yang sama seperti Garh lakukan.

Baju askar kerajaan Manhorn direka khas supaya boleh beradaptasi dalam pelbagai situasi, jadi, dengan mengalirkan sihir pada baju itu, boleh mengubah reka bentuk serta kegunaannya.

Semakin mereka berlari dan terus berlari, semakin sempit ruang gua itu, tumbuhan yang menjalar pada dinding gua itu pula terlihat semakin besar saiznya, tidak lama kemudian, terlihat cahaya di hujung gua itu.

"Jalan keluar ke?"ujar Sar yang masih berlari.

Tiba-tiba, terdapat percikan api di sekeliling obor yang dipegang oleh Garh.

". . . .padamkan api"Garh tidak menjawab soalan Sar, dia kemudian menghayunkan obornya dan api terus terpadam, dia melepaskan kayu obor itu.

Sar tidak mempersoalkannya terus melakukan perkara yang sama, tetapi Sar membawa sekali kayu obor bersamanya. Mereka berlari dalam kegelapan ke arah cahaya itu.

Akhirnya mereka keluar dari gua yang sempit melalui cahaya itu ke satu ruang yang lebih luas. Walaupun bercahaya, suasana di dalam ruangan itu agak berkabus, dengan penglihatan yang agak kabur, Sar dan Garh dapat melihat tumbuhan-tumbuhan seperti pokok-pokok bunga gergasi serta banyak lagi yang tidak pernah mereka lihat.

Disebabkan berkabus, mereka berhenti berlari kerana tidak mahu tersalah arah dengan menuju ke tempat yang tidak diingini. Garh melihat sekeliling mencari jalan yang boleh mereka lalui, Sar pula termengah-mengah dari tadi. Tumbuhan yang dilihat seperti tidak bernyawa itu tiba-tiba bergerak dengan sendiri, Sar mengangkat tangan kanannya yang masih memegang parang selepas melihat pergerakan tumbuhan ke arahnya itu, dia cuba menembaknya tetapi dia ditarik oleh Garh.

"Kau nak mati ke?"Ujar Garh yang menghalang Sar daripada berbuat sesuatu.

"Ha?, Kenapa?"

"Kau dah lupa apa aku cakap, tumbuhan ni mengeluarkan gas beracun, sensitif dengan api, tengok sekeliling, kau fikir ni kabus ke?"

"Hah!,. . . .aku tak perasan. . . ."Sar terkejut kerana baru sedar akan keadaan sekitar.

"Aku dah jumpa jalan, ikut aku"

Sar mengikuti belakang Garh, apabila terlihat dengan jelas jalan memasuki gua yang akan mereka lalui, Garh meminta parang yang dipegang Sar.

"Bagi aku tu"

Sar memberi parangnya kepada Garh pada masa yang sama mereka masih lagi berlari.

"Kau jalan dulu, nampak gua tu?, masuk situ."Garh mengarahkan jari telunjuknya.

"Ok"Sar terlihat berlari seperti terhuyung-hayang.

Dengan parang yang dipegangnya di tangan kiri, Garh memotong satu dahan kecil dari pokok bunga gergasi yang berdekatan dengannya, hanya dengan sekali libas, dahan itu pun terlepas dari badan utama, dengan lantas dia mengambil dahan kecil yang jatuh di atas tanah itu lalu berlari sekuat tenaga. Sampai di dalam gua, tiada gas beracun yang memasuki ruangan itu, terlihat Sar terduduk dan bersandar pada dinding.

"Keluarkan semua barang makanan dalam beg kau"Garh meletakkan dahan yang dipegangnya ke bawah.

Sar hanya mengikuti perkataan Garh, dengan perlahan dia mengeluarkan semua makanan dari dalam begnya.

"Dah". . .

Garh mengambil beg Sar lalu memasukkan dahan pokok bunga beracun itu kemudian dia menutup semula, selepas itu dia membuka pelitup mukanya, meletakkan begnya ke bawah, dia mengeluarkan satu botol kecil yang mempunyai cecair berwarna biru muda di dalamnya dengan, menggunakan tangan kiri. Garh menggigit penutup botol itu kemudian ditariknya lalu botol itu terbuka, dia menitiskan cecair itu pada kedua matanya dan membasuh tangan kanannya, juga menggunakan cecair itu.

"Nah, cuci mata kau guna potion aku"Garh menghulurkan potion yang dia pegang kepada Sar.

Sar tidak mengendahkan Garh, dia hanya tersandar dan melihat ke atas, nafasnya semakin laju, pelitup mukanya sudah dibuka.

"Oi, nah, . . . .oi"

"Ha,. . . . .ak. . ."Sar mengangkat tangannya, belum sempat mengambil potion dari tangan Garh, badannya mengelungsur dari dinding gua yang disandarnya dan terbaring di atas tanah.

"Oi!". . .