webnovel

Fantasy FairyTaniah For Are Lost Journey

Fantasy FairTania For Are Lost Journey mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang pemuda yang bernama Ryunosuke Nishimura yang merupakan seorang pemimpin academy FairyTaniah dan jugak calon raja di Kingdom Rull Magic. Namun pada malam Oktober, semua keindahan dan keindahan kerajaan Rull Magic musnah bersama Academy FairyTaniah atas serangan dari pihak musuh. Malam itu, dia kehilangan semuanya. Pangkat, kekayaan, kerajaan, academy, anggota pelajar, para rakyat, serta anggota keluarganya yang turut terkorban pada malam berdarah yang pada akhirnya hanya tinggal dia berdua bersama adik bongsunya yang masih bayi pada masa itu. Bukan itu sahaja, pada malam itu jugak sosok yang dikenali sebagai seorang yang dingin, tegas, percaya diri serta bertanggungjawab hilang bersama kematian para anggota keluarganya yang memilih berjuang bersama anggota pelajar sehingga akhir hayat mereka. Dia merasa malu, sedih dan kecewa kepada dirinya sendiri kerana pada malam itu dia tidak mampu melakukan apapun untuk menyelamatkan mereka. Malah saat akhir sebelum dia di pindahkan ke kerajaan lain mengunakan portal sihir. Air matanya gugur bila melihat satu persatu anggotanya gugur akibat melindunginya bersama para rakyat yang akan di bawa pergi. Kini sudah 10 tahun berlalu tapi ingatan tentang malam berdarah itu masih kekal dalam ingatannya. Dia meneruskan hidup bersama adik pompuannya tanpa menggunakan nama keluarganya. Sehingga suatu hari seorang wanita mengambil dia dan adiknya untuk dijadikan keluarga. Hidupnya aman dan damai bersama anggota keluarganya yang baru. Walaupun pada suatu hari hatinya kembali menangis pilu bila tanpa sengaja berjumpa seseorang yang cukup disayanginya. Tapi setelah itu dia kembali menjalani hidupnya tanpa dibayangi oleh sosok itu yang hingga ke hari ini masih tidak menerima keputusannya untuk memutuskan hubungan mereka. Namun apakah daya! Dia tidak mampu melawan takdir. Mereka akhirkan kembali ditemukan di Academy WhiteFairy dengan status dan keadaan yang berbeda. Sosok itu merupakan seorang ketua pelajar yang disegani serta diminati oleh semua pelajar di academy. Manakala dirinya hanya orang biasa yang menumpang hidup. Kehidupan aman dan damainya bertukar berantakan bila gadis itu mengunakan kekuasaannya dalam menentukan sesuatu perkara yang berkaitan dengannya. Dan semestinya, semua itu dilakukan dengan maksud yang tersendiri dan dia sendiri sedar akan maksud gadisnya itu. Persoalannya mampukah dia bertahan dengan segala godaan dari sosok yang cukup menggilainya. Dan jugak dengan masa silamnya! Apakah dia akan selamanya jatuh dan merelakan kematiannya orang-orang yang dia sayangi tanpa niat menuntut keadilan untuk mereka yang sanggup mengorbankan nyawa mereka?

AisukiShah · Andere
Zu wenig Bewertungen
31 Chs

Chapter 3

Kaching! Kaching!

"Selamat Datang Ke kedai Book Magic" sambut Ryunosuke dengan senyuman yang cukup manis sehingga mencairkan hati para pelanggan yang kebanyakannya dari golongan gadis muda.

Kedua pelanggan itu tersenyum malu-malu kucing ke arah Ryunosuke yang sentiasa memberi bantuan kepada setiap pelanggan yang memerlukan jasanya.

Ryunosuke meminta kedua pelanggan itu untuk mengikuti kearah bahagian rak buku yang diinginkan oleh kedua gadis remaja tersebut.

Melihat dari pakaian mereka, pelanggannya kali ini merupakan seorang pelajar dari Academy Whitefairy. Tapi dia tidak banyak bertanya hanya memberi bantuan kecil kepada mereka. Itu pun kalau dirinya diperlukan.

Setelah melayan keduanya, Ryunosuke kembali ke kaunternya yang telah diduduki selama 2 tahun lebih.

Ya kini sudah 2 tahun dia bekerja disini malah statusnya kini merupakan anak angkat kepada tuan kedai sejak setahun lalu.

Ryunosuke menduduki sebuah kerusi yang berada di kaunter yang terletak berdepan dengan tingkap kaca yang menghadap kearah pintu utama.

Dia kembali kepada rutin hariannya mengecek asal jualannya pada bulan ini serta melihat stock buku baru yang telah sampai petang kemarin.

Niatnya, setelah dia menutup kedai, dia akan menyusun dan mengubahsuai sedikit kedudukan kedai serta menukar perabot lama ke yang baru.

Mungkin kedai ini akan tidak beroperasi selama seminggu. Dia akan kembali beroperasi setelah menyelesaikan penukaran dan susun atur kedai.

Setelah mengecek stok kedai, Ryunosuke menyalahkan laptopnya dan menaip sebuah note tentang penutupan sementara.

Setelah menyelesaikan, dia melangkah keluar kedai dan menampak di pintu masuk setelah melihat jam tangannya telah menunjuk tepat pukul 5:30ptg.

Belum sempat Ryunosuke mahu mengunci pintu dari dalam, seseorang telah menghalangnya dengan nafas yang terjengah-jengah.

Ryunosuke terdiam melihat kearah sosok remaja yang bawah setahun darinya yang terlihat sedikit berantakan dengan uniform sekolah yang tidak kemas dan rapi.

Dia hairan, 2 ke 3 hari ini. Dia kerap menerima pelanggan dari Academy Whitefairy yang tidak mengira jantina tapi lebih kepada para gadis-gadis muda. Cuma kali ini pakaian lelaki itu sedikit berbeza dari sebelumnya.

Tidak memang berbeza banyak, pakaian yang dikenakan oleh pemuda itu berwarna Putih biru tidak sama dengan pelanggan yang lain yang mengenakan pakaian serba putih.

Yang sama hanya lah logo Academy yang terletak di bahagian dada sebelah kanan. Hanya lambang itu yang dapat Ryunosuke agat bahawa pelanggannya itu merupakan seorang pelajar.

"Maaf kedai buku kami sudah pun tutup 10 minit yang lalu! Sila datang seminggu lagi." Kata Ryunosuke dengan sopan dan tidak lupa dengan senyuman manisnya.

Sejak dia bekerja disini, dia murah dengan senyuman dan sedikit ramah dengan semua pelanggannya terutama dengan pelanggan tetapnya.

Pemuda itu memasang wajah merayu kearah Ryunosuke yang sedang menatapnya datar. Hati Ryunosuke tidak terkesan langsung dengan memek muka itu.

Malah Ryunosuke kembali menarik pintu tapi tetap di tahan oleh pemuda di hadapannya.

"Please sir! Only 5 minutes. I am really desperate to buy a reference book here.I only have 3 days to prepare for the final exam! I beg you very much sir!" Ucap remaja itu lancar berbahasa Inggeris dan tidak lupa dengan drama air matanya.

Mendengar itu membuatkan hati Ryunosuke melembut, lalu dia pasrah. Dia membuka pintu dengan niat memberi kebenaran kepada remaja itu untuk mencari beberapa jenis buku yang diinginkan untuk menduduki peperiksaan akhir tahun.

Remaja itu menjerit riang lalu secara spontan memeluk Ryunosuke dengan erat sambil mengucapkan terima kasih.

Setelah itu, remaja itu berlari masuk kedalam kedai, manakala di posisi Ryunosuke. Dia sedikit terpinga-pinga mendapat pelukan secara tiba-tiba dari pelanggannya.

Ini pertama kali dia mendapat perlakuan seperti itu. Dia menggeleng kan kepalanya dan menutup rapat pintu dan tidak lupa memusingkan tanda 'CLOSE' di cermin pintu masuk.

Dia menghampiri kaunternya lalu kembali mengecek hasil jualannya yang sedikit menguntungkan.

5 minit telah berlalu tetapi remaja lelaki itu masih tidak menunjukkan diri di depan kaunternya.

Ryunosuke melirik jam di atas kaunternya. Dia menghela nafas kerana telah lambat menjalankan tugasnya untuk menyusun balik kedainya kerana mendapat customer last minit.

Tiba-tiba hatinya menyesal menerima pelanggan akhir tapi dia hanya mampu menunggu di kaunter sehinggalah dia mendengar bunyi jatuh di bahagian buku akedemik.

Dia lantas bangkit dari duduknya dan berlari kecil kearah bunyi tersebut, dia perlu memastikan apakah bunyi itu berasal dari pelanggannya.

Setibanya dia dia sana, dia melihat remaja itu sedang terduduk kesakitan dan terlihat beberapa buku yang telah berselerak di sekitar remaja tersebut.

Ryunosuke mengambil satu buku yang berada di depan kasutnya dan dia membaca tajuk buku yang remaja itu ambil dari salah satu rak buku yang berada di kedainya.

"Sejarah Kemegahan Kingdom Rull Magic! Academy FairyTaniah!" Baca Ryunosuke sambil membelek-belek kedua buku tersebut. Dia tidak tahu akan kewujudan buku-buku yang berkaitan dengan tempat tinggal lamanya ada terjual di kedai buku keluarga angkatnya.

"Ya dua buku tu yang saya cari! Tahun ini kedua nama itu menjadi topik utama dan kemungkinan akan masuk dalam final exam saya" ujar pemuda itu tanpa di tanya oleh Ryunosuke.

Ryunosuke hanya mengangguk kepalanya. Dia malas untuk mengambil tahu lagi. Lalu membantu remaja itu untuk bangkit akibat jatuh tadi.

Ryunosuke membantu membawa beberapa buku yang diinginkan oleh pelanggan nya dan meletakkan kesemua buku itu di atas meja.

"Ada pape lagi ke selain yang ini?" Tanya Ryunosuke kembali. Soalan yang sering ditanyakan pada semua pelanggan sebelum membuat pembayaran. 

"Erm ada lagi! Tunggu sebentar saya mahu mengambil beberapa alat tulis dan kertas. Sekejap ya!" Kata remaja itu lalu berlari ke bahagian alat tuli yang terletak di bahagian tepi kedai.

Ryunosuke hanya menganggukkan kepalanya dan setia menunggu kedatangan pelanggan.

Selama 2 minit, Ryunosuke melihat kelibat orang itu kembali dengan beberapa jenis alat tulis dan beberapa jenis paket kertas.

Ryunosuke mengambil huluran pemuda itu dan mula scam code di setiap barang ke dalam sister kaunternya.

"Ini sahaja! Ada pape lagi ke yang awak tertinggal?" Soal Ryunosuke kembali dan dengan sabar dia menunggu pemuda itu bersuara.

"Erm sebenarnya ada satu lagi buku yang saya cari tapi saya tak jumpa disini?  

Bukan kedai awak je!  Semua kedai kat kota ni, saya dah cari. Tapi masih tidak jumpa. 

Saya ingt bila datang sini! Saya akan jumpa buku tu. 

Tapi nampaknya saya tetap dikecewakan." Kata remaja itu sayu kepada Ryunosuke.

Ryunosuke terdiam dia sedikit tertanya-tanya buku apa yang diinginkan oleh pemuda itu. Kerana perasaan ingin tahunya dia kembali bertanya.

"Boleh saya tahu buku jenis apa yang awak inginkan? 

Saya akan cuba tengok dalam sistem kedai! Kalau ada buku yang awak nak tu saya akan cari di bahagian store. 

Kalau tak ada saya mintak maaf sebab tidak dapat membantu."

"Saya mencari buku tentang salasilah keluarga kerajaan Nishimura yang lengkap dengan semua anggota keluarganya." Kata remaja itu dengan penuh harap.

Ryunosuke terdiam seribu bahasa bila mendengar tajuk yang diinginkan oleh remaja di hadapannya.

"Dan saya pernah dengar dekat kedai ni jugak ada jual buku tentang Ryunosuke Nishimura.

Kalau buka tu masih ada stock saya nak beli. Buku tu yang paling saya nak sejak dulu!" Sambung pemuda itu dengan semangat.

Dan lagi sekali remaja itu membuat jantung Ryunosuke kembali berdegup kencang.

Dia cuba mengawal perasaannya yang mula terganggu dan mula mencari-cari buku-buku yang diinginkan oleh pemuda itu dalam sistem komputer.

Hampir tersembur biji matanya bila melihat dua imej buku yang terdapat di layar screen komputer menandakan bahawa buku itu ada terjual di kedai nya namun memeliki satu stock sahaja.

"Wahh! Hari ini betul-betul tuah untuk saya." Kata remaja itu dengan ceria bile melihat kearah screen komputer yang menunjukkan kedua buku yang dicarinya sejak lama.

Ryunosuke kembali menoleh kearah sosok itu dan hanya tersenyum hambar. Dia meminta masa sedikit untuk mengambil buku tersebut di satu bahagian yang cukup tersembunyi.

Makan masa 15 minit Ryunosuke mengambil kedua buku tersebut dan menyerahkan empat plastik besar yang mengisi beberapa jenis buku dan alat tulis yang di borang oleh remaja tersebut. Termasuk tentang keluarga dan perihal dirinya.

"Terima kasih ya encik?"

"Ryu! Panggil saya Ryu sahaja" kata Ryunosuke bila melihat pemuda itu ingin mengetahui namanya.

"Hehehe baik Ryu-san! Terima kasih untuk hari ini.

Kalau ada masa saya akan kembali untuk ajak awak minum di mana-mana kedai sebagai tanda terima kasih.

Ohh ya nama saya Kaito Konamori dan salam perkenalan dari saya Ryu-san!" Kata kaito lalu meninggalkan Ryunosuke dengan senyuman hangatnya.

Ryunosuke hanya memerhati sosok itu yang kian hilang dari pandangannya dan tanpa sengaja anak matanya melihat satu sosok yang cukup dikenalinya.

Tapi sosok itu tidak menyedari dirinya kerana sedang sebok bergelak ketawa dengan sosok yang seangkatan dengannya.

"Ai-Chan!" Bisik hati Ryunosuke. Tanpa sedar, dia mengikut langkah gadis itu setelah selesai mengunci pintu kedai.

Seketika dia lupa akan niat asalnya.

Dia mengikut kemana sahaja langkah gadis itu tanpa disedari oleh sesiapa pun.

Langkahnya terhenti bila sosok itu turut berhenti di hadapan pintu masuk pasar raya besar. Hatinya hancur bile melihat sosok itu mendekati satu sosok peria yang sebaya dan mengenakan pakaian dengan warna yang sama dengan gadis itu.

Hatinya ingin mendekati tapi niatnya terhalang bila dia tersedar akan sesuatu. Tidak mahu melayan perasaan!

Dia memusingkan langkah kakinya kearah yang berlainan dengan sosok itu dengan langkah yang mula lemah.

"Ryu-Kun! Is that you?" Ucap suara itu secara tiba-tiba.

Mati terus langkahnya bila dia mendengar suara itu dari arah belakangnya.

Hidupnya dapat merasakan haruman minyak wangi yang sering digunakan oleh sosok yang pernah berada di hatinya dan sampai ke hari ini. Nama itu tetap setia di hatinya.

"Ryu-Kun! Itu awak kan?" Soal suara itu kembali dan mula mendekati Ryunosuke yang membelakangi nya.

Ryunosuke menguatkan hatinya lalu berlari pantas meninggalkan sosok itu yang mula menjerit namanya berulang kali.

Tapi dia memekatkan telinga dan terus berlari agar dapat menjauh dari sosok itu.

Sepanjang lariannya kencang dia menangis pilu. Hatinya sakit dan terluka melihat kemesraan sosok itu yang tersenyum bahagia bersama orang lain.

Bukan kah ini yang kau inginkan!

Kenapa perlu ada rasa sakit!

Bukan sepatutnya dia tidak sakit dan kisah dengan siapa gadis itu mahu berkawan!

Bukan kau sendiri yang rela dia bahagia bersama orang lain!

Soalnya bertalu kepada dirinya sendiri. Dia bingung dengan dirinya sendiri.

Merasa telah jauh dari sosok itu, Ryunosuke behenti berlari di bawah jambatan. Tubuhnya jatuh melutut ke tanah dengan muka menunduk.

Dia cuba mengatur pernafasannya yang penat akibat dari larian kencangnya tadi.

Tapi air matanya tetap mengalir tanpa henti malah kini dia mula teriksa-isak bila dia kembali mengenangkan memori indahnya bersama gadis itu.

"A...Ai!! Aku tak ...mampu nak..bu..ang perasaan ni!!

Aku ta..k bo..leh!! A...ku ma..sih cin..ta kan..kau Ai!!

A..ku. Mas..sih sa..yang kan .. kau!

Ta..pi! A..ku tak layak untuk kau!

Kau pasti akan dalam ba..haya kalau masih berhubung dengan..aku! .

Aku lebih takut kehilangan kau dari melihat kau bahagia bersama orang lain!

HISK!.HISK!" ngadunya dengan hiba tapi tidak ada satu orang pun yang boleh menjadi pendengarnya.

Dia hanya menangis dan terus menangis tanpa dia sedari sosok yang dia sebutkan itu berada tepat di belakangnya.

Aiko melangkah dengan wajahnya yang telah basah akibat dari air matanya.

Sama seperti Ryunosuke, Aiko meninggalkan yang lain dan berlari kencang mengejar sosok yang diyakininya adalah sosok sang kekasih.

Dan ternyata firasat nya benar. Sosok itu memang sosok yang tengah dicarinya.

Dengan perlahan dia memeluk tubuh Ryunosuke dari arah belakang dengan penuh kerinduan.

Dia turut merasakan tubuh lelaki itu yang bergetar akibat dari tangisannya.

Manakala Ryunosuke agak terkejut bila mendapat satu pelukan dari arah belakang secara tiba-tiba. Dan haruman itu dan jugak pelukan hangat ini merupakan pelukan yang cukup dikenalinya.

Dia membeku, bila akhirnya sosok itu berjaya menangkapnya dalam keadaan yang seperti ini.

"I really miss you Ryu!

I really miss you!

I finally got to see you!

I really feel happy.

When I finally get to meet you again.

Please don't let me go!

Don't go away from me!

I can't bear to lose you again!

I am begging to you Ryunosuke Nishimura!" Aiko menangis kencang sambil mengucapkan hasratnya kepada Ryunosuke yang hanya menangis tanpa mahu bersuara dari tadi.

"Mari masuk kedalam Ryu" Aiko menarik pergelangan tangan kanan milik Ryunosuke dengan ceria.

Perasaan rindunya kini terubat sudah. Hatinya betul-betul senang bila pemuda itu tidak memberi penolakan semasa dia mengajak pemuda itu untuk tinggal bersama di sebuah hotel mewah.

Aiko kembali memeluk tubuh itu dengan erat seakan tidak mahu melepaskan sosok itu pergi darinya. Semakin buat dia bahagia bila pelukan itu dibalas dengan mesra oleh pemilik tubuh.

Habis wajahnya dikucup sayang oleh Ryunosuke tanpa meninggalkan satu inci pun. Paling lama di bibir merahnya.

Aiko membalas ciuman itu dengan penuh kasih dan tidak berhenti bila dia merasakan tubuh dibawah ke katil.

Tubuh keduanya rebah bersamaan dalam keadaan masih berpelukan.

Ryunosuke melepaskan ciumannya lalu mengusap kasih wajah Aiko dengan kedua tangannya.

Jari-jari manisnya mengesat cairan air mata yang masih tersisa di wajah putih itu.

Dia membawa kembali wajah Aiko ke dadanya lalu kembali memeluk tubuh itu dengan seheratnya.

Malam ini biarlah mereka melepaskan rindu yang telah mendera perasaan mereka dengan cukup lama.

"Ryu-Kun! Ini bukan mimpi kan!" Kata Aiko memecahkan kesunyian diantara mereka.

"Kenapa awak cakap macam tu sayang?" Tanya Ryunosuke kembali kepada Aiko.

"Kalau mimpi! Saya tak nak bangun dari mimpi indah ini!

Saya nak terus berada dalam pelukan awak Ryu." Kata Aiko dengan mata terpejam.

Ryunosuke tersenyum hambar dan kembali mengucup dahi Aiko dengan kasih.

"Anggap lah ini mimpi panjang untuk kita sayang! Mimpi yang indah." Balas Ryunosuke.

Pelukan mereka terlerai apabila Aiko bangkit dari tubuh Ryunosuke. Dia membongkok badannya kearah Ryunosuke yang sedang terbaring dibawahnya.

Aiko mengucup sekilas kearah bibir Ryunosuke lalu kembali memeluk tubuh itu dan berbisik ke telinga Ryunosuke dengan suara yang di tekankan.

"No!This is not a dream!I can feel this is real and not a dream!I can feel the warmth that I miss so much!So please don't think this is a dream!" Ucapnya Aiko dengan tangisan.

Ryunosuke hanya menganggukkan kepalanya sambil mengusap belakang Aiko dengan lembut.

"You're Mine Ryunosuke!" Kata Aiko kembali kepada Ryunosuke.

"Ya saya milik awak Aiko!" Balas Ryunosuke dengan lembut.

"You will always be mine forever!" Ryunosuke tersenyum dan hanya mengiyakan apa sahaja yang diucapkan oleh Aiko.

"Yes dear! Everything about love is yours.

Love, attention and even my own life! Everything belongs to you.

Ryunosuke Nishimura will always be yours! Only for you! That's my promise to you dear!" Tanpa sedar Ryunosuke kembali memberi janji kepada Aiko walaupun pada akhirnya dia sendiri akan melupakan janjinya.

Malam itu mereka tidur berpelukan tanpa memikirkan masalah yang telah berlaku di antara mereka.

Biarlah malam ini merupakan malam yang panjang bagi mereka.